:: Retirement ::

Post ini sudah terlewat hampir seminggu. Layan sajalah kan. 🙄

Mrs. Goh & Ms. Liew

Kedua-dua guru berdedikasi ini bersara pada tarikh yang sama, 30 Jun 2015.

Mrs. Goh a.k.a Teacher Lee Chooi Fun – cikgu Add Maths yang sangatlah best tetapi tidak pernah ditakdirkan untuk mengajar kelasku. Sobs. Tapi, tanpa segan silu, selalu saja aku menyibuk, mencari, dan mengacau teacher di Bilik Guru (secara senyap-senyap sambil pandang kiri kanan, sebab tak nak buat cikgu Add Maths kelasku terasa hati 🙄 ).

Masih tak lupa, suatu ketika dahulu, sewaktu di hujung-hujung akhir tahun Tingkatan 4. Separuh merayu juga aku minta teacher tolong ajarkan bab Index Number (sebab kelas kami tidak belajar bab ini). Walaupun aku bukanlah anak murid kelasnya, tanpa pilih bulu, teacher ajar satu per satu. Segala kemusykilan dalam Add Maths, memang akan aku rujuknya. Thank you, teacher. Siapa sangka, sekarang saya pun ajar Add Maths. 😉

Dalam basketball pula, teacher yang selalu ada di samping Mr. Goh sama-sama pantau dan guide kami dalam banyak hal. Boleh kata teacher ni coach jugalah. Kes dalam gymnasium sekolah, kes lari-lari pakai baju batik di SMS Teluk Intan, kes kaki bengkak sampai biru di SMS Tuanku Syed Putra, dan segala.. pun takkan dilupa. Thank you, teacher. Thank you for all the knowledge, the guidance, and the memories.. And thank you for always being a great and inspiring teacher.

I.. will never forget you. 🙂

Ms. Liew Lai Chun pula ajar subjek Chemistry. Dengan Ms. Liew, saya nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu mengantuk dalam kelas. Bila dalam lab baru cergas, buka mata. Walaupun setahun saja cikgu ajar saya, I know you’re a great Chemistry teacher.

Entah kenapa, ada satu ayat yang selalu terngiang-ngiang setiap kali teringatkan cikgu. “Iqbal is one of my best students.” Hmm. Iqbal itu memang gila dengan Chemistry (dan Physics). Itu antara salah satu subjek yang aku memang takkan dapat kalahkan dia. Memang wajarlah dia menjadi favourite Ms. Liew.

Apapun, jasa cikgu-cikgu memang takkan kulupa.

TERIMA KASIH, CIKGU!

Selamat bersara.

Panjang umur, kita jumpa lagi. InsyaAllah.

(Photo credit: Cikgu Hasmyza (Facebook). Halal eh, cikgu? 😉 )

Advertisements

:: Jr. NBA Malaysia – Regional Selection Camp ::

The Regional Selection Camp of Jr. NBA Malaysia has just ended last weekends. If you have no idea on what this Jr. NBA Malaysia is all about, then maybe you can just take a look at this flowchart:

JrNBA

Basically, the Regional Selection Camp is the third stage of the program. Previously in June, we have attended the first stage; Coaches & Open Clinic.

In this third stage, thousands of kids with age range from 10-14 years old were tested on certain basketball skills and a few vital tests.

The skills test which were at the respective skill stations were to test some basketball skills; footwork, lay-up, dribbling, passing & shooting. 100 kids (60 boys and 40 girls) who obtained the highest score will continue to the next stage (on the next day) and later, they will be reduced to 64 kids to go to the National Training Camp (stage 4).

So. Here are some pictures taken during the selection camp:

The kids; Azuan, Arrif & Amirul, upon arrival.

Vital test - push up & core stability station

Vital test – push up & core stability station.

Continue reading

:: Ayah Nombor Satu ::

Percubaan melelapkan mata gagal, walaupun 1000mg Calcium sudah kutelan dan 11 chapters terakhir Padang Bulan by Andrea Hirata telah kukhatamkan bagi tujuan me-mengantuk-kan diri. Sementara kedua kaki masih tidak terhenti kelenguhan dek latihan bola keranjang petang tadi.

Entah siapa yang sebenarnya akan ke kem Junior NBA pada weekend ini.. Those kids or me? Aigoo.. Cikgu yang selalu terlebih-lebih daripada studentsnya–itu memang selalu terjadi padaku. Enthusiasm yang terlebih, yang kadang-kadang meleset bila performance pelajar tidak seperti yang ku targetkan. Hmm..

Oleh kerana tidak boleh tidur (baca: tidak berjaya tidur) dan masih terlalu awal untuk bersahur, maka di sini ku menulis. Sebenarnya aku teringatkan ayah. Maka kubuka semula sedikit tulisanku dulu tentang ayah di sini. Ya, jarang benar ku ceritakan tentang ayah. Mungkin juga aku teringatkan ayah kerana Andrea kerap juga bercerita tentang ayah Ikal yang pendiam dalam buku-bukunya–termasuk dwilogi Padang Bulan yang sedang kubaca.

Lama benar tak kutemu ayah yang nun jauh di utara. Bukan ku elak. Tapi selalunya memang aku jadi tidak reti untuk bicara apapun dengan ayah. Baik bila bertemu muka mahupun menerusi corong telefon. Sepatah ayah tanya, sepatah kujawab. Ayah pun begitu juga. Sepatah kutanya, sepatah juga ayah jawab. Kurang betul perkataan di antara kami. Tapi aku selalu kagumi ayah. Walau serendah mana pun ayah rasakan dirinya, ayah selalu jadi ayah nombor satu di hatiku. Tak ada lain yang boleh gantikan dia.

Saat menaip ini, terasa sebak pula. Ayah mungkin tak pernah tahu kekagumanku padanya. Apatah lagi untuk menyangkakan kerinduanku padanya. Mungkin kerana tak pernah kunyatakan sendiri padanya. Tapi ini cuma sangkaanku. Ini yang kurasa. Boleh jadi benar. Boleh juga jadi salah.

Paling dikesalkan, ayah beransur semakin tua tanpa aku tahu bagaimana tahap kesihatannya, bagaimana hidupnya. Memang boleh saja kutanyakan semua itu melalui SMS, hatta menerusi Facebook sekalipun (oh ya, ayah memang punya akaun Facebook). Tapi entah kenapa selalu aku terkelu.

Mungkin kerana aku selalu merasakan diriku ini bukan favourite ayah dari dulu. Maka aku jadi sukar sekali hendak mengekspresikan perasaanku hatta semudah bertanyakan khabar ayah. Entahlah.

Buat masa ini, selain sedikit wang yang kumasukkan ke dalam akaun ayah setiap bulan, mungkin doalah yang dapat kuhadiahkan buat ayah.

Ayah yang selalu nombor satu di hatiku.