:: Kuih Raya Tahunan ::

Ramadan kali ini sangat terasa pantas berlalu. Dua minggu pertama terutamanya, rasa sangat pantas. Sekejap sahaja sudah di pertengahan. Mungkin kerana ketika itu cuti sekolah baru bermula. Dua minggu aku penuh dengan kelas di siang hari.

Biasanya, sekitar minggu kedua Ramadan aku sudah mula membuat kuih raya. Tapi tidak kali ini. Tahun ini, di minggu terakhir Ramadan barulah aku kelam kabut ke kedai mencari bahan segala.

Seperti tahun-tahun lepas, ini kuih raya yang wajib aku buat sendiri. Yang senang-senang sajalah yang aku boleh buat pun. 😅

  • Almond London – yang aku buat tahun ini bukan ‘Almond London’, tetapi ‘Hazelnut London’. Sebabnya, aku tak jumpa whole almond yang dijual di kedai yang aku selalu pergi. Jadi, aku guna hazelnut di dalamnya. Tak sangka jadi lebih sedap pula. Haha. Dari dulu lagi aku memang suka hazelnut berbanding almond.
  • Cornflakes Madu – ini yang paling senang. Di kampung aku nun di utara sana, ini kegemaran ramai, tak mengira usia. Wajib ada. Tiba-tiba teringat tiga tahun lepas ada dua students aku yang order. Suka betul depa.
  • Sarang Semut – dah lama tak buat kuih ini sebenarnya. Tahun ini tiba-tiba rajin pula. Pun senang. Cuma leceh sikit bila buat sorang-sorang. Aku suka kalau kuih ini tak mampat sangat. Alhamdulillah, menjadi.

Sebenarnya, sejak habis belajar di universiti, aku tiba-tiba suka tat nenas. Sebelum itu tak adalah suka sangat pun. Tak tau kenapa.

Tapi… aku tak pandai buat tat nenas. Jadi, biasanya aku beli sahaja. Lately ini ada pula tat nenas versi warna ungu (blueberry), hijau (epal) dan merah (strawberry). Pun aku suka juga.

Oh. Lupa. Satu lagi ‘kuih raya’ yang sempat aku buat adalah Popia Simpul. Alkisahnya, di rumah ada banyak serunding. Ramai pula yang bagi sepanjang Ramadan ini. Jadi aku pun merajinkan diri menyimpulkan ikatan popia-popia ini. Sambil mendengar soalan Listening Comprehension untuk JLPT pula tu. 😅

Nanti aku akan merajinkan diri untuk membuat brownies pula, insya-Allah.

Sekarang, aku perlu bersiap. KL sudah lengang. Aku akan bertolak pulang ke kampung malam ini, insya-Allah. Naik bas. Itupun kalau tiket yang dibeli online ini tak ada masalah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s