:: Hujan & Ulangtahun Kelahiran Emak ::

Semalam hari ulangtahun kelahiran emak. Dan tidak seperti Selasa-Selasa yang lain sebelum ini, semalam aku ada dua tuisyen yang agak jauh jarak di antara keduanya.

Yang pertama di Ampang, 3.30-5.30pm.
Yang kedua di Bukit Kiara, 8.00-10.00pm.

Kedua-duanya adalah tuisyen LK. Dan kedua-duanya agak penting kerana kesemua mereka sedang dalam minggu peperiksaan dan kertas LK adalah pada minggu ini.

Sekarang ini musim hujan di KL dan sekitar Lembah Klang. Ada juga ribut di sana sini – sehingga ada yang sempat merakam satu dua video tentang kejadian itu dan memuat turun di Facebook dan pelbagai media sosial lain. Gerun juga melihatnya. Kuasa Allah.

Aku keluar membeli kek buat emak sebelum bertolak ke tuisyen pertama. Ketika itu hari sudah mula gelap. Tanda akan hujan.

Aku berdoa berulang kali. Allahumma soyyiban naafi’a.

Dan akhirnya hujan tetap turun juga. Aku mengenakan baju hujan selengkapnya. Sekali dengan seluar. Handphone juga telah aku masukkan ke dalam waterproof case yang dibeli ketika mahu ke Krabi tempoh hari.

Setelah sedia kesemuanya, aku meredah hujan. Di atas motor, aku masih berdoa. Risau juga kalau ada ribut pula.

Sangkaanku meleset. Sebaik sahaja memasuki lebuhraya DUKE, hujan sudah berhenti.

Alhamdulillah.

Ketika aku sudah selamat tiba di rumah student pertama, barulah hujan lebat turun kembali. Dan setelah aku mahu bergerak pulang ke rumah dari Ampang, hujan sudah berhenti semula.

Jadi aku sempat bertemu emak yang juga baru pulang dari kerja. Sempatlah dinner di rumah sambil bersama emak, potong kek gitu.

Kali ini aku beli kek chocolate moist kecil, sebab kami bertiga sahaja yang ada di rumah. Ini pun mungkin akan ambil masa tiga hari untuk dihabiskan. Haha.

Dan selepas Maghrib, aku keluar semula untuk berjuang dengan tiga lagi anak murid di Bukit Kiara. Dan alhamdulillah, hujan tidak turun seperti kelmarin.

Mungkin doa emak juga yang mengiringi perjalananku hari ini.

Happy birthday, emak. 😊

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s