:: Tin Biskut, Bola Golf & Konco-konconya ::

An interesting short story which tells an analogy of dealing with a busy life.

“Aku sibuklah, banyak benda nak kena settlekan ni!!!”

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak; kerja, anak dan isteri, kawan-kawan, bisnes, orang tua kita dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiologi telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor bertanyakan kepada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi.

Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan..!!!”

(Copied from Facebook) 😉

Advertisements

:: Rawatlah Hati Kita ::

”Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai ke mana?”, tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki, sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.

‘Aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,’ bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah. Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap ‘sempurna’ oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan ‘kebaikan’ dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.

Naudzubillah.. Itulah bahayanya riya’ dan ujub!

Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa ‘hanya akulah yang paling layak memberi nasihat’.

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa ‘akulah yang paling hebat dan pandai’.

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa ‘akulah yang paling baik antara yang lain’ dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!

Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keikhlasan niat kita. Maka waspadalah!

Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantung pahala kita.

Ingatlah kata-kata Allah Taala,

Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya“. [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1265-rawatlah-hati-kita.html

:: Mana Tuhan Kamu? ::

Cerpen yang sangat menyentuh hati, menguji jiwa2.. Bertepatan dengan masa.

Originally written by Hilal Asyraf. (http://ms.langitilahi.com)

————————————————————————————————————————————

MANA TUHAN KAMU?

Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.

Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.

“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.

“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.

“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.

Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.

“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.

“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.

Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.

“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.

“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.

“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.

Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.

“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.

Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.

Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…

Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.

“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”

Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.

Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.

Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

*****

Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.

Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.

“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.

Tidak lama kemudian terdengar satu suara.

“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.

Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.

“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.

Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”

Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.

“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.

Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.

“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”

Perempuan itu terkedu.

“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.

Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.

“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.

“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.

Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.

“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.

Lelaki itu terdiam.

Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.

“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.

Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.

Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.

“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.

*****

Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.

“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”

Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”

“Bila kita hendak bertindak?”

Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.

“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.

Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”

“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.

Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.

Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.

“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”

Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.

“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.

Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.

“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”

Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.

“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.

Gelak Raynald tambah berdekah.

“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”

Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.

*****

Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.

Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.

“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.

Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.

“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.

Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.

“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.

Dia memandang jauh ke medan perang.

Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.

Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabt bergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.

Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.

Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.

Di manakah Allah?

Bersama hambaNya yang percaya.

Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.

Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.

Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”

Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”

Salahuddin tidak berkata apa-apa.

“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”

“Em, apa yang aku katakan?”

“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.

Bulu roma Raynald menegak.

“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.

Salahuddin memandang Guy.

“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”

Dan Salahuddin bergerak pergi.

“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.

*****

2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.

“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.

Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.

“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.

Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”

Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”

“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.

Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.

“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”

Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.

“Amiin”

Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.

“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.

Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.

“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.

Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.

“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.

Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.

“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tentera berpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.

“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.

Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”

“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.

Tentera-tentera itu ketawa.

“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.

“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”

Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.

“Maka, di mana tuhan kamu?”

Dan soalannya disambut dekah tawa.

Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.

Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.

Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.

Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.

Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.

Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.

Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.

Terus menerus memproses.

Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.

Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.

*****

Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.

Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.

“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.

Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.

Itulah dia Khalifah ummat hari ini.

Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.

Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.

Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.

Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.

Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.

Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.

Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.

Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.

Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.

“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.

“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.

Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.

Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.

Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.

Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.

“Menuju Al-Quds!”

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.

Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.

Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.

Dia memandang jauh ke hadapan.

“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”

:: A.I.E ::

Forwarded from a friend, thru an email. So touched. Bace la..

———————————————————————————

A . I . E

Ana-Ithar-Enta

“Assalamu’alaikum!”

Salim menjawab salam dengan muka kosong. Kenapa la dalam banyak-banyak manusia, mamat ni yang datang? Leceh betul.

Dia berpelukan dengan lelaki yang baru tiba. Namun jiwanya tidak hangat dengan ukhuwwah. Cuma hangat dengan kerimasan. Tinggal, berpelukan sebegini adalah tradisi sekolah menengahnya dahulu.

“Enta cuti ke?” Salim bertanya.

Lelaki yang hanya tinggi sedikit daripadanya mengangguk bersama senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan, hendak meninggalkan Lapangan Kapal Terbang. Sudah ada teksi yang menunggu untuk membawa mereka berdua ke rumah Salim.

“Kenapa datang sini?”

“Loh, enta tak suka ke?”

“Tak ada la…” Salim rasa tertembak.

“Saja nak ziarah enta”

“Tak rasa membazir duit dengan masa ke?”

“Eh? Dengan sahabat, apa yang bazirnya?” Lelaki itu meramas rambut Salim, kemudian terus bergerak ke bahagian belakang teksi untuk meletak barang.

Salim menghela nafas. Sahabat?

Sejak bila aku bersahabat dengan Faiq Zaini ni?

*****

Pantang ada waktu, mesti Faiq Zaini akan merapatinya, duduk bersamanya, meluang masa dengannya. Walaupun dia banyak kali menunjukkan rasa tidak senang, malah pernah berusaha menjauhkan diri, Faiq Zaini tetap tidak menjauhinya.

Seakan-akan, kalimah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus lelaki itu.

Semenjak dia dan Faiq berpisah semasa tingkatan lima dahulu, tidak pernah langsung dia hubungi teman sekelasnya itu. Tetapi, Faiq Zaini mencarinya. Memasukkannya dalam senarai Yahoo Messenger dan Facebook.

Faiq Zainilah yang selalu bertanya khabar, berkongsi nasihat, tidak pernah lelaki itu lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, juga sering sahaja lelaki itu menghantar mesej pesanan ringkas berbentuk nasihat dan ingatan.

Namun, 98% daripada semua itu tidak dilayan. Salim lebih senang invisible jika perasan Faiq Zaini wujud di alam maya. Sudah bertimbun mesej Faiq Zaini tidak dilayan. Baik melalui sms, e-mail mahupun Facebook. Ada juga yang terpaksa dilayan, hanya kerana tidak tahan dengan Faiq Zaini yang kelihatan seperti tidak berputus asa langsung.

3 tahun terpisah, hubungan mereka berjalan sebegitu. Faiq Zaini tetap tenang dan sabar dengan kerenahnya.

Tahun ini, dia perlu mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan. Faiq Zaini, yang menyambung pengajian di Mesir, datang ke Jordan semata-mata hanya untuk berjumpa dengannya. Salim naik hairan dengan Faiq Zaini. Sudahlah tidak berputus asa, sanggup pula berkorban wang dan masa. Taraf hidup di Jordan, jauh lebih mahal daripada Mesir.

Tetapi Faiq Zaini tetap hadir.

Atas perkataan ukhuwwah dan persahabatan.

Walapun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat.

*****

“Tak nak pergi jalan-jalan ke? Pergi Petra ke, Laut Mati ke, Jerash ke.” Salim memecahka keheningan pagi.

Faiq menggeleng. “Hanya nak duduk dengan enta. Enta bukannya dapat ikut kalau ana pergi jalan-jalan. Enta tak cuti kan?”

Salim diam. Ya, dia tidak bercuti walaupun semua pelajar melayu Jordan bercuti kerana musim sejuk ketika ini. Hal ini kerana, dia pelajar kursus. Bukan pelajar universiti di sini.

“Membazirlah. Dahla datang sini mahal”

“Membazir kalau memang niatnya nak berjalan ke tempat-tempat itu. Jadi, kalau tak pergi rugi lah. Tetapi, ana datang sini niatnya memang nak ziarah enta, luang masa dengan enta. Jadi, apa yang ruginya?” Faiq Zaini tersenyum ceria.

Dah senget ke apa kepala dia ni? Nak luang masa dengan aku aja? Dah kaya sangat ke? Hati Salim bergetar.

Faiq Zaini memasukkan tangan ke dalam saku baju sejuk. Helaan nafasnya timbul dalam bentuk asap putih yang nipis. Salim sedang membawanya berjalan melihat-lihat bandar Irbid.

“Macam mana kehidupan di Jordan?” Faiq bertanya.

“Okey. Macam enta lihat lah” Salim jawab endah tak endah.

Faiq mengangguk-angguk.

“Kondisi jiwa okey?”

“Hello, sini bukan hospital sakit jiwa ya”

Faiq ketawa.

Salim memandang ke arah lain.

Soalan itu merenjat jiwanya.

“Kalau ada apa-apa masalah, boleh kongsi”

“Muka ana ada tunjuk ada masalah ke?”

Faiq menggeleng. “Ana kata kalau ada”

“So, tak ada. Dah, jangan nak sibuk tepi kain orang”

“Enta bukan orang lain. Enta sahabat ana. Ana bukan sibuk. Tapi ambil berat” Faiq Zaini masih dengan senyuman bergayut. Tenang walaupun nada Salim agak kasar.

Salim mendengus. Asap putih yang nipis keluar.

“Sibuk” Dia menyepak angin. Tanda tidap puas hati.

*****

Apa masalahnya? Dia ada masalah. Bohong dia tiada masalah. Menjadi pelajar perubatan yang berasal dari sekolah agama, dia dipercayai oleh pelajar seangkatan dengannya untuk menjadi ketua. Peribadinya yang dahulu penyegan, berakhlak, menjadikan dirinya paling disenangi.

Tetapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya.

Dia tersungkur juga di hadapan pintu bernama cinta. Dia jatuh hati pada seorang pelajar perempuan, dan akhirnya pernah beberapa kali keluar bersama berdua-duaan. Dia sudah lupa batas agama yang dididik di sekolah. Dia juga telah lupa akan pesan ibu ayah. Dia larut sendirian goyah.

Akhirnya, perbuatannya itu diketahui apabila ada yang terserempak dia berduaan berpegangan tangan dengan pasangannya di pusat membeli belah.

Dia disisih, dikecam hebat, seakan-akan dia telah berzina. Sedangkan, dia tidaklah sampai melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, manusia, apabila kepercayaan dikhianti, pasti amat dalam lukanya. Begitulah rakan-rakan seangkatannya yang mempercayainya. Rasa dikhianati, lantas menyisihkannya.

