:: Bisik Pada Langit ::

Tempoh hari, setelah agak lama juga tidak memberi cuti kepada diri sendiri, aku keluar bersama sepupu yang paling dekat di hati. 

Bila Anis kata mahu datang ke rumah pada cuti hari Deepavali, aku terus reschedule segala kelas yang ada pada hari itu. Jarang-jarang aku cuti ketika orang lain bercuti.

“Merdeka pun ada tuisyen ya,” seorang bapa kepada pelajar pernah berseloroh.

“Cikgu raya kat sini ke? Kalau raya kedua nak buat tuisyen OK ke?” tanya seorang lagi pelajar lain, mungkin berdebar kerana peperiksaan percubaan SPM di sekolahnya betul-betul selepas cuti Hari Raya Aidiladha.

Minggu ini cuti sekolah. Jadi, pada waktu pagi pun aku ada tuisyen. Ada pelajar yang balik dari asrama, ada juga yang memang mahu tukarkan tuisyen ke waktu pagi. Jadual agak padat. Maklum saja, SPM tinggal kurang sebulan lagi!

Kembali kepada topik asal, aku dan Anis memutuskan untuk ke KLCC. Bila difikirkan, sudah lama juga aku tidak jejakkan kaki ke sana. Ini kali yang pertama buat tahun ini (2017 hanya tinggal lagi dua bulan). Tahun lepas, mungkin cuma sekali juga. Eh, yakah? Aku pun tak ingat.

Ada dua agenda kami ke KLCC hari itu. Satu, mahu ke Kinokuniya. Dua, ke TGV Cinema untuk menonton Bisik Pada Langit.

Di Kinokuniya aku mencari buku tentang Bahasa Jepun. Tak sangka jumpa buku latihan N3 yang sedang ada promosi (diskaun 20%). Yeay~

Kemudian kami terus ke TGV Cinema yang terletak betul-betul satu aras di bawah Kinokuniya. Pertama kali aku menonton di sini. Anis pula, pertama kali masuk panggung. 😅

Aku bukanlah selalu ke pawagam. Boleh kira dengan jari di tangan. Lebih selesa menonton di rumah. Tetapi untuk BPL yang hangat diperkatakan rakan-rakan, aku turut teruja.

Sejak minggu pertama ditayangkan, aku sebenarnya sudah merancang untuk pergi menonton Bisik Pada Langit seorang diri. Kononnya tak mahulah menangis depan orang yang mengenali.

Hari demi hari berlalu. Sudah masuk minggu ketiga sejak BPL ditayangkan dan aku masih belum sempat pergi menonton. Akhirnya aku memutuskan untuk mengajak Anis yang kebetulan berkunjung ke rumah. Aku juga sudah clear-kan urusan pada hari itu. Anis menurut saja.

Di panggung, kami berdua adalah orang terawal masuk dan terakhir keluar. Sepanjang menonton, kami tidak banyak berkata-kata. Masing-masing menghayati jalan cerita.

BPL kisah yang simple, tetapi dekat pada hati. Mungkin kerana kami kedua-duanya anak perempuan, yang jauh dari ayah. Anis mungkin lebih terkesan, kerana ayahnya, arwah Pak Tih sudah tiada di dunia ini.

Malam sebelum keluar pada hari itu kami bersembang sehingga hampir pukul 2.00 pagi. Memang seronok berbual dengan hafizah Al-Quran ini. Anis lebih muda, tetapi sejak kecil lagi kata-katanya selalu kedengaran matang.

Antara yang dibualkan adalah tentang arwah Pak Tih, yang sangat aku kagumi. Untuk bercerita tentang insan ini, mungkin aku perlu menulis sebuah lagi entri khusus. Arwah Pak Tih rakan sekelas ayah di sekolah. Bermakna jika Pak Tih masih hidup, usianya sebaya ayah, 58 tahun pada tahun ini. Dan hari ini, genap tujuh arwah Pak Tih kembali kepada Ilahi.

Kata Anis sebaik sahaja kami keluar dari panggung,

“Benarlah. Kita akan lebih menghargai ahli keluarga apabila ada kematian di kalangan kita.”

Aku mengangguk perlahan.

BPL membuatkan airmata kami penonton mengalir berulang kali. Bunyi esakan yang seakan bersahut-sahutan jelas kedengaran. Tudung yang dipakai basah dengan airmata.

Sungguh, lakonan yang berkesan daripada para pelakonnya. Tahniah.

Everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going. ー Hlovate

Semoga kita lebih saling menghargai, dan tidak menyesal ketika salah seorang daripada kita dijemput Ilahi nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s