:: Tutoring: PT3 2017 ::

Hujung minggu terakhir sebelum PT3 2017.

Jadual esok agak padat. Selain sesi petang tadi, esok adalah hari terakhir untuk bertemu calon PT3 yang aku ajar tahun ini. Ada empat orang kesemuanya. Dua perempuan, dua lelaki.

Semua sudah bersedia, insya-Allah. Cuma, disebabkan esok kali terakhir bertemu mereka, jadi berdebar pula. Macam-macam dalam kepala, segala amanat terakhir untuk setiap pelajar. Masing-masing tak sama. Kekuatan dan kelemahan setiap pelajar memang berbeza.

Ada yang memang hebat dalam soalan menyelesaikan masalah, tapi lemah betul dalam soalan yang melibatkan lukisan / gambar rajah. Ada yang tak ada masalah langsung dalam algebra, tapi blank bila jumpa soalan mudah-mudah, macam GSTK, FSTB dan yang seangkatan dengannya.

Jadi tutor bukan hanya mengajar. Selain membantu pelajar faham, tutor juga bertindak untuk memperbetulkan, memperbaiki dan mengatasi kelemahan pelajar yang telah dikenalpasti.

Kadang-kadang bukan pelajar itu tak pandai, tapi tersalah faham / tak faham konsep sahaja.

Ada juga yang memang tak bersemangat untuk ulangkaji sendiri. Rasa down bila banyak soalan yang tak mampu dijawab. Di sinilah tutor memainkan peranan untuk memberi sokongan dan panduan. Guided practice.

Sebab itu jugalah aku benarkan pelajar-pelajar aku untuk bertanya 24/7 menerusi WhatsApp. Note 4 ini dulu dibeli memang semata-mata untuk jawab soalan pelajar on the spot tau. Sebabnya, leceh kalau aku sedang berada di luar, nak keluarkan kertas, kemudian snap dan send gambar kepada pelajar.

Screenshot_2017-10-06-23-10-08.jpg

Bila pelajar tanya, soalan boleh terus dijawab dengan screenshots.

Sebenarnya aku memang tak pernah terfikir untuk menjadi tutor di rumah begini. Minat mengajar itu pun aku sedar ketika umur sudah masuk 21 tahun. Lambat.

Alhamdulillah, aku suka pekerjaan sekarang. Walaupun ada masa-masanya down juga dengan prestasi Add Maths pelajar, aku tetap positif untuk bantu mereka. Walau aku sendiri tak tahu, sampai bila aku boleh / akan berkhidmat begini, buat masa sekarang, aku akan lakukannya, sepenuh hati. 💪

Eliyana, Farah, Nabil dan Aqil, all the best untuk PT3 2017. ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s