Salim tertekan. Pelajaran di universiti menjadi sukar. Dia seakan terpencil di satu pulau asing. Tiada yang bercakap dengannya. Tiada yang membantunya tika kesusahan. Tiada yang berbicara dengannya tika keseorangan.

Dia juga terpaksa menelan kepahitan, berpura-pura gembira dengan keadaannya di universiti apabila bersembang dengan ibu bapanya.

Dia rasa seperti mayat hidup.

Terhimpit dalam kubur majazi yang melingkungi diri.

Masalah ini langsung tidak pernah dikongsi.

Tetapi kali ini muncul Faiq Zaini.

Seakan-akan dikurniakan kuasa psikik oleh Ilahi, lelaki itu meneka tepat apa yang menyelubunginya sehari-hari.

Apakah ini?

*****

Faiq Zaini dilayan ala kadar sahaja. Rakan sekolahnya itu tidak pula cerewet. Apa yang ada, itulah yang disenanginya. Tidak meminta itu dan ini. Tidak ralat walaupun ditinggalkan di rumah seorang diri.

Salim tinggal seorang sahaja. Memandangkan tiada sesiapa dari rakan seangkatannya yang mahu serumah dengannya. Dia dipulakan. Seakan dia ada penyakit HIV pula gayanya.

“Macam mana la agaknya Faiq tu” Terdetik rasa kasihan.

Faiq Zaini, datang menggadai wang dan masa. Dari Mesir ke Jordan yang terkenal mahal. Tetapi tidak pula dilayan sebaiknya. Ada rasa bersalah timbul.

Salim membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, dia terpana.

“Selamat kembali ke syurga!” Faiq Zaini mendepangkan tangan.

Ini memang syurga! Salim melihat rumahnya telah dibersihkan. Barang-barangnya yang berterabur sudah dikemaskan. Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari. Salim menjenguk ke dapur, pinggan-pinggan yang sudah berkurun bertimbun sudah siap dibasuh. Malah sinki pun dicuci. Rumahnya pula berbau wangi.

Salim memandang Faiq Zaini.

“Suka?” Faiq Zaini mengangkat kening sebelah.

“Sejak bila ana upah enta jadi orang gaji ni?” Salim menyembunyikan kesenangannya dengan bicara yang kasar.

Faiq Zaini hanya tersenyum. “Mak kita, bukan orang gaji kita.”

“Enta bukan mak ana”

“Ana sahabat enta” Faiq Zaini bergerak ke katil.

Salim tidak membalas.

*****

Faiq Zaini membaca Al-Quran. Salim sedang menelaah pelajaran. Sudah seminggu Faiq Zaini datang menjadi tetamu. Lelaki itu akan berada di bumi Urdun ini untuk seminggu lagi. Cuti musim sejuknya adalah dua minggu.

Seminggu ini, tidak ke mana-mana. Sekadar berjalan sekitar Irbid sahaja. Boleh dikatakan, majoriti waktunya dihabiskan untuk bersama dengan Salim. Tanpa ada rasa kesah kerugian wang akibat tidak berjalan-jalan. Bahkan, Faiq Zaini sentiasa kelihatan senang hati.

Fikiran Salim sudah tidak fokus pada pelajarannya. Walaupun matanya lekat pada buku, tetapi fikirannya menerawang memikirkan Faiq Zaini.

Salim tersentuh. Seminggu Faiq berada di rumahnya, dia seakan ditegur secara halus akan tatacara kehidupan seorang muslim yang sebenar.

Dia yang telah lama meninggalkan kehidupan tarbawi yang terdidik di sekolahnya dahulu, rasa terpukul apabila Faiq Zaini dilihatnya masih istiqomah. Lelaki itu pergi solat di masjid setiap waktu. Bangun awal dan sempat berqiamullail sebelum menunaikan solat Subuh. Al-Quran pagi dan petang tidak ditinggalkan. Selepas Asar, dibacanya Al-Mathurat. Malah, Salim boleh melihat Faiq meluangkan masa dengan membaca buku Fikrah yang dibawanya sendiri dari Mesir.

Salim melepaskan nafas lemah.

Dia?

Baca Al-Quran pun entah bila kali terakhir. Solat Subuh sering sahaja terlajak. Dilakukan ketika matahari sudah naik tinggi semasa cuti, sebelum kelas pada hari belajar. Al-Mathurat jangan dicerita, langsung tidak dibaca. Buku Fikrah? Dia pun sudah tidak tahu mana satu buku fikrah dan mana satu bukan.

Hidupnya telah pekat dengan jahiliyyah. Jauh daripada tarbiyah. Meninggalkan semua ini membuatkan dia goyah.

“Weh, enta tak bosan ke hidup macam itu?” Salim menghentikan pembacaan Faiq.

Faiq angkat kening. “Bosan? Maksud enta?”

“Ya la, solat masjid nak kena jalan jauh. Bangun awal pula, tak cukup tidur. Baca Al-Quran, kena luang masa. Al-Mathurat lagi. Buku Fikrah lagi.”

Faiq ketawa. “Salim, Salim. Sejak bila semua benda ini membazirkan masa? Semua ini adalah benteng-benteng ghaib untuk menjaga kita daripada terjerumus dan tertipu daripada dunia”

Salim mencerunkan pandangan pada Faiq.

“Enta nak kata enta ini dah sampai tahap malaikat la?”

Faiq menggeleng. “Kita tidak akan mencapai tahap sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha ke arah apa yang Allah redha. Sekurang-kurangnya, Allah sendiri menyuruh kita berusaha.”

Salim menjulingkan mata. “Kalau dengan enta, memang enta ajalah yang menang bila berdebat ni” Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memanjangkan bicara lagi.

Faiq sengih. “Hati ana rasa tenang bila buat semua ini. Enta tak rasa tenang ke?”

Salim terdiam. Ketenangan hati.

Entah bila kali terakhir dia merasakannya.

*****

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. Lagi lima jam, lelaki itu perlu berada di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia untuk check in.

Faiq telah siap mengemas barangannya.

“Salim, sini kejap”

“Ada apa?” Salim yang baru siap memasak, bergerak mendapatkan Faiq.

“Duduklah” Faiq menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.

“Ada apa sebenarnya ni?”

“Ana nak cakap sikit”

“Cepat lah” Salim malas-malas.

“Nah” Faiq mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku tebal.

“Apa ni?” Salim menyambut buku itu dan melihat kulit depannya.

“La Tahzan, maksudnya jangan bersedih. Karangan Dr ‘Aidh Qarni. Yang ini dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah enta baca waktu masa lapang”

“Ana ada nampak macam bersedih ke?” Salim ego. Namun di dalam hatinya, dia rasa bahawa Faiq dapat meneka keadaannya. Macam mana Faiq dapat meneka, di situ menjadi tanda soal.

Faiq tersengih. “Buku ini, bagus kalau untuk orang tertekan, yang terjatuh dalam kesedihan. Tetapi, untuk orang yang tak sedih macam enta…” Senyuman bergayutan.

“Boleh baca untuk ingat-ingatkan diri. Sesungguhnya, peringatan itu baik untuk orang yang beriman” Faiq menepuk bahu Salim.

Salim rasa terpukul. Terasa Faiq menyembunyikan sesuatu.

“Enta ada simpan sesuatu daripada ana kan?” Salim meletak buku itu ke tepi. Kali ini, dia serius hendak berbicara dengan Faiq. Dia dapat rasa, Faiq datang dengan membawa misi tertentu. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan membazirkan wang semata-mata hendak menziarahinya.

Faiq menatap wajah Salim dengan pandangan lembut. “Apa yang ana simpan?”

Salim diam. Berkira-kira hendak membuka pekungnya atau tidak. Dia meneka-neka, apakah Faiq telah mengetahuinya.

“Enta ada dengar khabar-khabar angin orang berkenaan ana?”

Faiq tersengih. “Jadi, enta ada simpan sesuatu?”

Salim putus bicara. Faiq ini, tahu atau tidak?

“Salim, ana tak kisah kalau enta tak sayang ana” Faiq melepas rasa.

Salim diam. Faiq ini tengah nak lepas bengang ke? Baru sekarang rasa semua perkara yang dia korbankan, seperti duit, masa, seperti tidak bermakna apabila tidak mendapat balasan?

“Tapi, ana nak enta sayang diri enta sendiri” Faiq memandang tepat mata Salim.

Salim rasa terpukul. “Maksud enta?”

“Jangan lempar diri enta ke dalam neraka sahabat”

Mata Salim membesar. “Sejak bila kau jadi Allah ni ha? Boleh kata aku masuk neraka pula!” Suara ditinggikan.

Faiq menghela nafas. “Ana kata, jangan lempar diri enta ke dalam neraka. Ana bukan kata enta ahli neraka. Maksudnya, jangan enta rosakkan kehidupan enta dengan menjauhi Allah SWT”

“Ana tahulah enta ni lebih baik daripada ana. Janganlah buat bagus macam ahli syurga” Salim tidak berpuas hati.

“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur enta, sebab ana lebih baik daripada enta. Ana menasihatkan enta, sebab ana sahabat enta”

“Sudahlah. Aku malas nak dengar” Salim bergerak.

Faiq pantas mendapatkan tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam Faiq.

“Dengar sini sahabat. Ana tak akan lepaskan tangan enta. Kalau enta terjun ke dalam neraka, ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut enta semula. Biar nanti, di akhirnya kita berpimpin tangan menembus syurga”

Hati Salim rasa tercucuk-cucuk. Sinaran mata Faiq Zaini menterjemahkan keseriusan lelaki itu.

Apa yang membuatkan Faiq sekeras ini?

“Lepas…” Salim berbicara perlahan.

Faiq melepaskan pegangannya.

Salim bergerak ke dapur.

Dia menyediakan sarapan pagi itu dengan lelehan air mata.

