:: QOTD #106 ::

Distance does not separate people. Silence does. 

Advertisements

:: Japan: Winter in Tokyo, a Summary (Itinerari & Perbelanjaan) ::

“Gomen nasai!!”

Baru sekarang nak tulis entri tentang kembara lapan bulan yang lalu. Jadi, “gomen nasai!” (maaf!)

Hopefully it is not toooo late. Dan kalau pun dah terlambat, bak kata orang, better late than never, no? <– Ayat nak sedapkan hati sendiri. 😅

Apapun, semoga bermanfaat. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen. Jika ada masa dan pengetahuan, insya-Allah akan dibalas. ☺

—–

REGION

  • Tokyo
  • Kawaguchiko, Yamanashi
  • Yuzawa, Niigata
  • Yokohama

JapanWinter2016

 

ITINERARI

Day 1

  • Berlepas dari KLIA2 ke Haneda International Airport dengan pesawat AirAsiaX.
  • Tiba di Haneda International Airport (10.30 malam).
  • Bermalam di airport sementara menunggu siang.

Day 2

  • Mandi, solat Subuh dan bersiap di airport.
  • Bergerak ke Shinjuku Station sebelum terus ke Shibuya Station.
  • Ke Shibuya: Hachiko Statue, Shibuya Scramble Crossing, dan kawasan sekitarnya.
  • Menziarahi Tokyo Camii Mosque dan solat jama’ Zuhur & Asar.
  • Melawat Meiji-jingu Shrine di Harajuku.
  • Bermalam di Yadoya Guesthouse for Backpackers (female dorm) di Nakano.

Day 3

  • Check-out dari Yadoya Guesthouse for Backpackers.
  • Menuju ke Kawaguchiko dengan menaiki kereta api (mula menggunakan JR Tokyo Wide Pass).
  • Check-in di K’s House Mt. Fuji di KawaguchikoBrunch dan solat jama’ Zuhur & ‘Asar di sini.
  • Mengelilingi sebahagian Kawaguchiko dengan menunggang basikal yang disewa daripada K’s House.
  • Melawat Kachi Kachi Ropeway, dan menaiki cable car untuk naik ke atas Mount Tenjo.
  • Berbasikal di sekitar Oike Park sebelum kembali ke hostel.
  • Bermalam di K’s House Mt. Fuji (female dorm).

Continue reading

:: POTD: Fujiko F. Fujio Museum ::

from Instagram: http://ift.tt/1NcYOOI http://ift.tt/1P63c9G

Berpeluang melawat sebuah muzium, yang memang bukan muzium biasa-biasa.

Ini pengalaman pertama bagiku, masuk ke muzium yang menyediakan device kecil sebagai Audio Guide (dalam Bahasa Inggeris pula tu). Terpegun sebentar. Inikan negara Jepun. Haruslah teknologinya begitu.

Audio Guide memberi penerangan tentang apa yang dilihat di balai pameran. Malah ia boleh di’synchronise’kan dengan video-video berkaitan bahan pameran.

Bila dengar video temuramah dengan pelukis manga terkenal di dunia, Hiroshi Fujimoto atau nama penanya Fujio F. Fujiko ini, aku rasa dekat. Rasa seperti dia masih ada.

Dan bila lihat hasil karyanya, lihat peralatan dan ruang kerjanya, dan baca sedikit sebanyak sejarah hidupnya, memang rasa teruja. Sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Itqan.

Inspiratif!

Hebat. Walaupun beliau sudah tiada di dunia, legasi yang ditinggalkan masih berterusan sehingga hari ini dan akan datang. Terus berkongsi dan menginspirasi.

Oh ya. Gambar ini menunjukkan ukiran berbentuk mata Doraemon di dinding luar muzium. Ada banyak mimik mata Doraemon di situ sebenarnya. Dan ini salah satunya.

:: POTD: Hachiko Statue in Todai ::

from Instagram: http://ift.tt/1Zt7RqZ http://ift.tt/1PWMJSa

Ini pula kisah petang tadi. Sempat aku berbasikal ke Tokyo Daigaku (Tokyo University) atau juga dipanggil sebagai ‘Todai’ sahaja.

Memang tujuan asalnya untuk ke statue ini (selain melawat universiti paling berprestij di negara Jepun ini). Mungkin ramai yang lebih tahu tentang Hachiko Statue yang ada di Shibuya.

Hachiko Statue di sini pula adalah versi ‘happy ending’, kerana Hachiko (anjing yang setia menunggu tuannya di stesen keretapi) akhirnya bertemu dengan tuannya, Dr. Ueno (walaupun kisah sebenarnya bukan begitu). Sekali lagi, kisah panjangnya di blog. Later, insyaAllah.

Oh. Tiba-tiba rindu Melly dan Mellet.

:: POTD: Iiji-san & Yuzawa-machi. ::

from Instagram: http://ift.tt/1mS4Gri http://ift.tt/1SfijOg

Gambar: Iiji-san & Yuzawa-machi.

View ini dari Gala Yuzawa, diambil ketika berjalan di pergunungan bersalji dengan menggunakan ‘kanjiki’, kasut tradisional Jepun yang banyak digunakan lebih kurang 600 tahun dahulu.

Alhamdulillah, dapat gagahkan diri ke sini. Dapat sentuh salji buat pertama kali. Fresh snow yang masih tebal, ringan dan berkilauan pula. Subhanallah.

Sekali lagi, tak terekspresi.