:: Korea Selatan: Summary (Itinerary & Perbelanjaan) ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. :-)

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian terakhir!šŸ˜‰

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

Ini adalah entri terakhir berkaitan trip ke Korea SelatanĀ pada 11Ā ā€“ 21Ā Jun 2015 yang lalu. Entri ini menyenaraikan itinerary dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari 10 malamĀ di sana. Semoga membantu!

ITINERARY

Day 1

  • Berlepas dari KLIA2 ke Incheon InternationalĀ Airport dengan pesawat AirAsiaX.
  • Tiba diĀ Incheon InternationalĀ Airport.
  • Bertolak ke Seoul Station, dan seterusnya ke Dong Seoul Bus Station.
  • Menaiki bas dari Dong Seoul Bus Station ke Sokcho Express Bus Terminal.
  • Check-in di Rocustel Motel. Urus diri.
  • Jalan-jalan di sekitar Cheongchoho Lake, Sokcho Expo Tower dan bandar Sokcho.
  • Pulang ke Rocustel Motel.

Day 2

  • Melihat matahari terbit di Seorak Sunrise Park.
  • Melawat Seoraksan National Park, Sinheungsa Temple, menaikiĀ cable carĀ keĀ Mount Seorak, Biryong Falls.
  • Berjalan-jalan di sekitar Abai Village / Abai Ma-eul.
  • KeĀ Sokcho Beach &Ā  Natural Museum of Coastal Sokcho.

Day 3

  • Check-out: Rocustel Motel.
  • Bertolak meninggalkan Sokcho dan menuju ke Chuncheon dengan menaiki bas. Dari Chuncheon, ambilĀ bas ke Gapyeong.
  • Menyeberang Han River untuk ke Nami Island.
  • Melawat Petite France.
  • Ambil train dari Gapyeong ke Dongdaemun, Seoul.
  • Check-in: Star Hostel Seoul Dongdaemun.

Day 4

  • Melawat Gwanghwamun Square:Ā The Statue of Admiral Yi Sun Shin,Ā The Statue of King Sejong the Great dan pintu gerbang utama Gyeongbok Palace.
  • Mengunjungi Gyeongbok Palace &Ā National Folk Museum of Korea.
  • Berjalan di sekitar Hanok Bukchon Village.
  • Mengunjungi Chandeok Palace.
  • Kembali ke hostel.
  • Berjalan dan membeli-belah di Myeongdong.

Day 5

  • MenelusuriĀ Cheonggyecheon Stream.
  • Menaiki Namsan Tower / N Seoul Tower.
  • Berjalan dan makan di Itaewon.
  • Mengunjungi masjid terbesar di Korea Selatan,Ā Seoul Central Mosque.
  • Berbasikal diĀ Yeouido Park (Han River).

Day 6

  • Check-out: Star Hostel Seoul Dongdaemun.
  • Melawat dan shoppingĀ kain diĀ Gwangjang Market.
  • Bertolak ke Gimpo International Airport untuk terbang ke Jeju International Airport dengan pesawat Jeju Air.
  • Dari airport di Jeju City, menuju ke Seongsan dengan menaiki bas.
  • Check-in: Kim’s Cabin Guesthouse

Day 7

  • ‘Memburu’ sunriseĀ di sebuah bukit di belakang guesthouse.
  • Check-out: Kim’s Cabin Guesthouse.
  • Melawat dan mendaki Seongsan Ilchulbong.
  • Bertolak ke Seogwipo dengan menaiki bas.
  • Check-in: Kkodak Kkodak Guesthouse.

Day 8

  • Sewa scooter daripada sebuah kedai berhampiran guesthouse.
  • Menunggang scooter ke Oedolgae Rock dan berpagi-pagian di sana.
  • Melawat Jeju World Cup Stadium.
  • Mengunjungi Yakcheonsa Temple.
  • Berjalan-jalan di sekitar Seogwipo Harbour,Ā Saeyeongyo Bridge,Ā Saeseom Island.
  • Riadah ringan di Cheonjiyeon Falls.
  • Memulangkan scooter ke kedai.
  • Berjalan-jalan pada waktu petang di bandar Seogwipo.