*****

Mengikut rancangan asalnya, Salim hendak meninggalkan sahaja Faiq Zaini keseorangan menunggu waktu check in. Tetapi, entah kenapa, hatinya berubah untuk bersama dengan rakan sekolahnya itu. Salim menunggu bersama-sama Faiq.

“Hei Faiq. Enta tak rasa rugi ke?”

“Rugi? Apa yang ana rugi?”

“Ya la, dua minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja”

“Kan ana dah kata tempoh hari…” Faiq hendak mengingatkan. Tetapi Salim pantas memotong.

“Ya ya. Tapi takkan enta tak ada rasa rugi langsung. Banyak duit enta keluarkan. Banyak masa enta habiskan. Dua minggu. Baik enta pergi berjalan-jalan. Ini enta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan enta sangat”

Faiq menghela nafas. “Tak, ana tak rasa rugi sesen pun”

“Kenapa?”

“Sebab enta sahabat ana”

“Kenapa enta sampai sanggup macam ini? Ana tak layan baik enta pun selama ini”

“Sebab enta adalah tanggungjawab ana kepada Allah” Faiq menepuk belakang Salim.

“Ana yakin dengan itu”

Aku ini tanggungjawab dia kepada Allah? Macam mana? “Apa maksud enta?”

“Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia itu berdasarkan untuk mencari redha Allah SWT. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT”

“Kalau sahabat enta tu buat buruk dengan enta, tidak endahkan enta dan sebagainya?”

“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk menerima balasan kasih sayangnya. Ana membina hubungan, untuk menerima kasih sayang Allah”

Teguh, mapan, prinsip Faiq Zaini membuatkan Salim terjeda. Begitu murni sekali sahabatnya. Patutlah sahabatnya itu tidak pernah berputus asa menghubunginya, menjaga hubungan antara kedua mereka, walaupun dia menunjukkan rasa tidak berminat.

“Enta dengan ana?” Salim bertanya.

“Sama. Sebab itu ana ada di sini” Faiq tersenyum senang.

“Sebab apa enta ada di sini?”

“Biarlah ana jujur dengan enta. Ana sebenarnya tahu keadaan enta di Malaysia. Ana sentiasa ambil berat berkenaan enta. Ramai kawan-kawan enta adalah kawan-kawan ana juga sebenarnya. Mereka selalu berkongsi keadaan enta di universiti. Bagaimana enta dengan perempuan, bagaimana kehidupan enta”

“Jadi, kenapa enta tak pulaukan ana macam mereka pulaukan ana?”

“Sebab ana sahabat enta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar di dalam api?”

Salim diam.

“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama bahagia. Jadi, ana nak enta masuk syurga dengan ana. Sebab itu ana ada di sini”

“Sebab itu enta ada di sini? Apa enta buat?” Salim tidak nampak.

“Bersama dengan enta. Menenangkan jiwa enta. Memberi harapan pada enta. Hendak tunjuk pada enta bahawa masih ada manusia yang sayangkan enta. Pimpin enta.” Faiq menarik tangan Salim, menggenggam erat. Salim tidak menariknya. Salim membiarkan. Matanya memandag tangannya yang bercantum dengan tangan Faiq itu. Hangat.

“Ana nak tunjuk pada enta, Allah masih sayang enta”

“Buktinya?”

“Allah benarkan ana bersama enta sekarang”

“Enta keluarkan duit, luang masa ini, hanya untuk itu?” Salim bertanya dalam keadaan wajahnya masih tetap menghadap tangannya dan Faiq.

Faiq mengangguk. Walaupun dia tahu Salim tidak melihat anggukannya.

“Kenapa la enta sanggup berkorban macam itu?”

“Sebab ana ithar enta” Perlahan Faiq berbicara.

Salim mengangkat wajah. Ithar bermaksud mencintai sahabat melebihi diri sendiri. Faiq Zaini telah membuktikannya. Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini air mata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan.

Ketika ini, kedengaran pengumuman mengarahkan penumpang Kapal Terbang Egypt Air untuk ke Cairo bergerak masuk.

Faiq bangun. Air mata Salim diseka dengan jari ibu.

“Uhibbukafillah Salim. Jaga diri baik-baik. Ana akan selalu hubungi enta”

Salim menangis teresak-esak. Memeluk Faiq seerat mungkin.

“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana”

Faiq menggeleng. “Enta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.

Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya, walau dia berada di jurang neraka.

Sanggup mengorbankan harta, masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat.

Ternyata, Faiq adalah sahabat yang sebenar.

Menterjemahkan definisi sahabat itu dalam kehidupan.

“Faiq!” Salim menjerit apabila Faiq semakin menjauh.

Faiq menoleh.

“Terima kasih!”

Faiq Zaini tersenyum manis. Berpaling semula dan mengangkat tangan.

A.I.E. Ternyata lebih daripada sekadar kata.

:: Dia & Bola Keranjang – Siri 1 ::

mybasketball

“Ade kakak tu kata, budak kelas muzik tak boleh main basketball.”

“Le. Yeke..”

Dia terus mencapai tray dan beratur di kaunter makanan. Kawan-kawan yang lain juga mula memenuhi Dewan Makan. Lepas makan, nak terus ke prep petang pula.

***

Hampir setahun perbualan itu berlalu. Hari ini dia dapat tahu, sesi pemilihan pemain bola keranjang sekolah akan diadakan lagi.

Berita dari senior yang mengatakan pelajar kelas muzik tidak boleh menyertai pasukan bola keranjang rupanya salah faham. Biasa la. Sumber selain sumber primer selalu ada tokok tambah yang membawa kepada berita yang kureng tepppat.

Yang sebenarnya, bukanlah pelajar kelas muzik tidak boleh menyertai pasukan bola keranjang. Tetapi, pelajar muzik yang menyertai band sekolah yang tidak boleh menyertai pasukan itu. Isunya satu. Clash masa latihan. Hampir setiap petang Isnin-Jumaat, pasukan bola keranjang dan band ada latihan. Jadi, pilihan harus dibuat.

To be continued.

:: Gagal Lagi ::

Sharing a story..

—————————————————————————————————

Hari ini genap hari ketiga keputusan peperiksaan semester lalu diumumkan. Namun, keputusan peperiksaan yang boleh diketahui melalui internet itu masih belum aku semak. Tiada kekuatan mahupun keberanian untuk menyemaknya, kerana aku dapat merasakan, aku bakal kecewa lagi. Kegagalan itu bakal datang lagi. Akan kuatkah aku untuk menelannya? Bagaimana akan aku hadapinya? Allahu Rabbi, kuatkan aku.sms

“Salam. Ukht, kaifa hal? Macam mana result enti?”

SMS sahabat-sahabat menanyakan khabar dan keputusan peperiksaanku menembusi message inbox telefon bimbitku. Concern sungguh mereka. Namun aku tiada jawapan bagi persoalan mereka, kerana aku sendiri masih belum mengetahui keputusan peperiksaanku semester lalu. Aku sendiri tidak pasti, adakah aku sedang mengumpulkan kekuatan untuk menghadapinya, atau aku sedang melarikan diri dari menghadapinya? Allahu Rabbi, kuatkan aku.

Akhirnya tinggal dua hari untukku pulang ke kampus dan memulakan semester yang baru. Aku masih belum ’berani’ untuk menyemak keputusan peperiksaanku. Dan ini sekaligus menyebabkan aku langsung tidak semangat untuk pulang ke kampus. Aku akhirnya memutuskan. Aku perlu hadapinya hari ini.

Pautan ke log-in page portal pelajar diklik. Email address dan password dimasukkan, dan terpaparlah homepage portal ku. Jariku kini menunggu masa untuk menekan tetikus lagi bagi membuka keputusan peperiksaanku itu. Dan akhirnya. Klik.

failed

Seperti yang ku jangkakan. Aku gagal lagi. Gagal mencapai requirement yang ditetapkan pihak sponsorshipku. GAGAL.

ANDA GAGAL?

Anda kira anda telah gagal? Jika ya, tahniah. Kerana ketahuilah, kegagalan itu adalah salah satu jalan menuju kejayaan.

Namun ada syaratnya. Setelah gagal, bukan hanya berserah, menyerah. Sebaliknya, perlu bangkit dan belajar dari kegagalan itu dan menuju kejayaan yang diimpikan.

Kegagalan dan kejayaan adalah dua perkara yang saling melengkapi. Setiap orang yang ingin berjaya haruslah tahu, bahawa saat-saat kegagalan itu pasti ada. Yang tidak kita ketahui, hanyalah bentuk kegagalan itu, waktu kegagalan itu tiba, dan sebesar manakah kegagalan yang akan ditempuh itu. Apa yang penting, bukanlah sekadar mencari jalan menuju kejayaan, tetapi juga mencari punca penyebab kegagalan.

Pesan Rasulullah SAW, “Seorang mu’min tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya”.

Bagaimana mungkin, kita dapat mengelakkan kegagalan yang seterusnya tanpa mengetahui sebab kegagalan yang terdahulu? Mengambil ’ibrah atau pengajaran dari kegagalan adalah pelajaran yang amat memberi kesan kepada setiap yang mengalaminya. Lihat saja, berapa ramai yang pernah gagal, dan akhirnya berjaya dengan jayanya?

MEREKA PUN PERNAH GAGAL

Imam Al-Ghazali umpamanya. Beliau adalah seorang yang sangat gemar mencatatkan ilmu yang didapatinya di dalam bukunya. Hinggalah pada suatu hari, ketika beliau sedang berjalan dengan membawa barang-barangnya (termasuk bukunya itu), tiba-tiba beliau dirompak oleh seorang perompak. Imam Al-Ghazali lantas cuba merebut bukunya kembali. Perompak itu malah menempelak beliau kerana menyandarkan ilmu-ilmu yang dimilikinya di dalam buku, bukan di dalam hati. Kegagalan ini menjadikan beliau mengubah cara balajarnya. Dari sekadar mencatat di dalam buku, beliau kemudiannya menghafalnya.

