:: Jawa Barat Indonesia, Day 6 & Summary (incl. Itinerary & Perbelanjaan) ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 5: Jakarta.

Ini ialah entri terakhir berkaitan trip ke Jawa Barat Indonesia pada 20 – 25 Januari 2015 yang lalu. Entri ini akan merangkumi part terakhir (Day 6) dan trip summary (itinerary & jumlah perbelanjaan).

DAY 6 (Sunday, 25/01/2015)

As mentioned in the previous post, pagi ini kami perlu check out awal supaya dapat sampai ke Hatta Soekarno Airport awal atau tepat pada waktunya.

BLUEBIRD

Setelah bersiap dan breakfast (provided by the hostel), kami pun keluar dengan menaiki teksi. Petang semalam kami sudah pun meminta receptionist di hostel ini untuk tolong tempahkan teksi untuk ke airport pagi ini. Seperti yang disarankan kebanyakan orang, kami ambil teksi Bluebird.

Bluebird.

Bluebird.

Bluebird taxi ini ialah teksi bermeter ya.

Kami keluar dari Six Degrees Backpackers Hostel ini pada pukul 7 pagi. Kata orang, kebiasaannya, agak sesak juga jalan ke airport. Tapi mungkin kerana hari ini adalah hari Ahad, cuti, maka jalan tidak sesak.

Pemandu teksi memandu teksi dengan kelajuan biasa. Namun mungkin kerana jalan tidak sesak dan kami melalui highway, maka kami sampai ke airport jauh lebih awal. Belum pukul 8 pagi lagi ketika itu! 🙄

Bayaran teksi ialah Rp173,000 (RM49.30). Mungkin standard la kut bayaran naik teksi ke airport. Huhu. Nasib baik duit rupiah yang tinggal cukup-cukup saja. Phew~

Maka duduklah kami di situ menunggu flight yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah, kami bertolak pada waktu yang dijadualkan dan selamat kembali ke Kuala Lumpur.

Habis cerita. 🙂

SUMMARY

Di bawah ini adalah itinerary keseluruhan trip dan bajet perbelanjaan kami di sana (tidak termasuk barang-barang yang dibeli). Itinerary ini telah diringkaskan. Untuk cerita penuh, anda boleh baca dalam entri-entri sebelum ini. Semoga bermanfaat. 🙂

ITINERARY

Day 1

  • Bertolak dari KLIA2 ke Soekarno Hatta Airport, Jakarta.
  • Tiba di Soekarno Hatta Airport.
  • Bertolak ke Jalan Cihampelas, Bandung dengan menaiki bas X-Trans.
  • Check in di Amaris Hotel Jalan Cihampelas.
  • Berjalan-jalan di Jalan Merdeka.
  • Dinner di Ciwalk.
  • Pulang ke hotel.

Day 2

  • Sarapan di hotel.
  • Berjalan kaki dari hotel ke Rumah Mode.
  • Sambung perjalanan dari Rumah Mode ke Paris Van Java. Jalan-jalan di sini.
  • Lunch berdekatan Paris Van Java.
  • Jalan-jalan di Jalan Riau.
  • Kembali ke Ciwalk.
  • Pulang ke hotel.

Continue reading

:: Jawa Barat Indonesia, Day 5: Jakarta ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 4: Asia Afrika.

DAY 5 (Saturday, 24/01/2015)

Hari ini seawal jam 6 pagi kami sudah bersiap dan keluar dari bilik. Alhamdulillah, pihak guesthouse sediakan juga breakfast untuk kami walaupun kami sangat awal (biasanya jam 7 pagi baru disediakan breakfast di sini).

Beberapa minit sebelum jam 7 pagi, kami pun meninggalkan Venice Guesthouse dan berjalan kaki ke Stasiun Kereta Api Bandung. Kami sampai di stesen keretapi lebih kurang jam 7.10 pagi. Memang kami sengaja pergi awal (taklah awal sangat pun) bagi mengelakkan scene berkejar-kejaran dengan beg yang berat.

Tickets.

The tickets.

Inside the train.

Inside the train.

Train bergerak (baca: bertolak) tepat pada waktunya. Alhamdulillah. Perjalanan ke Gambir (Jakarta) mengambil masa kira-kira 3 jam 10 minit.

Scenery di sepanjang perjalanan ini saaangat cantik, subhanallah. Continue reading

:: Jawa Barat Indonesia, Day 4: Asia Afrika ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih.

DAY 4 (Friday, 23/01/2015)

Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini (Day 3), kami telah check in ke sebuah guesthouse pada malam hari ketiga di Bandung.

VENICE GUESTHOUSE

Outside view of Venice Guesthouse.

Outside view of Venice Guesthouse.

Kenapa pindah ke Venice Guesthouse pula walaupun masih di Bandung? Ini strategi berbackpack dengan bijak dan berjimat cermat (bajet sangat~ 🙄 )

Ok. Sebabnya adalah:

  1. Lokasi yang sangat strategik, walkable ke Stasiun Kereta Api Bandung. Dalam 10 minit sahaja jarak berjalan kaki. (Nanti kami akan kembali ke Jakarta dengan menaiki keretapi.)
  2. Murah. Kami hanya bayar RM105.84 untuk 2 malam (2 orang). Bermakna, RM26.46 seorang untuk 1 malam. Dan itu sudah termasuk breakfast untuk 2 hari! Bilik ok, standard, ada bilik air & selesa.

Continue reading

:: Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 2: Jalan-Jalan Cari Makan.

DAY 3 (Thursday, 22/01/2015)

Pagi ini kami check out dari Amaris Hotel Jalan Cihampelas. Kami masih di Bandung, cuma akan menginap di tempat lain pula. Ke mana? Jawapannya di hujung post ini.

