:: JFKL Library ::

Ini cerita dua minggu lepas.

Selepas ujian Bahasa Jepun Level Intermediate III di ILOHA, aku melencong sebentar ke JFKL (Japan Foundation Kuala Lumpur) yang terletak di Northpoint. Northpoint yang terletak di sebelah Mid Valley ini memang tak jauh sangat dah dari ILOHA yang terletak di Bangsar. Tolak traffic lights dan masa cari parking, dalam 10 minit sahaja.

Memang dah lama aku nak datang sini sebenarnya. Oda Sensei, cikgu di ILOHA yang cadangkan ke sini – sebab anak murid dia ini selalu tanya dia,

Sensei, N3 no hon ga arimasuka?

Sensei, N4 no kanji no hon ga arimasuka?

Kono hon o karitemo ii desuka?

Bla, bla, bla…  😅

Sehinggalah satu hari, Oda Sensei beritahu menerusi WhatsApp,

Mid Valley ni aru Japan Foundation no toshokan e itta koto ga arimasuka? Soko ni N3 no hon ga takusan arimasu. Kariru koto mo dekiru to omoimasu. Itte mite kudasai.

JAPAN FOUNDATION KL LIBRARY

Aku menyeberang ke Northpoint dengan melalui jejantas yang bersambung di tingkat 1, tak jauh dari North Court Mid Valley. Rupa-rupanya Northpoint ini ada dua tower; Tower A dan Tower B.

Perpustakaan JFKL terletak di tingkat 18 Northpoint Tower B dan terbuka kepada umum.

Waktu operasinya adalah seperti berikut:

  • Selasa – Jumaat: 10.30 am – 6.30 pm
  • Sabtu: 10.00 am – 6.00 pm
  • Ahad dan Isnin: Tutup
  • Cuti umum: Tutup

Dengan mendaftar, ahli boleh meminjam 5 buah buku pada satu masa bagi tempoh 2 minggu (boleh dilanjutkan menjadi 3 minggu). Yuran keahlian ialah RM10.00 setahun bagi tahun pertama dan RM8.00 setahun bagi tahun-tahun berikutnya.

Dua perkara penting yang perlu korang tahu (yang aku tak tahu sebelum ini):

  • Untuk mendaftar sebagai ahli, bawa dua keping gambar berukuran passport. (Kali kedua datang barulah aku dapat mendaftar sebab kali pertama datang tak tahu kena bawa gambar.)
  • Kalau mahu pinjam buku dan audio CD bagi buku itu, buku dan audio CD itu dikira sebagai 2 item. (Kali pertama pinjam buku berserta CD, aku dapat pinjam 3 buku dan 2 CD sahaja. Memang aku perlukan audio CD itu untuk latihan choukai – listening)

Siapa yang biasa cari buku bahasa Jepun tahulah macam mana mahal harganya. Tambah-tambah lagi bila nilai yen semakin tinggi sejak setahun dua ini (RM yang makin rendah sebenarnya). Aku fikir dua tiga kali juga sebelum beli buku di Kinokuniya.

Sebelum tahu kewujudan perpustakaan JFKL ini, sempat jugalah aku beli beberapa buku buku di Jepun. Murahlah sikit kalau dibandingkan dengan harga di Kinokuniya. Tapi, nak mengangkutnya dengan backpack ke sana sini, boleh tahan juga azabnya.

Dan, jenuh juga sebenarnya nak cari buku untuk Japanese Language learners ini di sana. Bukan semua kedai buku ada. Aku jumpa satu kedai buku yang memang jual buku untuk belajar Bahasa Jepun di Chiyoda, Tokyo. Nama kedai itu, Bonjinsha. Aku jalan sajalah, ikut Google Maps. Agak terpencil juga kedudukannya. Mujur jumpa.

Jadi, aku sangatlah happy bila dapat ke perpustakaan JFKL ini. Itu yang tiba-tiba rajin tulis panjang lebar kat sini. Manalah tahu, ada yang cari buku Jepun juga.

OKlah, korang boleh tengok gambar yang aku ambil (dengan izin) di sana.

20170525_124308

Kaunter depan perpustakaan,

20170525_124321

Japanese dolls. Pameran, mungkin.

20170525_124007

Manga. Suramu Danku pun ado.

20170525_123144

Buku teks Genki, Minna no Nihongo, semua ada, baq hang.

20170525_122944

Tatami pun ada. Japanese sungguh!

20170525_123041

Ruang komputer.

20170525_124023

Aku dah rasa macam kat Jepun.

20170525_123908

Lagi ruang membaca.

20170525_124433

Terkejut aku bila jumpa buku sekolah menengah ni. Tak tahu pun kewujudannya!

Advertisements

2 thoughts on “:: JFKL Library ::

    • Ahli boleh meminjam 5 buah buku pada satu masa bagi tempoh 2 minggu (boleh dilanjutkan menjadi 3 minggu – call atau email pihak library).

      NOTA: CD juga dikira sebagai satu item. Contoh, kalau sudah pinjam 3 buah buku, maksimum boleh pinjam 2 keping CD.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s