Umar Al-Khattab juga pernah gagal. Di masa jahiliyyahnya, beliau pernah menanamkan anak perempuannya sendiri dengan hidup-hidup. Tetapi lihatlah ketika islamnya Umar. Sehingga diangkat menjadi Khalifah yang kedua setelah Abu Bakar As-Siddiq.

Ka’ab Bin Malik. Tidak menyertai perang Tabuk, sedangkan beliau adalah salah seorang sahabat utama Nabi dan pada saat itu persiapannya untuk pergi berperang hampir sempurna. Akibat tidak menyertai perang tersebut, Ka’ab mendapat kemurkaan Allah dan dipulaukan selama 50 hari oleh semua kaum muslimin, termasuk isterinya sendiri. Apakah respon Ka’ab? Ka’ab tidak berputus asa, membelot mahupun memberontak, walaupun pada ketika itu juga beliau telah ditawarkan untuk mendapat kedudukan yang tinggi oleh Raja Ghassan. Sebaliknya, Ka’ab menyedari kesalahannya, dan menanggung segala ‘denda’ yang dijatuhkan ke atasnya. Semua itu tidak pun mengurangkan kredibilitinya sebagai sahabat utama Nabi, malah Allah SWT sendiri pun menerima taubatnya dan berfirman:

“Sungguh, Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin, dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi pada masa-masa sulit, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada mereka..” (At-Taubah, 9: 117)

HAKIKAT KEGAGALAN

  • Orang yang takut melangkah kerana takut salah, adalah orang yang gagal.
  • Orang yang tidak mengakui kekalahan dan kesalahannya, adalah orang yang gagal.
  • Orang yang menyalahkan orang lain dan tidak mahu memperbetulkan dirinya, juga gagal.
  • Orang yang gagal merancang, dia sebenarnya sedang merancang kegagalan.
  • Kegagalan adalah milik mereka yang melangkah dengan setengah hati, tidak jelas dengan apa yang dicari.
  • Kegagalan adalah hiasan rapat orang yang manja, tidak mahu berusaha dan berkerja, tiada motivasi diri dan tidak percaya diri.
  • Kegagalan itu milik orang yang berfikiran negatif, bertindak pasif, mengalah pada keadaan, mudah menyerah dan suka mencari alasan.

TENGGELAM

Memetik satu persoalan yang ditanyakan oleh Billy P. S. Lim, seorang motivator kelas dunia kepada peserta program motivasinya:

drowning

“Mengapa orang akan tenggelam apabila jatuh ke dalam air?”

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh para peserta. Namun satu jawapan yang diberikan oleh ramai orang adalah:

“Kerana orang itu tidak dapat berenang.”

Anda bagaimana? Ada jawapan lain? Kerana jawapan yang diberikan kebanyakan orang itu bukanlah jawapan yang tepat pada pandangan Billy P. S. Lim. Untuk meyakinkan para peserta programnya itu, Lim memberi contoh kejadian orang yang tenggelam di dalam air sedalam tiga inci! Habis tu, apakah jawapan yang sebenarnya? Jawapan Lim:

“Orang tenggelam kerana dia kekal di situ, dan tidak menggerakkan dirinya ke tempat lain.”

BANGUN LAGI

Berapa kali seseorang itu jatuh tidak menjadi soal. Itu bukan ukurannya. Yang penting adalah kemampuannya untuk bangun kembali setelah kejatuhannya. Kegigihannya untuk terus berusaha, dan tidak berputus asa.

Thomas Alfa Edison, ketika ditanya bagaimana beliau mampu untuk bertahan setelah ribuan kali gagal mencipta mentol, apa jawabnya?

“Saya tidak gagal, tetapi saya telah menemui 9994 cara yang salah dan hanya satu cara yang berjaya. Saya pasti akan berjaya kerana percubaan yang gagal telah pun habis.”

Kisah Nabi Ya’qub yang kehilangan anaknya Nabi Yusuf dan Bunyamin sehingga dipatrikan oleh Allah SWT dalam surah Yusuf, ayat ke 87. Nabi Ya’qub berkata:

“Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir”.

Walaupun hingga 20 tahun kehilangan Nabi Yusuf, Nabi Ya’qub tidak pernah berputus asa mencarinya. Optimis J. Bertahan dan sentiasa berfikir, masih ada yang lebih baik. Kejayaan bergantung pada kekuatan untuk bertahan, yakni ketabahan. Kurang tabah merupakan salah satu alasan yang sering diberikan oleh orang yang gagal dalam kehidupan.

HIKMAH

Firman Allah SWT dalam ayat ke 269 dalam surah Al-Baqarah:

“Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat”.

Harus juga diingat, bahawa setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Firman Allah SWT dalam ayat ke 5 dan 6 dalam surah Al-Insyirah:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..”

Dua kali Allah SWT ulangi ayat itu. Penekanan. Yakinlah dengan janjiNya :-).

:: Seindah Mawar Berduri: Part 6 (Akhir) ::

Cerpen Seindah Mawar Berduri ini merupakan hasil karya saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin. Pertama kali ana membacanya adalah pada tahun 2006, ketika baru mula Foundation di kampus ana. Sahabat ana, Farashida, merupakan individu yang memperkenalkan ana dengan cerpen indah ini. Kagum dan tertarik dengan pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini, ana merasakan ada bagusnya jika dapat dikongsikan di blog ini, untuk tatapan sahabat-sahabat yang lain. Moga memberi manfaat.

Untuk memudahkan pembacaan, ana membahagikan cerpen ini kepada beberapa bahagian (bersiri..hee). Stay tuned. 😎

******************************************************

SEINDAH MAWAR BERDURI: PART 6 (akhir)

“Mak Cik, Mak Cik macam mana?” Asyraf bersuara lembut sebaik sahaja wanita berwajah lembut itu perlahan-lahan membuka mata. Badannya masih lemah terbaring di katil hospital.

“Asyraf? Asyraf ke ni? Mak Cik bermimpi?” Mak Cik Zahra minta kepastian sambil tangannya digosok-gosok ke mata.

“Ini Asyraf mak cik. Mak cik tak bermimpi!” Asyraf mengukir senyuman.

“Oh, Asyraf! Mak cik rindukan kamu….kamu sihat?” ceria wajah penyayang itu.

“Alhamdulillah, saya sihat. Saya minta maaf sebab menyusahkan keluarga mak cik. Ampunkan saya!” Asyraf memang cukup kesal.

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Asyraf, pulanglah ke Malaysia. Tak baik membiarkan mak dan ayah kamu rindu. Kasihan mereka,” seakan suatu rayuan. Asyraf tertunduk.

“Maafkan saya, mak cik. Biarlah saya fikirkan dulu. Namun, saya tahu Malaysia tetap negara saya. Keluarga saya di sana….” Asyraf bersuara perlahan.

“Ramai orang yang sedang menunggu kamu pulang…pulanglah!” Mak Cik Zahra merayu lagi.

“Err…bila mak cik dan pak cik nak balik ke Malaysia?” Asyraf bertanya.

“Tak pasti lagi, Asyraf. Lepas ni, kami nak buat umrah di Mekkah. Mak cik tak nak lama di Jepun, Mak cik tak tahan dengan musim salji…” terang mak cik Zahra.

“Tapi…tahan ke mak cik dengan suhu panas di Mekkah nanti?” Asyraf mengingatkan.

“Panas Mekkah penuh baraqoh! Mak Cik tak kisah… mati di sana pun, tak mengapa. Lagi baik…” tenang wajah mak cik Zahra.

“Eh, mana pak cik kau?” wajah suami tersayang berlegar-legar di fikiran.

“Pak cik ada berehat di rumah saya. Saya datang ni pun sebab nak jemput mak cik. Insyallah, saya akan dapatkan rawatan peribadi untuk mak cik nanti.”

“Bang, tak sabar rasanya nak sampaikan berita nie pada ummi dan abah, tentu mereka bersujud syukur. Asrar dah dapat imagine, cerianya wajah-wajah ummi dan abah nanti…” Khazinatul Asrar mengomel manja di sisi suaminya. Mereka dalam perjalanan pulang dari Tanah Suci Mekkah.

“Banyakkan bersyukur…pastikan Asrar cukup halus menjaga maksiat hati agar si comel kita dipelihara Allah dari karat mazmumah. Dampingi Al-Quran selalu agar itulah yang menjadi hujjah hidupnya nanti. Sejak di alam rahim, kenalkanlah dia pada ibadah hati dan fizikal, agar dia rasa lazat bersama Penciptanya. Mudah-mudahan lahirlah dia sebagai zuriat yang soleh. Rasulullah cukup berbangga tiap kali umatnya lahir, moga-moga bakal mewarisi perjuangan Baginda,” pesan seorang nakhoda bahtera rumahtangga.

Sebelum berangkat pulang, ayahbonda Mustaqhim Al-Qordhowi beberapa kali sujud di Baitul Haram. Cucu dari anak lelaki bungsunya itu cukup dinanti-nantikan. Mereka terharu kerana menerima berita Khazinatul Asrar mengandung selama sebulan di bumi barokah tersebut. Khazinatul Asrar termuntah-muntah dalam tudungnya tatkala bertahajjud di Masjidil Haram. Badannya lemah longlai, tak bermaya. Mulanya, ingatkan dia cuma demam, rupa-rupanya doktor mengesahkan bahawa dia alahan kerana mengandung.

Di lapangan terbang, kepulangan mereka disambut oleh puluhan sanak saudara. Khazinatul Asrar gembira kerana Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh pun turut serta. Maha luasnya rahmat-Mu, Ya Allah!