Seperti semalam, kami breakfast di hotel saja. Cuma bezanya, hari ini kami perlu breakfast cepat-cepat sikit kerana pak supir (driver) kami sudah menunggu.

SUPIR

Yup, hari ini kami menggunakan perkhidmatan supir. Berdasarkan pembacaan, rata-rata Malaysians yang datang ke Bandung pasti akan mengambil supir. Setelah 2 hari survive tanpa supir, hari ini kami terpaksa mengambil supir. Hal ini kerana hari ini kami akan ke Selatan Bandung, atau lebih tepat lagi ke Ciwidey yang terletak hampir 60km dari hotel ini.

Mungkin ada yang pernah ke sana tanpa supir, iaitu dengan bas. Tapi berdasarkan kajian dan advice daripada mereka yang pernah ke sana, lebih mudah jika dibawa oleh supir.

Alhamdulillah, supir kami, Pak Ayi, sangat baik orangnya. Kami dapatkan Pak Ayi daripada perkhidmatan supir Hayukka. Sudah ramai Malaysians yang menggunakan perkhidmatan Hayukka. Murah (berpatutan) dan bertanggungjawab. Highly recommended. Anda boleh lihat sendiri dan contact mereka di Facebook Hayukka (search for Hayuka Bandoeng) atau di website mereka (www.hayukka.net).

AVANZA

Jadi hari ini kami bergerak dengan menaiki Toyota Avanza. Kata Pak Ayi, kereta yang lebih kecil iaitu Honda City tidak available buat masa itu. Fully booked, I guess. Iyalah, kami pun tidak book awal-awal. Malam semalam baru contact. Oopsss. 🙄

Kami bertolak pada jam 8.30 pagi. Kata Pak Ayi, kalau jalan tidak sesak, perjalanan akan mengambil masa selama kira-kira 2 jam 45 minit. Phew~

Pak Ayi sangat ramah orangnya. Sembang-sembang, kami tanya pada Pak Ayi, apa nama syarikat pengeluar kereta tempatan di Indonesia ini? Sedikit curious, kerana rata-rata kereta di sini adalah kereta import – Toyota, Honda, etc. Kata Pak Ayi, syarikat yang mengeluarkan kereta tempatan sudah ditutup. Bankrup gara-gara korupsi. Kereta import di sini tidak terlalu mahal, contohnya Toyota Avanza hanyalah Rp155,000,000 iaitu kira-kira RM45k sahaja! Pergh..
Continue reading

:: Jawa Barat Indonesia, Day 2: Jalan-Jalan Cari Makan ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 1: Ke Kota Bandung.

DAY 2 (Wednesday, 21/01/2015)

Subuh di Bandung pada ketika ini adalah sejam lebih awal daripada waktu di Malaysia. Pada jam 4.25am sudah masuk waktu Subuh.

Pagi itu kami breakfast di hotel saja – since breakfast is included masa book bilik hari tu. Ada bubur nasi, tapi sekali lagi, kuahnya sedikit masin. Adakah orang di sini memang gemarkan makanan yang masin? Tak pasti pula.

RUMAH MODE

Lebih kurang jam 8 pagi, kami meninggalkan hotel. Kami berjalan kaki menuju ke Rumah Mode yang terletak di Jalan Dr. Setiabudi.

Pagi ini, cuaca agak baik. Sejuk dan nyaman saja. Seronok juga berjalan. Based on Google Maps, kami berjalan kira-kira sejauh 1.3km. Oleh kerana kami berjalan melenggang kangkung dan kami juga ada singgah ke satu dua tempat, maka hampir pukul 9 barulah kami tiba di Rumah Mode.

Guess what? Rumah Mode mula dibuka pada pukul 10 pagi. Wawawa.. Inilah akibatnya kalau tak buat homework betul-betul. Maka kami terpaksalah tunggu sehingga ia dibuka. So to kill the time, we took some photos. Continue reading

:: Jawa Barat Indonesia, Day 1: Ke Kota Bandung ::

As promised, here is the full story of the recent trip to West Java, Indonesia. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, post ‘berhari-hari’ ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ini adalah bahagian pertama.

Aluan: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Indonesia adalah negara terbesar di Asia Tenggara. Menurut Wikipedia, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah 17,508 pulau keseluruhannya.

Dalam trip 6 hari 5 malam ini, kami hanya pergi ke dua bandar utama di Kepulauan Jawa atau lebih spesifiknya, di Jawa Barat; iaitu Bandung & Jakarta. Kami lebih lama berada di Bandung berbanding di Jakarta.

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jakarta adalah pada jam 8 pagi waktu Malaysia. Sengaja kami bermalam di KLIA2, supaya tidak terkejar-kejar ke sana di waktu Subuh nanti. Disebabkan tidak dapat tidur (sejuk pula surau airport ni), maka kami melepak (baca: memanaskan badan) sambil memerhatikan pemandangan di sini:

Phew~

Sugoi desu ne~ ^^

DAY 1 (Tuesday, 20/01/2015)

Penerbangan pagi itu berjalan lancar, as scheduled, alhamdulillah. Perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam. Memandangkan waktu tempatan di Jakarta adalah lewat sejam daripada di Malaysia (Jakarta GMT +07:00), maka ketika kami tiba di Soekarno-Hatta International Airport (CGK), baru jam 9 pagi.

KE KOTA BANDUNG

Seperti yang telah kami study sebelum ke sana, terdapat 2 cara yang biasa digunakan oleh para travelers/backpackers untuk ke kota Bandung dari Jakarta. Continue reading