Day 9

  • Check-out:Ā Kkodak Kkodak Guesthouse.
  • MenaikiĀ Airport Limousine Bus menuju ke Jeju International Airport.
  • Kunjungan singkat ke Dongmun Market.
  • Kembali ke airport dan terbang keĀ Seoul juga dengan menaiki pesawatĀ Jeju Air.
  • Tiba diĀ Incheon Airport, terus menuju keĀ Sinchon.
  • Check-in:Ā Philstay Ehwa Boutique.
  • Melawat Ewha Womans University.
  • Berkunjung ke Godabang Cat Cafe dan bermain dengan kucing-kucing yang comel.

Day 10

  • Check-out:Ā Philstay Ehwa Boutique.
  • Membeli souvenir di Namdaemun Market.
  • Berjalan di sekitar Hongdae @ Hongik University Street.
  • Ke Incheon International Airport dan stay di situ sehingga keesokan pagi.

Day 11

  • Berlepas pulang dari Incheon keĀ KLIA2 dengan menaiki pesawatĀ AirAsiaX.

PERBELANJAAN

1. Penginapan: RM512.03

  • Di Sokcho: Rocustel Motel (doubleĀ room, 2 malam): RM133.04
  • Di Dongdaemun, Seoul: Star Hostel Seoul Dongdaemun (twin room – double decker, 3 malam): RM164.16
  • Di Seongsan, Pulau Jeju: Kims Cabin Guesthouse (female dorm 1/4, 1 malam): RM82.37
  • Di Seogwipo: Kkodak Kkodak Guesthouse (Korean traditional Ondol room, 2 malam): RM101.40
  • Di Sinchon, Seoul:Ā Ā Philstay Ehwa Boutique (female dorm 1/6, 1 malam): RM31.06

2. Pengangkutan: RM1385.64

  • AirAsiaX KUL –Ā ICNĀ – KUL (termasuk fuel charge, tax,Ā dan insurance): RM732.00
  • Jeju Air ICN – CJU – ICN (free 15 kg luggage): RM247.29
  • T-Money (anggaran): RM160.00
  • Bas: RM194.10
    • Seoul ke Sokcho: RM58.14
    • Sekitar Sokcho (anggaran): RM15.00
    • Sokcho ke Chuncheon: RM45.29
    • Chuncheon ke Gapyeong: RM9.80
    • Gapyeong ke Nami Island, Petite France dan Gapyeong KORAIL Station: RM20.28
    • Jeju International Airport ke Seongsan (anggaran): RM21.00
    • Seongsan ke Seogwipo (anggaran): RM6.00
    • Seogwipo ke Jeju International Airport: RM18.59
  • Sewa scooter di Pulau Jeju (1 hari): RM42.25
  • Sewa basikal di Yeouido Park (1 jam): RM10.14

3. Entrance Fees: RM237.95

  • Di Sokcho:
    • Sokcho Expo Tower: RM5.07
    • Seoraksan National Park: RM19.94
    • Jika menaiki cable carĀ ke Mount Seorak: RM33.80
  • Di Gapyeong:
    • Nami Island: RM27.04
    • Petite France: RM20.28
  • Di Seoul:
    • Gyeongbok Palace: RM11.83
    • N Seoul Tower (naik ke observatory deck & masuk ke Alive Museum): RM79.43
    • Godabang Cat Cafe: RM27.04
  • Di Pulau Jeju:
    • Seongsan Ilchulbong: RM6.76
    • Cheonjiyeon Falls: RM6.76

4. Anggaran lain-lain (makan, souvenir, tandas, etc.): RM500.00

5. Jumlah keseluruhan (11H 10M): RM2635.62

ā€”

*ConversionĀ matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

:: Korea Selatan, Day 10 & 11: Final days in Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. :-)