“Mana ummi dan abah?” bisik hatinya sambil meninjau-ninjau dua wajah tercinta itu dari celahan manusia. Ibu Mustaqhim Al-Qordhowi pula begitu exited mengumumkan berita gembira tentang menantunya. Khazinatul Asrar tersenyum manis sambil menggenggam erat jari jemari ibu mentuanya. Suasana bertambah meriah dengan berita itu. Mak cik Nab menghampiri Khazinatul Asrar sambil memohon maaf. Dipeluknya gadis itu. Pak Cik Soleh pula tersenyum malu pada Mustaqhim Al- qordhrowi. Mustaqhim Al-qordhrowi terlebih dahulu menghulurkan tangan, bersalaman dengan Pak Cik Soleh. Awan mendung berarak sudah, terjalin kembali ukhuwwahfillah, yang takkan lagi musnah, walau ombak badai dating mendesah, tautan erat tak mungkin patah.

“Ummi dan abah tak datang?” soalan yang sudah sedia diduga oleh semua sanak saudara yang mengerumuni mereka. Seorangpun tidak tampil memberikan jawapan. Malah ada yang mula berlawak jenaka agar soalan itu berlalu tanpa jawapan. Mak Cik Nab cepat-cepat mengajak pulang. Enam buah kereta siap menanti.

“Mungkin ummi dan abah menanti di rumah!” pujuk hati kecil Khazinatul Asrar. Hatinya begitu melonjak untuk mengucup tangan dan pipi keduanya bersama sebuah berita gembira.

“Mustaqhim, Asrar…apa kata kalau ke rumah kakak, boleh?!” ajak Kak Mukminah, kakak sulung Mustaqhim Al-qordhrowi yang dah pun mempunyai lima orang anak. Pintu keretanya dibuka untuk mempersilakan adiknya masuk bersama isteri. Ayahbonda Mustaqhim Al-qordhrowi sudah pun masuk ke kereta Kak Muslimah, anak kedua mereka yang sudah 3 tahun berumah tangga dengan seorang warga Pakistan. Muslimah tinggal sementara bersama ayahbondanya di Bandar Al-Muktafi Billah Syah sementara menanti suaminya yang menguruskan urusan perpindahan di Pakistan.

“Eh, Mak Cik Nab dah masak sedap-sedap. Balik rumah kami sajalah..” pelawanya bersungguh-sungguh.

“Terima-kasihlah semua. Asrar rasa nak balik rumah Asrar dulu… boleh kan, bang? Kasihan ummi dan abah yang dah lama menanti di rumah,” pelawaan itu ditolak baik. Mereka terdiam lagi.

Akhirnya, Pak Cik Soleh dan Mak Cik Nab menghantar mereka pulang ke rumahnya yang sepi tak bertuan. Khazinatul Asrar dan suaminya tertanya-tanya melihat rumahnya rapat berkunci. Akhirnya, Mak Cik Nab berani membuka mulut, menceritakan apa yang telah berlaku. Nadanya sebak dan rasa bersalah.

“Apa? Ummi dan abah ke Jepun? Semata-mata mencari Abang Asyraf?! Ya Allah, lindungilah mereka…” Khazinatul Asrar cuba mengawal perasaan. Kolam matanya tidak mampu lagi menyeka banjir air mata.

“Bila ummi dan abah akan pulang, mak cik?” soalnya kesayuan.

“Sayang…kita masuklah dulu. Kasihan pak cik dan mak cik berdiri di luar begini. Abang ada kunci spare ni,” pujuk seorang suami. Khazinatul Asrar akur. Dioraknya langkah lemah.

Di ruang tamu, ada sekeping manila card menyambut kepulangan mereka di atas meja tamu. Tulisan abah tertera di situ…

“ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PULANG PENYERI KELUARGA! MAAFKAN ABAH DAN UMMI KERANA KAMI RASA MUNGKIN KAMI TAK SEMPAT MENYAMBUT ANAKANDA BERDUA DARI TANAH SUCI. MUSAFIR KAMI ADALAH MUSAFIR YANG MUNGKIN PANJANG. DOAKAN AGAR ALLAH MEREDHOI ABAH DAN UMMI DAN DOAKAN AGAR KAMI BERJAYA MENCARI ASYRAF DEMI MENJALINKAN KEMBALI SEBUAH PERSAUDARAAN…KERANA ALLAH!”
LOVE,
ABAH DAN UMMI.
______________________________________________________________
 
Bertambah sayu sekeping hati seorang anak. Mak Cik Nab dan Pak Cik soleh juga turut sebak menahan pilu. Mereka benar-benar rasa bersalah dan berdosa terhadap keluarga itu. Lantaran itu, berulang-ulang kali mereka memohon maaf, sementara Khazinatul Asrar dan suami berulang kali juga melarang mereka agar tidak memohon maaf lagi. Tiada maaf yang perlu diberikan kerana mereka tak pernah menyimpan dendam. Persaudaraan dan berkasih sayang adalah prinsip keluarganya.

“Abah, ummi…Asrar akan menanti kepulangan abah dan ummi! Begitu juga kandungan Asrar ini. Abah…ummi… Asrar terlalu rindukan abah dan ummi, pulanglah…” monolog Asrar sendiri.

“Mungkin Allah atur ujian ini untuk mengajarku lebih berdikari sebagai seorang isteri
tanpa abah dan ummi. Allah Maha Perancang, aku redho…” pujuk hati Khazinatul Asrar, berbaik sangka dengan Allah.

******************************************************************

“Mummy, kalau boleh Hijriah nak jemput sendiri Khazinatul Asrar ke majlis perkahwinan Hijriah nanti. Boleh tak mummy temankan Hijriah ke sana hujung minggu ni…ala, bolehlah Mummy!!” Hijriah cuba memujuk ibunya.

“Kawan Hijriah, Humaira’ tu pun nak ikut sekali. Kami dah rindu sangat kat Khazinatul Asrar,” terus memujuk.

“Nanti Mummy check balik diari Mummy, rasa macam ada appointment dengan client Mummy this weekend…” begitulah gaya wanita berkerjaya.

“Never mind.. Daddy boleh bawakan,” pelawa daddy Hijriah tanpa dipinta.

“Betul ke ni, Daddy? Eh, macam tak caye!” Hijriah melonjak keriangan. Daddynya betul-betul berubah sikap sejak dirinya bakal diambil orang. Masakan tidak, lelaki separuh abad bergelar Dato’ itu sebenarnya cukup bimbang kalau-kalau anak tunggalnya itu di bawa ke Libya. Sepilah banglo itu nanti, tiada erti lagi segala kemewahan.

“Tentu Asrar terkejut kalau datang dengan surprise…” Hijriah tersenyum nakal sambil bercakap dengan diri sendiri. Terus sahaja dicapai ganggang telefon untuk menyampaikan plan itu pada Humaira’.

“   …   …”

Suatu suara garau bergema di muka pintu pagar Mak Cik Nab.

“Alif, Aina, Alim, Kak Ngah…pergilah tengok siapa yang datang tu. Mak tengah masak ni,” laung Mak Cik Nab dari ceruk dapur.

“Alif tengah sibuk ni…abang Alim tu relex-relex je!” suara Alif pula melaung kuat sambil sibuk bermain game.

“Apa pulak…Alim tengah makan ni!” si alim pula memberi alasan sambil makanan ringan Mamee Monster itu dirangupnya satu persatu.

“Ha…ha…jangan nak suruh Aina pulak. Aina tengah temankan si Tompok ni. Dia takut main sorang-sorang nanti bapaknya gigit,” cepat-cepat Aina memberi alasan sambil dipusing-pusingnya tali benang supaya ditangkap oleh anak kucing kesayangannya.

“Mak, Kak Ngah tengah tidur ni…adik-adik tu pemalas, cubit jea!” gadis remajanya pula yang mencecah Tingkatan Tiga memekik dari dalam bilik. Serentak dengan itu sebuah kereta meluncur ke perkarangan pintu pagar. Hon dibunyikan berkali-kali.

“Eh, tu kereta ayah!” spontan sahaja Alif, Aina, Alim dan Kak Ngah meluru keluar. Takut dimarahi nanti. Kelihatan di luar pagar sana, ayah sedang berpelukan dengan seseorang. Berkeriuk dahi mereka melihat telatah ayah.

“Eh, abang Long!!!!” jerit Alim tiba-tiba. Semuanya riuh rendah menjerit memanggil-manggil nama abang mereka. Mak Cik Nab sangat terkejut, lantas meninggal sahaja ayam goreng yang masih tercelup dalam minyak panas di atas dapur, tergesa-gesa dia meluru ke luar.

“Ya Allah, Asyraf??!!” Mak Cik Nab seakan tidak percaya.

“Mak, Asyraf mintak maaf! Ampunkan Asyraf…” tangan ibunya dikucup mesra.

“Syukurlah kau dah balik, Asyraf. Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim kau tentu balik sekali, kan?!” nada Mak Cik Nab berbaur harapan.

“Tak, mak! Mereka terus berangkat ke Tanah Suci…” jelas Asyraf. Badannya yang letih direbahkan ke sofa empuk.

“Iya?! Oh..kasihan Asrar terlalu merindukan mereka!” kesal Mak Cik Nab.

“Ini semua salah ayah…” Sesalan demi sesalan masih menghantui Pak Cik Soleh.

“Tak, ayah! Sayalah puncanya!” Asyraf membela ayahnya. Pak Cik Soleh tetap menyesali perbuatannya terhadap keluarga itu sambil menceritakan segalanya kepada Asyraf. Asyraf terkedu seketika.

“Mulianya hati Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim. Mereka tak pernah menceritakan apa-apa keburukan tentang mak dan ayah sepanjang di sana. Khabar baik-baik sahaja mereka sampaikan,” luah asyraf. Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh tertunduk malu. kesal.

“Eh, bau apa ni?” ayah Asyraf tiba-tiba menyedari suatu bau yang menusuk hidung. Hangit.

“Err…jangan suruh Kak Ngah. Kak Ngah nak tolong angkat beg abang Long ni,” gadis belasan tahun itu cepat-cepat berlalu sambil mengangkat beg berat abangnya.

“Kau tengoklah adik-adik kau, Asyraf,” ibunya berleter sambil bergegas ke dapur. Asyraf memandang adik-adiknya yang comel.

