:: Japan: Winter in Tokyo, a Summary (Itinerari & Perbelanjaan) ::

“Gomen nasai!!”

Baru sekarang nak tulis entri tentang kembara lapan bulan yang lalu. Jadi, “gomen nasai!” (maaf!)

Hopefully it is not toooo late. Dan kalau pun dah terlambat, bak kata orang, better late than never, no? <– Ayat nak sedapkan hati sendiri. 😅

Apapun, semoga bermanfaat. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen. Jika ada masa dan pengetahuan, insya-Allah akan dibalas. ☺

—–

REGION

  • Tokyo
  • Kawaguchiko, Yamanashi
  • Yuzawa, Niigata
  • Yokohama

JapanWinter2016

 

ITINERARI

Day 1

  • Berlepas dari KLIA2 ke Haneda International Airport dengan pesawat AirAsiaX.
  • Tiba di Haneda International Airport (10.30 malam).
  • Bermalam di airport sementara menunggu siang.

Day 2

  • Mandi, solat Subuh dan bersiap di airport.
  • Bergerak ke Shinjuku Station sebelum terus ke Shibuya Station.
  • Ke Shibuya: Hachiko Statue, Shibuya Scramble Crossing, dan kawasan sekitarnya.
  • Menziarahi Tokyo Camii Mosque dan solat jama’ Zuhur & Asar.
  • Melawat Meiji-jingu Shrine di Harajuku.
  • Bermalam di Yadoya Guesthouse for Backpackers (female dorm) di Nakano.

Day 3

  • Check-out dari Yadoya Guesthouse for Backpackers.
  • Menuju ke Kawaguchiko dengan menaiki kereta api (mula menggunakan JR Tokyo Wide Pass).
  • Check-in di K’s House Mt. Fuji di KawaguchikoBrunch dan solat jama’ Zuhur & ‘Asar di sini.
  • Mengelilingi sebahagian Kawaguchiko dengan menunggang basikal yang disewa daripada K’s House.
  • Melawat Kachi Kachi Ropeway, dan menaiki cable car untuk naik ke atas Mount Tenjo.
  • Berbasikal di sekitar Oike Park sebelum kembali ke hostel.
  • Bermalam di K’s House Mt. Fuji (female dorm).

Day 3

  • Morning walk sambil memburu sunrise di Kawaguchiko sambil menghayati pemandangan Mount Fuji.
  • Check-out dari K’s House.
  • Kembali ke Tokyo dengan menaiki kereta api dan terus check-in ke Oakhostel Zen di Uguisudani (berdekatan Ueno).
  • Berjalan di sekitar Uguisudani.
  • Bermalam di Oakhostel Zen (female dorm).

Day 4

  • Menuju ke Ueno Station sebelum menaiki shinkansen ke Yuzawa (hari terakhir menggunakan JR Tokyo Wide Pass).
  • Ke Gala Yuzawa untuk bermain dengan salji sambil mencuba kasut tradisional Jepun, ‘kanjiki’.
  • Singgah di Yuzawa-machi untuk berjalan di sekitar pekan kecil yang bersalji ini.
  • Kembali ke Ueno dengan menggunakan shinkansen.
  • Singgah di Ameyoko Street sebelum kembali ke hostel.
  • Bermalam di Oakhostel Zen (female dorm).

Day 5

  • Menyewa basikal daripada Oakhostel Zen.
  • Melawat Sensoji Temple dan Nakamise Street di Asakusa.
  • Teruskan berbasikal ke Tokyo Skytree dengan melalui Azumabashi Bridge.
  • Menuju ke Ueno Park, Ueno Zoo dan Tokyo National Museum.
  • Melawat Tokyo Daigaku (University of Tokyo) dan sebuah lagi Hachiko Statue yang ada di Agriculture Faculty.
  • Kembali ke Uguisudani.
  • Bermalam di Oakhostel Zen (female dorm).

Day 6

  • Berjalan di Asakusa dan singgah di restoran Jepun halal, Naritaya.
  • Menggunakan Tokyo Metro untuk ke Tokyo TowerSouvenir dengan harga yang berpatutan boleh dibeli di bawah Tokyo Tower (lebih murah daripada di tempat lain).
  • Check-out daripada Oakhostel Zen dan menuju ke Yokohama.
  • Bermalam di rumah Kak Lainy, di Kannai, Yokohama.

Day 7

  • Melawat Fujiko Fujio Museum atau juga dikenali dengan nama Doraemon Museum di Kawasaki.
  • Singgah di Odaiba sebelum kembali ke Yokohama. Tarikan di sini: Tokyo’s Statue of Liberty, Gundam Statue dan Tokyo Rainbow Bridge.
  • Bermalam di rumah Kak Lainy, di Kannai, Yokohama.

Day 8

  • Melawat beberapa tempat di sekitar Yokohama: Landmark Tower, Minato Mirai dan Yokohama Red Brick Warehouse.
  • Melawat Daiso dan Book-Off berdekatan Kannai, Yokohama.
  • Bertolak ke Haneda International Airport.
  • Berlepas terbang untuk pulang dari Haneda International Airport ke KLIA2.

—–

PERBELANJAAN

1. Penginapan: RM465.32

  • Yadoya Guesthouse for Backpackers – female dorm of 4 (1 malam) di Nakano: RM82.33
  • K’s House Mt. Fuji – female dorm of 4 (1 malam) di Kawaguchiko: RM107.39
  • Oakhostel Zen – female dorm of 1 (1 malam) di Uguisudani, Ueno: RM82.32
  • Oakhostel Zen – female dorm of 10 (2 malam) di Uguisudani, Ueno: RM96.64 x 2 = RM193.28

2. Pengangkutan: RM1196.53

  • AirAsiaX KUL – HND – KUL: RM601.00
  • WELCOME! Tokyo Subway Ticket (1-day pass): RM42.60
  • JR Tokyo Wide Pass (3-day pass): RM355.00
  • Suica Card (anggaran penggunaan pada hari ke-6, 7, 8): RM150.00
  • Sewa basikal daripada K’s House Mt. Fuji di Kawaguchiko (5 jam): RM30.18
  • Sewa basikal daripada Oakhostel Zen di Uguisudani (1 hari): RM17.75

3. Entrance Fees: RM214.42

  • Di Kawaguchiko:
    • Menaiki cable car di Kachi Kachi Ropeway: RM25.56
  • Di Gala Yuzawa:
    • Round-trip gondola dan sewa sled, boots dan gloves: RM46.15
    • ‘Kanjiki’ Tour: RM53.25
  • Di Tokyo:
    • Tokyo National Museum: RM22.01
    • Tokyo Tower: RM31.95
  • Di Kawasaki:
    • Fujiko F. Fujio Museum: RM35.50

4. Anggaran bagi lain-lain perkara(makan, souvenir, etc.): RM500.00

5. Jumlah keseluruhan (8H 8M): RM2376.27

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s