:: Land below the wind ::

from Instag Kundasang. Indeed, a land below the wind. It’s been a year, but I still can even feel the wind. Phew.
#throwback #borneo ram: http://ift.tt/1xmXkAf http://ift.tt/1No0wQ8
Advertisements

:: Sunset at Bungai Beach ::

from Instag Sunset at Bungai Beach, Bekenu, Sarawak.
As far as I can remember, this was the first time I’ve ever watched and experienced a sunset. And it was indescribably beautiful, subhanallah. It was as if being on a different planet. Subhanallah.

#throwback #borneo #silhouette ram: http://ift.tt/1BDJO7T http://ift.tt/1Eg7MMu

:: Borneo, Day 5: Gunung Kinabalu yang Pemalu ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 4: Déjà vu di Kinabalu.

Seperti yang dirancang, pagi ini kami bangun lebih awal. Selepas bersiap, aku dan Odah menapak keluar dari rumah. Ketika itu baru pukul 6.15 pagi. Kalau di Semenanjung Malaysia, waktu begini masih gelap. Di sini, sudah mula mencerah. Udara pagi di tempat tinggi begini sungguh nyaman sekali. Subhanallah, walhamdulillah.

Tapi. Nasib kurang baik. Puncak Gunung Kinabalu masih malu-malu. Terlindung di balik kabus.

Rumah penduduk tempatan, di atas bukit.

Antara rumah penduduk tempatan, di atas bukit.

Pakcik ini hendak turun dari bukit ini. Tak sempat nak temuramah.

Matahari sudah mula meninggi. Pakcik ini hendak turun bukit. Tak sempat nak temuramah.

My model. ;-)

My model. 😉

PEKAN NABALU

Disebabkan puncak Gunung Kinabalu masih malu-malu dan perut sudah berbunyi minta diisi, maka kami Continue reading

:: Borneo, Day 4: Déjà Vu di Kinabalu ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 3: Ke Sabah, bah!

Pagi hari keempat. Bila sentuh air di dalam bilik air, barulah kami faham kenapa tuan rumah ada terangkan tentang penggunaan water heater semalam. The water was freezing cold! Dan bila nak guna sendiri water heater itu, kami bertambah faham. Patutlah beriya benar tuan rumah cerita tentangnya. Water heater itu dijana daripada gas! Yup, gas. Seperti dapur gas yang kita boleh lihat apinya. Pergh. Tak pernah kulihat. Jakun sebentar. Pasti kesemua rumah di kawasan ini memiliki water heater – jika tidak bagaimana mereka mandi di waktu pagi?

Itu kisah di bilik air. Sesudah bersiap, kami keluar rumah. Kata tuan rumah, Gunung Kinabalu boleh dilihat dari kawasan belakang rumah itu.

Tahu bagaimana perasaan kami bila menapak keluar dari rumah? Terpegun. Speechless. Malam tadi, kerana kepekatan malam, kami langsung tidak dapat melihat kawasan persekitaran rumah. Kami cuma tahu, rumah yang kami tumpangi ini letaknya di belakang sekolah rendah.

Tapi pagi ini.. Subhanallah! Gunung Kinabalu dapat dilihat betul-betul dari belakang rumah ini!

Nah

Nah. Lihat sendiri!

Kata tuan rumah, jika kami keluar lebih awal – seawal jam 6 pagi, kami mungkin boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dengan lebih jelas.

Continue reading

:: Borneo, Day 3: Ke Sabah, bah! ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 2: Niah.

Setelah membakar kalori pada hari sebelumnya, hari ini kami bertolak ke Sabah, bah!

Ke Sabah dari Miri, Sarawak dengan melalui jalan darat adalah satu pengalaman baru bagiku. Kami berempat semuanya; aku, Odah, Sal dan husbandnya. Kami berkereta – husband Sal lah drivernya. Barangkali jika menggunakan public transport (baca: bas), akan lebih mencabar perjalanannya.

Perjalanan lebih kurang 300 kilometer itu juga melalui negara Brunei, kerana garisan sempadan negara Brunei yang berbentuk begini:

Map

Peta menunjukkan kedudukan negara Brunei

Kerana perjalanan ini merentasi sempadan Malaysia (Miri)-Brunei-Malaysia (Limbang)-Brunei-Malaysia (Lawas), maka terdapat beberapa checkpoints (imigresen) yang terpaksa dilalui. Maka, janganlah lupa bawa buku merah (baca: passport). Checkpoints tersebut adalah: Continue reading

:: Borneo, Day 2: Niah ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo: Muqaddimah.

Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini, kami telah tangguhkan keberangkatan ke Sabah kepada hari ketiga (Day 3). Bagi menghargai keberadaan di Miri dan peluang yang tidak datang berkali, maka di hari kedua di bumi Borneo ini, kami ke Niah. (Ini tiada dalam plan asal trip ini)

Niah terletak kurang lebih 90km dari bandar Miri. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa kurang lebih satu setengah jam. Waze sedikit sebanyak memang membantu. Kami bertolak dari rumah (di Miri) dalam pukul 10++ pagi. Kelewatan untuk bertolak ini adalah disebabkan oleh penyediaan bekalan makanan dan peperangan di dapur yang apinya sangat perlahan. Namun, kami berjaya memasak nasi lemak serta lauk-pauknya untuk sarapan pagi dan dibawa sebagai bekalan untuk lewat tengahari nanti. Kami tiba di Taman Negara Niah kira-kira pada pukul 12++ tengahari.

Bukit Niah?

Jaluran bukit batu Niah

Pintu gerbang Taman Negara Niah

Pintu gerbang Taman Negara Niah

Gua Niah ini pertama kali kudengar namanya adalah ketika di dalam kelas Sejarah Tingkatan 1. Continue reading