“Ooo…abang Long tak de, semua nakal yea!” mulalah adik-adiknya bising membela diri.
Asyraf menggeleng-gelengkan kepala.

“Ayah, esok saya nak ziarah Asrar dan suaminya. Saya sedar kini, dia bagaikan adik kandung saya sendiri. Saya rasa bersalah pada Mustaqhim,” kata Asyraf.

Sebuah kereta Mercedez Benz mewah berwarna silver metallic diparking di perkarangan rumah Khazinatul Asrar.

“Mungkin dia ada tetamu,” bisik hati kecil Asyraf. Setelah difikir beberapa kali, dia meneruskan juga niatnya untuk menziarahi Khazinatul Asrar sekeluarga. Apatah lagi, adiknya itu sudah tentu terlalu ingin mengetahui khabar abah dan umminya. Seperti kedatangan Hijriah, kedatangan Asyraf sangat memeranjatkan Khazinatul Asrar dan suaminya. Semuanya datang dengan tiba-tiba. Berdegup kencang jantung Khazinatul Asrar untuk mendengar berita abah dan umminya yang tidak pulang bersama Asyraf dari Jepun. Namun, sebagai adab melayan tetamu, dia mempersilakan dulu Asyraf duduk. Tidak terburu-buru untuk bertanya. Kemudian, diperkenalkan Asyraf kepada daddy Hijriah, Hijriah dan juga Humaira’.

“Asrar, abang minta maaf atas semua yang berlaku,” Asyraf sudah tidak mampu lagi menahan rasa bersalah walaupun di depan tetamu lain.

“Tidak, abang Asyraf! Bukan silap abang. Semuanya kehendak Allah. Bagaimana ummi dan abah, mereka sihat?” Tanya Khazinatul Asrar bersopan.
“Alhamdulillah….Cuma, Mak Cik Zahra yang kurang tahan dengan perubahan cuaca. Apatah lagi di musim salji. Tapi, sekarang mereka tak berada lagi di Jepun, mereka dah pun ke Tanah Suci Mekkah.” Jelas Asyraf. Khazinatul Asrar tenang mendengarnya.

“Sama-samalah kita doakan mereka…” Mustaqhim Al-Qordhrowi menambah. Asyraf pantas merenung wajah yang bercahaya dengan nur keimanan di sisi Khazinatul Asrar.

“Mustaqhim…saya pun ingin minta maaf dari kamu kerana banyak menyusahkan. Insyallah, saya datang kali ni sebagai abang kandung Asrar. Kita kan tetap bersaudara…” tutur katanya sarat dengan keikhlasan. Semuanya tersenyum.

“Nanti, jemputlah sekali ke rumah!” daddy Hijriah yang berpangkat Dato’ itu menghulurkan kad perkahwinan anaknya kepada Asyraf. Asyraf ceria mencapai kad itu dan menatapnya seketika. Kemudian, pandangannya beralih pada dua orang gadis di sebelah lelaki yang agak berusia itu. Kedua-duanya manis berbusana Muslimah. Dijelingnya pula jari-jemari mereka. Salah seorangnya memakai cincin berlian di jari manis. Itulah Hijriah seperti yang diperkenalkan sebelumnya. Degupan jantungnya tiba-tiba berdeguk agak kencang tatkala menyedari gadis di sebelah Hijriah itu tiada sebentuk cincin pun menghiasi jari sebagai tanda diri yang belum berpunya. Namun, Asyraf tidak berani mengangkat pandangannya terlalu lama. Bimbang kalau- kalau menimbulkan maksiat pada hati. Apatah lagi, tabir aurat yang menghijab diri menimbulkan rasa hormat buat mana-mana lelaki. Salah satu ciri-ciri mawar berduri. Pertemuan yang tidak dirancang itu semuanya telah menjadi perancangan Ar- Rahman. Dia Maha Berkuasa mentaqdirkan apa sahaja. Yang pasti, Dia Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

“Mungkin, dia seindah Aisyah Al-Humaira’ untukku…” bisik hati kecil Asyraf.
************************************************************************

Rahmat Allah yang melimpah-limpah begitu terasa. Pak Cik Abdul Rahim bersyukur kerana kali ini, di tengah-tengah lautan manusia dia berpeluang mencium Hajaratul Aswad. Dingin pagi yang menanti kehadiran fajar as-siddiq, mencengkam ke tangkai naluri. Langit gelap yang tak berawan menambahkan lagi kedinginan subuh. Meskipun begitu, jutaan manusia yang bergelar hamba tidak tergoda dengan lena, masing-masing lunak dalam esak tangis mendambakan keampunan Pencipta. Terasa hangat bahang keagungan Allah, pemilik kerajaan alam semesta.

Dalam kelazatan rintihan dengan nikmat ketenangan, tiba-tiba bauan harum semerbak daripada kuntuman-kuntuman mawar menyelinap masuk ke rongga hidungnya. Mata yang sejak tadi terpejam khusyuk, dibuka perlahan-lahan. Jemaah umrah di kiri dan kanannya tidak menunjukkan respond apa-apa. Terus khusyuk menghadap Khaliqnya. Bagaikan dia seorang sahaja yang tercium haruman wardah itu. Bauan itu sepintas lalu dibawa angin dingin. Perlahan-lahan pandangannya beralih pula ke kaabah yang tersergam megah dan indah. Gemersik dedaunan Raihan dengan irama mengasyikkan…bermain-main di pendengarannya. Tiba-tiba, kelihatan di dada Kaabah terskrin secara samar-samar wajah seorang wanita yang cukup dikenali, cukup disayangi. Wajah itu indah bermandikan seri, penuh perhiasan yang melengkapi, bagaikan bidadari dari Taman Firdausi. Itulah wajah isteri tercinta, ibu yang telah melahirkan Khazinatul Asrar untuknya. Manis wajah itu mengukir senyuman. Semakin lama, semakin menghilang lalu luput dari pandangan. Segalanya berlalu pantas.

Lama Pak Cik Addul Rahim terpukau dengan peristiwa ajaib yang dilaluinya di awal Subuh di Tanah Suci…sehinggalah azan Subuh mendayu-dayu kedengaran dari menara-menara yang terbina kukuh di sudut-sudut Masjidil Haram. Selepas mendirikan solat Subuh berjemaah bersama jutaan Ummat Islam, dia bergegas ke hotel penginapan untuk menyampaikan berita menakjubkan itu kepada isterinya.

“Zahra, wajahmu dimuliakan Allah, terskrin di dada kaabah!” lonjak hatinya. Setibanya di hotel, sarapan untuk jemaah umrah sudah sedia menanti, namun isterinya masih belum pulang dari Masjidil Haram. Sabar lelaki itu menanti.

“Mungkin dia solat sunat Syuruk seterusnya menunggu Dhuha,” fikirnya. Lama waktu penantiannya….berjam-jam. Diisi dengan tasbih dan zikir. Jantungnya asyik berdebar-debar. Entah mengapa… Tak lama kemudian, muncul kelibat seseorang. Pengurus jemaah umrah Malaysia rupanya. Lelaki itu berjalan ke arahnya.

“Encik ni, Abdul Rahim bin Abdullah?” Tanya pengurus itu.

“Ya, saya!” jawab Pak Cik Abdul Rahim tersenyum mesra.

“Err, suami kepada Puan Zahra binti Muhammad?” tanyanya lagi.

“Ya, ya…” balasnya, makin tersimpul senyuman. Rupa-rupanya, kehadirannya bersama satu berita. Seorang jemaah umrah Malaysia telah dipanggil menghadap Allah buat selama-lamanya. Nyawanya diangkat di Masjidil Haram.

“Zahra meninggal dunia???” satu hakikat yang sukar ditelan. Perginya takkan kembali lagi, meninggalkan semua yang menjadi kesayangan, membakar tiap kerinduan dan kasih sayang.

“Allahyarhamah mati dalam keadaan memangku al-Quran setelah solat Tahajjud,” jelas pengurus itu lagi. Dada Pak Cik Abdul Rahim berombak kencang. Dia cuba mengumpul ketabahan dan kekuatan.

“Innalillahi wainna ialihi rojiu’n…” manik-manik jernih gugur membasahi pipinya satu persatu. Kolam matanya tewas menentang arus kesedihan.

“Beratnya ujian ini…Oh, Tuhan!!!” dadanya sedih menahan sebak.

“Zahra, kau pinjaman Allah! Abang redho dengan kuasa Allah menarik balik pinjaman- Nya. sedangkan Rasulullah juga berpisah dengan Khadijah tercinta…Al-Fatihah,” bisik hatinya penuh sayu dan hiba. Pipinya banjir dibasahi air mata.

Jenazah ibu Khazinatul Asrar selamat disemadikan di Bumi Barakoh, Mekkah Al-Mukarromah. Beruntunglah dia kerana disembahyangkan oleh lautan para jemaah umrah. Tenang wajah Allahyarhamah di saat kematian.

“Ya Allah, golongkan dia bersama golongan yang Kau redhoi kerana dia isteri yang solehah. Jadikan dia sebagai bidadariku andai aku layak untuk syurga-Mu..amin ya Rabbal A’lamin,”. Doa kudus seorang suami mengakhiri tawaf wida’ sebelum berangkat dari Tanah Suci.

Hatinya berbisik lagi, “Khazinatul Asrar puteriku, maafkan abah kerana pulang tanpa ummi bersama. Semoga kau akan tabah menerima suratan ini nanti. Abah dapat rasakan, betapa pilunya hatimu duhai puteriku kerana tak dapat lagi melihat ummi untuk selamanya. Ummi milik Allah, anakku…Allah lebih menyayanginya. Abah terpaksa tinggalkan jenazah ummi di Bumi Barakoh ini, namun sifat penyayang ummi tetap abah bawa pulang bersama. Moga, kaulah nanti yang mewarisi keindahan ummimu sabagai hiasan duniawi seorang suami, seindah mawar berduri……..”
Dan air mata lelakinya tumpah lagi.

Tamat..!