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kesepuluh dan sebelas! Tabah betul kalau anda baca dari bahagian pertama! Boleh bagi markah penuh! šŸ˜‰

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 10 (Saturday, 20/06/2015, 3 Ramadhan 1436H)

Hari ini boleh dikatakanĀ hari terakhir kami di kota Seoul. Paginya kami keluar sedikit lewat kerana berkemas untuk check out dari hostel terakhir, iaitu Philstay Ehwa Boutique.Ā Dan disebabkan tidak mahu menggalas backpack yang berat, walaupun sudah check out, kami tinggalkan dahulu beg-beg kami di common roomĀ hostel ini.

Destinasi pertama pada hari ini ialah Namdaemun Market. Seperti biasa, kami akan menggunakan subway untuk ke sana.

Penggunaan subway di Seoul adalah sangat mudah dan convenient. Mungkin tidak perlu lagi aku nyatakan dengan detail mengenai segala line dan stesen subway kerana semua itu boleh dirujuk pada subway route yang boleh kalian download aplikasinya.

Escalator yang sungguh panjang!

Escalator yang sungguh panjang!

Mural di salah satu laluan di antara subway line.

HiasanĀ di salah satu laluan di antara subway line.

NAMDAEMUN MARKET

Hujan turun dengan lebat ketika kami tiba di Namdaemun Market. Kami terpaksa Continue reading

:: Korea Selatan, Day 9: Cats in Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. :-)

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kesembilan!

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 9 (Friday, 19/06/2015, 2 Ramadhan 1436H)

Pagi ini kami terbang lagi. Kali ini untuk kembali ke Seoul. Kebetulan, hari perjalanan jatuh pada yaumul jumu’ah, Hari Jumaat. šŸ™‚

Berjalan menuju ke bus stop.

Berjalan menuju ke bus stop.

Awal-awal pagi lagi kami sudah keluar berjalan kaki meninggalkan Kkodak Kkodak Guesthouse dan menuju ke bus stopĀ terdekat, untuk mendapatkan bas khas yang akan ke airport.

AIRPORT LIMOUSINE

Bus stop berdekatan

Bus stop berhampiran New Kyungnam Tourist Hotel.

Bas khas ini dinamakan Airport Limousine, seakan exclusiveĀ bunyinya. Tetapi hanya bas biasa, sebenarnya. Cuma mungkin tempat duduknya lebih luas sedikit berbanding intercity bus bernombor 701 yang kami naiki tempoh hari.

Airport Limo yang kami tunggu tiba tepat pada waktu yang dijadualkan, iaitu pada jam 6.20 pagi. Seperti kebanyakan bas ekspres, ia tidak banyak berhenti di sepanjang perjalanan. Jadi, ia lebih cepat sampai ke destinasi. Kondisi bas iniĀ cukupĀ selesa dan membuai-buai sehingga kami tertidur hampir di sepanjang perjalanan.

Kami tiba awal di Jeju International Airport. Ketika itu baru jam 7.40 pagi. Sedangkan penerbangan kami adalah pada jam 11.00 pagi. Continue reading

:: Korea Selatan, Day 8: 1st Ramadhan in Seogwipo ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. šŸ™‚

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kelapan!

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 8 (Thursday, 18/06/2015, 1 Ramadhan 1436H)

Ramadhan Kareem! šŸ™‚

Pagi ini sebelum jam 7 pagi lagi kami sudah keluar dari guesthouse.Ā Ada 5 tempat utama yang kami pergi pada hari ini. Ada yang telah dirancang dari awal, ada juga yang tidak dirancang. Ada juga yang tidak dinyatakan di sini, kerana nanti panjang sangat pula ceritanya! (Ini pun dah panjang)

Hari iniĀ kami tidaklah memburu sunriseĀ (kalau ya, perlu keluar lebih awal), tapi kami nak berjalan di sebuah tempat yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya.Ā Morning-walkĀ gitu.

