:: Wordless Wednesday #8 ::

Advertisements

:: JLPT N5: Passed ::

だれもみな問題を抱えている、だけど素敵な明日を願っている。

Dare mo mina mondai o kakaeteiru, dakedo sutekina ashita o negatteiru.

Everyone has problems, but is hoping for a nice tomorrow.

—–

Petikan di atas adalah lirik lagu Jepun. (Masih dalam mode Jepun.)

Lama tak menulis di blog. Berhabuk baq hang!

Sepurnama merantau di bumi Jepun, tiba-tiba sudah di pertengahan bulan Februari 2017. Ah, masa berlalu begitu pantas.

Terlalu banyak yang mahu diceritakan. Terlalu banyak juga hal yang perlu disambung-uruskan.

Let’s get back on track. Susun. Prioritize.

Apapun jangan berhenti berimpian. Tanpa impian mungkin akan terus hilang semangat untuk teruskan kehidupan.

よーし!

Alhamdulillah, JLPT N5 yang diduduki Disember tahun lalu sudah pun keluar keputusannya. Ketika itu aku masih di Jepun.

Keputusan yang disemak secara online beberapa minit sebelum menaiki shinkansen dari Tokyo ke Sendai itu buat aku hampir terlompat di dalam perut tren JR Yamanote Loop Line. Mujurlah aku masih sedar akan keadaan sekeliling. Tak pasal-pasal sengih sorang-sorang. Senyum sampai telinga.

Alhamdulillah.

Terus aku hantarkan screenshot keputusan itu kepada emak. Mahu kongsi gembira.

Walaupun tidaklah segempak mana dan ini baru level N5, tetap syukur. Usaha berhasil. Doa termakbul. Alhamdulillah.

Ini membakar semangat untuk teruskan ke peringkat seterusnya. Insya-Allah.

Yup, aku akan teruskan belajar. Insya-Allah. Sebab the more I learn, the more I realize how much I don’t know. Sungguh!

May Allah bless.

じゃ、おやすみなさい。

:: Japan: Winter in Tokyo, a Summary (Itinerari & Perbelanjaan) ::

“Gomen nasai!!”

Baru sekarang nak tulis entri tentang kembara lapan bulan yang lalu. Jadi, “gomen nasai!” (maaf!)

Hopefully it is not toooo late. Dan kalau pun dah terlambat, bak kata orang, better late than never, no? <– Ayat nak sedapkan hati sendiri. 😅

Apapun, semoga bermanfaat. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen. Jika ada masa dan pengetahuan, insya-Allah akan dibalas. ☺

—–

REGION

  • Tokyo
  • Kawaguchiko, Yamanashi
  • Yuzawa, Niigata
  • Yokohama

JapanWinter2016

 

ITINERARI

Day 1

  • Berlepas dari KLIA2 ke Haneda International Airport dengan pesawat AirAsiaX.
  • Tiba di Haneda International Airport (10.30 malam).
  • Bermalam di airport sementara menunggu siang.

Day 2

  • Mandi, solat Subuh dan bersiap di airport.
  • Bergerak ke Shinjuku Station sebelum terus ke Shibuya Station.
  • Ke Shibuya: Hachiko Statue, Shibuya Scramble Crossing, dan kawasan sekitarnya.
  • Menziarahi Tokyo Camii Mosque dan solat jama’ Zuhur & Asar.
  • Melawat Meiji-jingu Shrine di Harajuku.
  • Bermalam di Yadoya Guesthouse for Backpackers (female dorm) di Nakano.

Day 3

  • Check-out dari Yadoya Guesthouse for Backpackers.
  • Menuju ke Kawaguchiko dengan menaiki kereta api (mula menggunakan JR Tokyo Wide Pass).
  • Check-in di K’s House Mt. Fuji di KawaguchikoBrunch dan solat jama’ Zuhur & ‘Asar di sini.
  • Mengelilingi sebahagian Kawaguchiko dengan menunggang basikal yang disewa daripada K’s House.
  • Melawat Kachi Kachi Ropeway, dan menaiki cable car untuk naik ke atas Mount Tenjo.
  • Berbasikal di sekitar Oike Park sebelum kembali ke hostel.
  • Bermalam di K’s House Mt. Fuji (female dorm).

Continue reading