:: Karangan Bahasa Jepun ::

Entri ini berkenaan entri semalam; 昔話: マスリ.

Beberapa minggu lepas, sensei beri tugasan. Tidak seperti shukudai (homework) biasa, kali ini kami perlu tulis dan bentangkan mukashi banashi. 

Mukashi banashi ini dalam Bahasa Inggerisnya old folktales. Dalam Bahasa Melayu, kisah-kisah zaman dahulu. Gitu. 

Lepas kelas tamat aku terus ke library. Semangat baq hang. 😁

Jumpa beberapa buku cerita tentang mukashi banashi Jepun. Aku pinjam tiga buah, sebagai panduan untuk menulis karangan dalam bahasa Jepun.

Dari kanan: Kaguya Hime, Momotarou & Mujina

Selain untuk tugasan, aku juga nak tahu serba sedikit tentang mukashi banashi Jepun yang famous ini.

Please write something that I don’t know,” aku teringat pesan Oda Sensei tempoh hari.

Akhirnya aku memilih untuk menulis dan membentangkan kisah lagenda Mahsuri. Tiga tahun membesar di pulau Langkawi, kisah itu antara cerita rakyat yang paling dekat dengan aku. Rasanyalah

Selama bersekolah di pulau itu, tiga-tiga tahun itulah juga aku menyaksikan pelbagai persembahan lakonan dan puisi tentang Mahsuri. Pernah juga aku ditawarkan untuk mendeklamasikan sajak berkenaan Mahsuri, tapi aku tolak. Ceq tak pandai deklamasi sajak ni. 😅

Sepanjang menyiapkan tugasan karangan Bahasa Jepun ini, banyak juga vocab baru dan struktur ayat yang aku pelajari. Menarik. Mungkin aku perlu lebih kerap menulis dalam Bahasa Jepun. 🤔

Pembentangan di dalam kelas berjalan lancar. Aku seboleh-bolehnya cuba untuk tidak menggunakan ayat bombastik yang susah untuk rakan sekelas memahami.

Kalau ada yang tiba-tiba rasa nak baca apa yang aku tulis tentang Mahsuri dalam Bahasa Jepun, bolehlah scroll entri sebelum ini atau klik saja link yang aku share di baris paling atas entri ini. 

Pembentangan dua lagi rakan sekelas pun menarik; tentang kisah lagenda China (ular yang menjadi puteri) dan kisah Puteri Santubong yang terkenal di Sarawak.

Selesai pembentangan, Oda Sensei menanda kertas kami, membetulkan kesilapan-kesilapan ayat.

Oh ya. Aku tak jadi bertukar sekolah bahasa Jepun seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum-sebelum ini. Sebabnya, timing. Jadual kelas di JFKL tak berapa sesuai untuk aku. Ada dua isu; jadual kerja dan waktu solat Maghrib. 😔

Jadi aku teruskan belajar di Bangsar. Upper Intermediate Level 1, buat masa ini.

Oktober depan, genaplah tiga tahun, boi. 

勉強続けるよ! 💪

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s