:: Ii Gakusei ::

Esok ujian Bahasa Jepun lagi. Mungkin ada yang sudah tahu, ujian ini memang akan diadakan setiap kali tamat satu level pembelajaran. (Satu level, 3 bulan)

Ujian esok, untuk Intermediate II.

Disebabkan sebulan tidak datang ke kelas Bahasa Jepun, ada beberapa chapter yang aku perlu belajar sendiri. Kononnya mahu selit-selit study sambil travel tempoh hari. Gigih bawa buku teks. Tapi tak buka langsung. Yang ada, sibuk cari buku lain di sana. Buku untuk belajar Bahasa Jepun juga.

Jadi, selepas balik ke sini barulah sambung study semula. Makin best. Baru tahu beberapa perkara baru yang sebenarnya dah banyak kali dengar bila sembang dengan orang sana. Keluarlah monolog, “Oh, ini rupanya yang mereka gunakan”, “inilah yang mereka maksudkan…”.

Minggu lepas, selepas tamat sesi revision sebelum test (esok), aku singgah ke office untuk tanya tentang bayaran yuran untuk dua sesi terakhir Intermediate II ini.

「すみません、 授業料は、、、」

Sumimasen, jugyou-ryou wa…”

(Jugyou-ryou = yuran pembelajaran)

Sebelum sempat habiskan ayat, Oda Sensei memotong,

「大丈夫です。いい学生ですから。 」

“Daijoubu desu. Ii gakusei desu kara.”

Kata sensei sambil tersenyum.

Untuk kepastian, aku tanya semula. Memang benar, tiada bayaran yang dikenakan. Alhamdulillah. Poket memang rabak sikit lepas travel sebulan. Haha

Part sensei cakap “Ii gakusei” itu pun buat aku tersenyum sorang-sorang dua minit. Perasan. Apapun, ini yang buat makin bersemangat untuk terus belajar!

OK. Sambung study untuk esok!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s