:: 5 Buku Latihan JLPT N4 ::

Sempena JLPT yang akan menjelang dalam sepuluh hari sahaja lagi ini, aku terasa nak tulis tentang buku-buku latihan yang aku sedang / akan gunakan. Semua latihan ini tak lain tak bukan untuk menyediakan diri aku (dan mereka yang akan menduduki exam) supaya tidak terkejut pada hari peperiksaan nanti.

Seperti yang aku sudah ceritakan dalam entri yang lepas, buku-buku Bahasa Jepun ini boleh tahan mahal harganya, terutamanya kalau korang beli di Malaysia. Di Jepun, range harga sebuah buku adalah ¥1200 hingga ¥2500 iaitu lebih kurang RM40 ke RM100. Di Malaysia, 1.5 atau 2 kali ganda harganya.

Solusi buat mereka yang tak besar bajetnya (seperti aku) adalah dengan meminjam buku di JFKL Library. Boleh pinjam sekali dengan CD segala. Baca lanjut tentangnya di sini: JFKL Library.

Disember tahun lepas, aku belum tahu kewujudan library di Mid Valley itu. Jadi untuk menghadapi JLPT N5, aku telah meminjam dua tiga buah buku daripada sensei di ILOHA. Sehari sebelum exam, aku duduk di ILOHA, buat latihan listening. Masa tu baru balik dari jelajah Surabaya-Yogyakarta-Bandung. Kelam kabut study last minute!

Alhamdulillah, goukakushimashita. Passed.

Julai ini insya-Allah aku akan menduduki JLPT N4 pula. Aku sudah go through beberapa buah buku. N4 lebih mencabar daripada N5 (mestilah, kan). Bukan setakat bilangan kanji, vocabularies dan grammar yang makin advance, soalannya pun ada yang makin berbelit dan mengelirukan. Dan aku baru tahu, rupanya untuk N4 ini sekurang-kurangnya aku perlu habis belajar sehingga Lesson 50 dalam buku teks Minna No Nihongo. Guess what? Aku baru belajar sehingga Lesson 38! Ada 12 lessons kena belajar sendiri! Confirm tak raya.

Jadi, aku perlukan latihan yang mantap supaya sekurang-kurangnya aku dapat jawab apa yang aku sudah belajar selama ini.

Punyalah panjang muqaddimah merangkap throwback. Baiklah, ini buku-buku yang aku gunakan sebagai persediaan untuk N4.

1. 短期マスター / Tanki Masutaa (Short Term Master). Terbitan: Bonjinsha. ¥1300.

20170617_202704-1

Aku suka buku ini sebab semuanya ada dalam satu buku dan sudah mengikut format JLPT.

  • Kanji
  • Goi (Vocabulary)
  • Bunpou (Grammar)
  • Dokkai (Reading comprehension)
  • Choukai (Listening comprehension)

Ada dua set dan kedua-duanya mengandungi kesemua di atas. Set pertama, latihan. Set kedua itu ala-ala mock test gitu.

2. N4 聴解スピードマスター / N4 Choukai Supiido Masutaa (Quick Mastery of N4 Listening). Terbitan: J Research (2016). ¥1200.

20170617_202626-1

Buku ini pun best. Cuma ini memang sudah difokuskan untuk latihan listening. Aku yang memang selalu nervous untuk listening section ini memang perlukan buku ini.

Dalam N4, ada empat jenis soalan pendengaran.

  1. Task-based comprehension – kadang-kadang ada gambar, kadang-kadang tak ada.
  2. Comprehension of key points – tiada gambar. Masa untuk baca jawapan ada diberikan. Baca jawapan, kemudian baru dengar soalan.
  3. Verbal expressions –  soalan bergambar dengan salah seorang dalam gambar akan ditandakan dengan yajirushi (anak panah). Calon perlu tahu apa yang orang yang ditunjukkan dengan anak panah akan kata / respon.
  4. Quick response – short questions yang sangat aku suka. Tiada gambar.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian mengandungi 4 jenis soalan di atas. Tiga bahagian itu adalah:

  • Warming up
  • Sample practice 
  • Mock exams (dua set)

Punyalah banyak soalan. Boleh buat latihan sambil kunyah kuih raya. Hehe.

Di akhir buku ini pula ada senarai vocabularies yang selalu disebut dalam exam! Bagus kan?

3N4 読解スピードマスター / N4 Dokkai Supiido Masutaa (Quick Mastery of N4 Listening). Terbitan: J Research (2016). ¥1200.

20170617_202648-1

Dalam JLPT, dokkai ataupun soalan pemahaman adalah bahagian yang paling lama tempoh menjawabnya. Yalah, kena baca ayat-ayat yang panjang dan jawab soalan. Kadang-kadang ada ayat yang terpaksa dibaca dua tiga kali baru faham. Ada juga soalan yang sudah baca banyak kali pun masih disalah faham. Mencabar juga bahagian ini.

Seperti buku nombor 2, buku dalam siri yang sama ini juga dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • Warming up
  • Sample practice 
  • Mock exams (dua set)

Yang aku suka, hampir setiap bahagian ada contoh dan explanation bagi jawapan. Memang bagus kalau perlu belajar sendiri.

Buat masa ini aku sudah habiskan latihan listening bagi buku 1 dan 2. Insya-Allah aku akan habiskan buku 1 dan 3 secepat mungkin kerana ada dua buah lagi buku latihan yang menanti:

4. 日本語能力試験 / Nihongo Nouryoku Shiken (Japanese Language Proficiency Test). Terbitan: Bonjinsha (2012). ¥700.

20170622_190834-1

Buku ini ada dinyatakan dalam laman web rasmi JLPT. Kira macam sample practice jugalah, memang sudah ikut format. Cuma ada satu set sahaja. Bagus, tapi tak cukup kalau guna buku ini sahaja.

5. 日本語チャレンジ  / Nihongo Charenji (Japanese Language Challenge). Terbitan: ask. ¥1400.

20170622_190924-1

Buku ini sangat tebal berbanding yang lain. Ia terfokus kepada grammar dan reading comprehension. Tebal dua kali ganda.

Bagi grammar, ia disusun berdasarkan pelbagai topik berkisar tentang Jepun dari Januari hingga Disember. Ada 32 topik semuanya. Menarik, tapi tak pasti bagus atau tidak untuk persediaan last minute macam sekarang ni.

Reading comprehension pula ada 10 latihan (petikan pendek dan petikan panjang).

Harap-harap aku sempat buat semua latihan.

All the best kepada semua calon!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s