:: Seindah Mawar Berduri: Part 5 ::

Cerpen Seindah Mawar Berduri ini merupakan hasil karya saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin. Pertama kali ana membacanya adalah pada tahun 2006, ketika baru mula Foundation di kampus ana. Sahabat ana, Farashida, merupakan individu yang memperkenalkan ana dengan cerpen indah ini. Kagum dan tertarik dengan pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini, ana merasakan ada bagusnya jika dapat dikongsikan di blog ini, untuk tatapan sahabat-sahabat yang lain. Moga memberi manfaat.

Untuk memudahkan pembacaan, ana membahagikan cerpen ini kepada beberapa bahagian (bersiri..hee). Stay tuned. 😎

******************************************************

SEINDAH MAWAR BERDURI: PART 5

“Ummi, lama tak nampak keluarga bang Asyraf ke rumah kita, kan?!”
Khazinatul Asrar teringatkan keluarga itu. Soalan itu menyentap ketenangan Umminya tiba-tiba. Terngiang-ngiang lagi tangisan makcik Nab yang meratapi pemergian anak sulung ke Jepun. Baru semalam, dia mendapat berita itu melalui telefon. Ummi Khazinatul Asrar merenung wajah putihnya. Tak tergamak untuk diceritakan apa yang berlaku. Masakan tidak, puterinya itu baru sahaja melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih terlalu awal baginya untuk dihukum dengan berita kekecewaan Asyraf sekeluarga di atas kebahagiaannya. Khazinatul Asrar kehairanan melihat reaksi Umminya yang kelihatan kaku dan tercengang. Pandangannya dilontar ke luar jendela. Suami dan ayahnya masih belum pulang dari Bandar untuk menguruskan urusan umrah mereka sekeluarga beberapa minggu sahaja lagi. Dilihat Umminya masih terdiam, memikirkan sesuatu. Tiada respond apa-apa. Kaku.

“Kenapa Ummi diam jea nie?” Khazinatul Asrar cuba menduga.

“Asrar ada buat silap dengan Ummi ke?” lembut suaranya sambil melangkah perlahan dari jendela, malabuhkan punggung di sofa empuk, di sisi umminya.

“Tak de lah..” hanya sepatah suara ummi yang membalas. Khazinatul asrar tersenyum puas. Diambilnya Mathurat yang terbaribf di atas meja.

“Mungkin ummi pun rindukan keluarga bang Asyraf,” fikirnya sambil meneruskan bacaan Mathurat.

Tak lama kemudian, sebuah kereta proton aeroback menuju masuk ke perkarangan rumah sederhana beasar itu.

“Ummi, mereka dah balik!” Khazinatul asrar tersenyum ceria sambil menarik tangan
umminya ke muka pintu. Dia mahu sama-sama menyambut kepulangan abah dan suaminya.

“Macam mana? Dah settle?” Khazinatul Asrar bertanya ramah sebaik sahaja menyambut salam keduanya. Wajahnya manis berseri-seri.

“Alhamdulillah. Allah permudahkan. Tiket pun dah siap!” balas suaminya.

“Tiket dah siap?” ummi Khazinatul Asrar minta kepastian.

“Mmm!” serentak Mustaqhim Al-Qordhowi dan si abah mengangguk.

“Untuk empat orang?” ummi bertanya lagi.

“Tentulah, Zarah! Kan dah berbincang tiga kali. Macam tak yakin jea,” abah Khazinatul Asrar membalas dengan gurauan.

“Kenapa cepat sangat tiket siap?!” keluh ummi Khazinatul Asrar. Semua tercengang dengan keluhan itu. Ummi Khazinatul Asrar menyedari semua sedang memandangnya, hairan dengan keluhannya yang tersirat sesuatu. Ditariknya tangan si abah masuk ke bilik. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan suaminya itu.

“Pelik ummi hari ni…ummi tak sihat ke?” Mustaqhim Al-Qordhowi merenung mata isterinya.

“Asrar pun tak tahu, bang! Ummi agak diam hari ni. InsyaAllah, ummi tak apa-apa, Asrar rasa Ummi teringatkan Mak cik Nab dan Pak Cik Soleh sekeluarga di Rantau Abang. Eh, kesian abang letih. Duduklah dulu. Nanti Asrar siapkan orange juice,” Khazinatul Asrar menyejukkan hati suaminya. Mustaqhim Al Qordhowi tersenyum. Ma’thurat yang terhidang di meja tamu dijadikan santapan rohani terlebih dahulu. Maghrib dan Isya’ berlalu dengan solat berjemaah sekeluarga. Sudah menjadi kebiasaan, tangan abah dan ummi dicium oleh pasangan suami isteri itu setiap kali selepas solat.

“Asrar Mustaqhim…abah nak cakap sikit,” Abah bersuara sekali gus membatalkan niat kedua-duanya untuk beredar dari bilik sembahyang. Bagaikan ada sesi muzakarah selepasnya. Ummi kelihatan sudah bersedia dengan apa yang akan abah sampaikan.

“Asrar…Mustaqhim…abah dan ummi dah bincang petang tadi, kami tak dapat ikut buat umrah. Mustaqhim pergi berdua sajalah dengan Asrar.” Abah menerangkan dengan tenang, setenang wajah Mustaqhim Al-Qordhowi dan Khazinatul Asrar dalam mendengar keputusan mengejut abah dan ummi.

“Lagipun inikan bulan madu…pergi berdua tentu lebih manis,” tambah ummi.

“Tapi, Asrar rasa lebih berkat kalau abah dan ummi pun turut bersama, kan bang?!” usul Khazinatul Asrar. Mustaqhim Al-Qordhowi tersenyum sambil mengangguk akur.

“Ya, sayang! Tapi abah dan ummi ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan.
InsyaAllah, selesai urusan tu, kami akan menyusul kemudian. Kami pun dah cukup rindu pada lambaian Kaabah,” abahnya memberi penjelasan yang berkabus. Khazinatul Asrar menarik wajah keliru. Dahinya berkeriuk cuba menafsirkan maksud tersirat di sebalik penjelasan abah. Ummi pantas memahami wajah manis yang keliru itu.

“Asrar, anak ummi! Ingatlah…sekarang ni syurga Asrar dah beralih di bawah tapak kaki suami. Jadilah bidadari untuknya,” erat digenggam jari jemari mulus puterinya.

“…dan Mustaqhim, menantu ummi! Syurga kamu tetap di bawah tapak kaki ibu. Ummi rasa, ibu bapa kamu lebih layak menerima tiket umrah tu. Bagilah tiket tu kepada mereka, bolehkan?”

“Oh, ummi! Asrar bertuah kerana lahir daripada wanita sebaik ummi!” Khazinatul Asrar memeluk umminya. Suasana mesra sebegitu memang telah menjadi kebiasaan hidupnya sejak kecil-kecil lagi.

“Kalau itulah kata ummi dan abah, Mustaqhim ikut saja,” Mustaqhim Al-Qordhowi tersenyum tenang. Memang penyenyum orangnya. Abah dan ummi turut mengukur senyuman yang tersembunyi suatu misi yang dirahsiakan.

“Bang, Asrar teringin sangat nak ziarah Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh sekeluarga di rantau Abang sebelum kita ke Tanah Suci,” ajak Khazinatul Asrar dengan sopan.

“Bila-bila masa jea Ainul Mardiah abang, cakap saja nak pergi bila? Esok? Lusa?” Mustaqhim Al-Qordhowi menghiburkan isterinya. Khazinatul Asrar tersenyum manja diberi jolokan Ainul Mardhiah oleh suami tersayang. Nama bidadari paling cantik di syuga itu dirasakan terlalu agung untuk dimahkotakan untuk dirinya. Wajah-wajah nakal Asyraf dan adik-adiknya sejumlah lima orang pula bertamu diingatannya. Sejak kecil, keluarga itulah yang menceriakan kesepiannya sebagai anak tunggal dengan pelbagai usikan, kenakalan, ngomelan dan gelak tawa. Hatinya begitu terhibur setiap kali ummi dan abah membawanya menziarahi mereka. Kemesraan yang terjalin bermula daripada keakraban persahabatan abah dan pak cik Soleh sejak di alam kampus. Ianya bertambah erat apabila mereka menjadi rakan kongsi dalam satu syarikat penerbitan buku-buku ilmiah selepas graduate. Ummi dan mak cik Nab pula, masing-masing seorang pendidik dan pernah ditugaskan di sekolah yang sama ketika awal praktikal. Walaupun atas ikatan persahabatan namun ukhuwwah yang bersemi menjadikan dua buah keluarga itu bagaikan saudara sedarah sedaging. Sudah agak lama suasana itu menyepi dalam hidup Khazinatul Asrar kerana dihalang oleh jarak waktu dan kesibukannya di Menara Gading. Asyraf pula baru sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di United Kingdom.

Kedatangan pasangan pengantin baru yang baru dua purnama diijabkabulkan itu disambut oleh lonjakan riang adik-adik Asyraf yang masing-masing bersekolah rendah dan menengah.

“Kak Asrar, nak hadiah!” itulah rengekan-rengekan yang sudah kalis menerjah corong telinga Khazinatul Asrar tiap kali berhadapan dengan kanak-kanak comel itu. Khazinatul Asrar tidak pernah mengecewakan permintaan mereka. Musthaqim Al- Qordhowi pula tersenyum ceria melayani telatah riang mereka. Selang setengah jam berlalu, barulah Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh keluar menyambut kedatangan mereka dengan wajah yang berjalur garis-garis suram dan hambar. Tajam anak mata Pak Cik Soleh memanah batang tubuh pemuda yang mendampingi Khazinatul Asrar. Mustaqhim Al-Qordhowi tetap dengan senyumannya.

“Asyraf masih belum balik kerja, Pak Cik?” Mustaqhim Al-Qordhowi cuba membuka perbualan.

“Balik kerja? Tak tahu ke dia dah ke Jepun?” Pak Cik Soleh membalas sinis.