Dan tentunya, kami sedikit teruja untukĀ explore Seogwipo ini dengan scooter yang disewa~ šŸ™„

m

Scooter yang sedia berbakti.

Kami terus ke destinasi pertama, iaitu ke Oedolgae Rock yang terletak kira-kira 15 minit sahaja dari guesthouseĀ (tentunya dengan menaiki scooter).

OEDOLGAE ROCK

n

Bus stop, di Oedolgae Rock.

Oedolgae Rock ini ialah sebuah batu tunggal yang terletak laut. Ada kisahnya, tapi tak tahulah kisah benar atau dongeng lama.

Kisahnya, di zaman Dinasti Goryeo dahulu, ada seorang general yang berperang menentang Yuan. Kemudian dia menakutkan pihak musuh dengan mengatakan Oedolgae Rock itu ialah dirinya, seorang general gergasi. Kemudian pihak musuh pun ketakutan dan membunuh diri. šŸ™„

l

Sebelum bertemu Oedolgae Rock, kami jumpa ini dahulu. Cantik, kan?

Continue reading

:: Korea Selatan, Day 7: Seongsan Ilchulbong~ ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. šŸ™‚

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian ketujuh.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 7 (Wednesday, 17/06/2015)

Hari ini sekali lagi kami mengulang sejarah memburu matahari terbit di negara ini. Kami menjadi lebih berkobar-kobar kerana malam sebelumnya, kami sempat berbual dengan Mr. Kim, pemilik cabin.

Katanya, kami boleh saksikan pemandangan matahari terbit dari sebuah bukit yang tidak jauh di kawasan belakang cabin yang kami duduki itu. Dari bukit itu juga kami boleh lihatĀ Seongsan Ilchulbong dan Udo Island.

It takes about 15 minutes to go there. The ‘entrance’ to the hill is just 100 meters from here,” kata Mr. Kim sambil melukiskan route untuk ke bukit itu.

But of course it’ll depend on tomorrow’s weather too.” Tambah Mr. Kim lagi, sejak beberapa hari itu, langit agak berawan. Jadi mungkin sunrise tidak akan jelas kelihatan, atau tidak kelihatan langsung.

Jadi pagi itu seawal jam 5, dengan bersemangatnya kami sudah keluar dari bilik. Tidaklah awal mana pun kerana Subuh di sini kan seawal 3.40 pagi. Apapun, sejukk!

1

‘Entrance’ untuk naik ke bukit tersebut.

Langkah confident kami terhenti apabila tiba-tiba kami terpandangkan ini:

2

Lihat betul-betul. Ada sesuatuĀ yang sedang merenung tepat ke arah kami. Huhu.

Continue reading

:: Korea Selatan, Day 6: Jeju-do! ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. šŸ™‚

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian keenam.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 6 (Tuesday, 16/06/2015)

Setelah tiga malam, pagi itu kami check out dari Star Hostel Seoul Dongdaemun. Tapi sebelum terus ke airport, kami singgah keĀ Gwangjang Market dahulu. Kami berjalan kaki sahaja, kerana memang sangat dekat dari hostel.

GWANGJANG MARKETĀ 

Gwangjang Market ini ialah salah satu traditional marketĀ tertua di Korea SelatanĀ yang masih beroperasi sehingga hari ini. Mana tidaknya, ia mula beroperasi pada tahun 1905, iaitu 110 tahun dahulu!

Pada hari ini Gwangjang MarketĀ mungkin tidaklah sepopular Dongdaemun Market atau Namdaemun Market. Namun masih ramai juga pelancong yang berkunjung ke sini.

Ramai yang ke sini untuk membeli kain pasang, sutera, satin, cadar, atau pakaian tradisional Korea, hanbok. Tak kurang juga yang datang untuk mencuba pelbagai jenisĀ street food yang ada dijual di sini.

Bagi Muslim, antaraĀ street food yang kita boleh cuba ialah mayak kimbapĀ (ada dinyatakan dalam post Day 5) dan tteokbokki yang mestilah dipastikan terlebih dahulu bahawa ia tidak bercampur dengan sebarang gogi (daging).

Oleh kerana mengejar masa, kami tidaklah betul-betulĀ explore keseluruhan bahagian diĀ Gwangjang Market ini. Terus sahaja kepada apa yang dicari. šŸ™„

Kwangjang Market

Gwangjang Market, atau Kwangjang Market. Sama saja, kerana konsonan ‘k’ dan ‘g’ dalam hangeul adalah sama.

Kwangjang Market

Gwangjang Market di awal pagi. Masih belum ramai orang.

Continue reading

:: Korea Selatan, Day 5: Exploring Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. šŸ™‚

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kelima.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

ā€”

DAY 5Ā (Monday, 15/06/2015)

Pagi ini aku keluar sedikit awal berbanding Tiq kerana dia berasa kurangĀ sihat.

Awal pun tidaklah terlalu awal. Lebih kurang jam 7 pagi, ketika langit sudah pun mencerah. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, matahari terbit awal pada musim panas di sini.

Dari hostel, aku keluar berjalan kaki menuju ke Cheonggyecheon Stream yang terletak tidak jauh dari stesen subway Jongno 5(o)-ga.

CHEONGGYECHEON STREAM

Udara pagi masih segar dan nyaman. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah Majeongyo Bridge, salah satu jambatan yang menyeberangi Cheonggyecheon Stream.

1451438060718

Majeongyo Bridge, dari jalan raya.

Cheonggyecheon Stream ini ialah sebuah sungai kecilĀ yang agak panjang, iaitu sepanjang hampir 11km. IaĀ memisahkan Seoul kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan.

Panjang sebenarnyaĀ sejarah sungai ini. Sangat menarik, dari zaman King Taejong, King Sejong, zaman penjajahan Jepun sehinggalah ia direkabina semula pada tahun 2005 dan menjadi semakin popular pada hari ini. Anda boleh baca sejarahnya di sini.

Dipendekkan cerita, sungai ini sangatlah berbeza keadaan dan rupanya jika dibandingkan denganĀ bagaimana iaĀ kelihatanĀ pada hari ini.

Biar gambar yang berbicara. šŸ™‚

Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

Cheonggyecheon, suatu ketika dahulu. Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

1

Cheonggyecheon pada hari ini. Atau lebih tepat lagi, pada 15 Jun 2015. šŸ™‚

Hari ini, Cheonggyecheon menjadi sebuah tempat rekreasi yang indah dan popular baik di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Continue reading

:: Korea Selatan, Day 4: Historic Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. šŸ™‚

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian keempat.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 4Ā (Sunday, 14/06/2015)

Selamat pagi Seoul! HariĀ ini kami berjalan di sekitar bandar Seoul. Destinasi pertama adalah ke Gwanghwamun Square (atau Gwanghwamun Plaza), di mana di sinilah terletaknya Sejong Centre dan tapak bersejarah, Gyeongbokgung Palace.

GWANGHWAMUN SQUARE

Pagi itu cuaca baik, langit membiru cerah di bandar Seoul. Dari hostel kami di Dongdaemun, kami menaiki subway ke Gwanghwamun Square.

Ketika kami tiba di kawasan ini, tidak ramai orang yang kelihatan. Mungkin kerana masih awal pagi. Di awal musim panas ini, matahari memancar terang. Namun udaranya tidaklah begitu panas. Masih sejuk jika dibandingkan dengan di Malaysia.

Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah, tiga tarikan utama di sini; The Statue of Admiral Yi Sun Shin,Ā The Statue of King Sejong the Great dan pintu gerbang utama Gyeongbokgung Palace berada sederet bertentangan denganĀ Bukaksan Mountain (gunung yang kelihatan di belakang Gyeongbokgung Palace).

Admiral Yi Sun Shins

Admiral Yi Sun Shin

Continue reading