“Oh, ye ke?! Dia sambung belajar lagi ke Pak Cik?” Mustaqhim Al-Qordhowi masih menunjukkan kemesraan untuk berbual. Namun, entah mengapa terasa sakit di hati kedua ibu bapa Asyraf tatkala mendengar pertanyaan itu. Kalaulah bukan atas nama kemanusiaan, mahu saja disumpah seranahnya pemuda yang menghancurkan impian Asyraf itu, perampas Khazinatul Asrar.

“Abang Long merajuk…Dia kata, kak Asrar dah kahwin, tak bolehlah nak main-main lagi. Dia nak cari orang yang serupa macam kak Asrar di Jepun,” sampuk Alif yang bersekolah darjah Tiga. Mak cik Nab mengcegilkan mata sebulat mata ikan lolong. Budak kecil itu faham isyarat di sebalik wajah ibunya sambil cepat-cepat berlalu dari situ.

“Budak-budak begitulah…ada-ada saja!” Khazinatul asrar menjernihkan keadaan sambil tersenyum. Baginya, itu tak lebih dari satu gurauan. Masakan tidak, dari dulu lagi adik-adik Asyraf suka mengusik-ngusik dirinya dengan abang sulungnya. Sedangkan, Asyraf sudah pun dianggap bagaikan abang kandung sendiri meskipun dia tetap menjaga batasan aurat sebagai ajnabiah.

“Ingat Alif tu main-main?” serius kali ini wajah Pak Cik Soleh.

“Tahu tak kenapa Asyraf ke Jepun?” Dia merajuk, tau! Sedih, kecewa dan merana Asyraf dibuatnya.” Suaranya meninggi, menegangkan suasana.

“Dia rela tak kahwin seumur hidup kalau bukan dengan Asrar…” Mak cik Nab menambah. Dendam. Geram. Benci.

“Kasihan Asyraf, cintanya dikhianati!” keluh Pak Cik Soleh, semakin meluap kebencian.

“Err…apa sebenarnya ni? Maaf…boleh tak kita bincang dengan baik, kita kan bersaudara?!” tenang sahaja Mustaqhim Al-Qordhowi menghadapi kekalutan yang tercetus. Menyerlahkan kewibawaanya.

“Bersaudaranya? Sejak bila kau memandai mengaku saudara kami?! Kau tak ada kaitan langsung dengan kami semua! Khazinatul Asrar je saudara kami, kamu bukan! Faham?!” kali ini kata-kata Pak Cik Soleh begitu berbisa bagaikan hilang rasionalnya. MustaQhim Al-Qordhowi terus tenang. Hatinya beristighfar panjang. Khazinatul asrar pula tidak percaya suaminya dilayan sebegitu.

“Pak cik, mengucap Pak Cik! Kenapa abang Mustaqhim dilayan begini? Apa salah dia?” Khazinatul Asrar cuba masih melembutkan suara walaupun situasi itu menerjah- nerjah pintu kesabarannya.

“Apa salah dia?! Dia memang salah kerana mengkahwini kau, Asrar! Kau sepatutnya menjadi isteri Asyraf, bukan dia!” tegas Pak Cik Soleh, memuntahkan api dendamnya.

“Sampai hati kau, Asrar. Siang malam Asyraf asyik teringatkan kau….tiba-tiba kau kahwin dengan orang lain..di mana perikemanuasiaan kau pada Asyraf dan keluarga kami?” sindir Mak Cik Nab pula.

“Astaghfirullahal azhim. saya tak pernah pun berjanji nak menjadi isteri abang Asyraf, beri harapan pun tak pernah sama sekali! Bagaimana saya boleh cintakan abang Asyraf sedangkan statusnya dalam hidup saya lebih mulia dari itu, dia dahpun macam abang kandung saya sendiri! Pak Cik, Mak Cik…ini semua taqdir Allah! Siapalah kita untuk mempertikaikan ketentuan-Nya. Salahkah abang Mustaqhim kerana dipilih Allah untuk saya?” suara Khazinatul Asrar berbaur sedih.

“Sudahlah…kamu memang tak pandai menghargai persahabatan mak ayah kamu dengan kami, kejamnya kamu, Asrar!” kasar bahasa Pak Cik Soleh sekaligus meragut kesabaran Khazinatul Asrar.

“Oh, ini rupanya harga persahabatan Pak Cik, Mak Cik dengan abah dan ummi saya? Untuk kepentingan dan kepuasan keluarga Pak Cik? Di mana keikhlasan Pak cik? Beginikah sikap sebenar Pak Cik dan Mak Cik yang sangat saya hormati sekian lama?” Khazinatul Asrar bertegas sama. Mustaqhim Al-Qordhowi menepuk-nepuk perlahan bahu isterinya. Menenangkan. Khazinatul asrar menghela nafas sambil berzikir dalam hati. Di luar sana, Alif dicubit-cubit Kak Ngahnya yang berusia 15 tahun.

“NI semua Alif punya pasal lah, kecil-kecil lagi dah celupar mulut. Kasihan Kak Asrar kena marah. Kak Ngah bagi cili api kat mulut tu baru tau!” leter Kak Ngah. Geram. Terdengar tangisan mengamuk si kecil itu.

“Pak Cik, Mak Cik…kami minta maaf. Buat masa ni biar lah kami minta diri dulu. Insyallah, lain kali kami akan ziarah lagi…” Mustaqhim Al-Qordhowi masih tenang dan bersopan sambil menghulurkan salam. Tak bersambut.

“Sabarlah, Asrar…ujian Allah itu kan bukti kasih sayang Allah. Allah menguji sebab nak melihat setakat mana tahap iman kita menghadapinya. Inilah peluang dinaikkan memartabatkan iman di sisi-Nya. Insyallah, semuanya akan kembali jernih. Yakinlah pada Allah!” pujuk Mustaqhim Al-Qordhowi dengan penuh kasih sayang. Khazinatul Asrar mengangguk perlahan sambil menatap Al-Quran kecil yang senantiasa di bawa ke mana sahaja. Hatinya berbisik kagum dengan lelaki di sisinya itu yang terus tenang memecut kereta. Berulang-ulang kali dibacanya surahnya Ar- Rahman agar Allah mengembalikan rasa kasih sayang sesama keluarga mereka.

Setibanya di rumah, ummi dan abah sudah dapat menduga apa yang telah berlaku. Masakan tidak, sebelum daripada itu, mereka telah berkali-kali dipersalahkan oleh Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh atas pemergian Asyraf ke Jepun dengan hati yang hancur berkecai. Cuma, sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan anak mertuanya demi menjaga hubungan baik antara mereka juga.

“Dua hari lagi nak ke Tanah Suci…berdoalah banyak-banyak agar semuanya kembali baik. Doakan juga agar Asyraf selamat di benua orang.” Pujuk ummi.

“Kalaulah abah ada ramai puteri, tentu abah takkan kecewakan Asyraf..” ayah Khazinatul Asrar masih rasa bersalah kepada Asyraf dan keluarganya meskipun menyedari bahawa realiti itu suatu suratan. Fikirannya mula mengimbas saat isterinya diikat peranakan kerana telah mengalami selama enam kali keguguran selepas melahirkan Khazinatul Asrar.

“Abah, Asrar kesal dengan harga persahabatan mereka. Murah! Perkara sebegini pun nak diperbesarkan hingga sanggup nak bermusuhan…tiada ketulusan langsung!”

“Janganlah begini sayang, tak baik.” Mustaqhim Al-Qordhowi menenangkan lagi isterinya. Ummi tersenyum melihat kesabaran menantunya. Memang puterinya itu bijak memilih teman hidupnya. Khazinatul Asrar seorang yang cukup lantang di meja pidato dan debat pada zaman remajanya, memang padan untuk dijodohkan dengan seseorang yang boleh mengajarnya supaya lebih tenang dalam menyuarakan sesuatu. Dalam pada itu, terbayang-bayang pula wajah Asyraf yang sudah pun dianggap bagaikan putera kandung sendiri.

Masih basah diingatannya, sebelum Asyraf melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, dia mengusik mereka supaya menjaga Khazinatul Asrar untuknya. Khazinatul Asrar yang baru sahaja memasuki dunia UKM ketika itu cuma tersenyum tawar dengan usikan nakal Asyraf.

“Bang Asyraf ni tak habis-habis lagi nak mengusik adik sendiri. Bilalah dia tu nak matang sikit? Mungkin bila dah ada isteri cantik bermata biru nanti, barulah dia tak usik Asrar lagi, kan abah?!” Khazinatul Asrar mangadu kepada abahnya tika itu. Rupanya Asyraf yang suka berjenaka itu serius dalam gurauannya. Terbit rasa simpati ummi pada Asyraf. Namun, apakan daya, cinta tak boleh dipaksa, Khazinatul Asrar lebih berhak memilih teman hidupnya sendiri. Asyraf sepatutnya lebih rasional memikirkan bahawa tidak guna terlalu memuja-muja seseorang gadis kerana mungkin dia tidak diciptakan untuknya. Bukankah lebih baik bergantung harapan kepada Penciptanya sendiri kerana Allah lah pemilik dan pemegang hati setiap insan. Allah lebih Mengetahui siapakah yang terbaik untuk seseorang. Kesedaran inilah yang boleh menjadikan setiap insan redha dengan kebijaksanaan Allah mentaqdirkan sesuatu.

“Alangkah baiknya kalau Asyraf boleh menerima hakikat ini…” bisik hati ummi. Lambaian Kaabah, Masjidul Haram, Masjidun Nabawi dari Bumi Anbiya’, Mekkah dan Madinah makin terasa mengusap perasaan. Di airport, Khazinatul Asrar sebak meninggalkan ayah bonda tercinta. Bagaikan itulah pertemuan terakhir antara mereka. Diciumnya berkali-kali pipi ummi dan abah. Diminta halal segala makan minum dan tiap titis susu ummi yang membesarkannya.

“Ummi, abah…ampunkah semua silap salah Asrar. Redhoilah Asrar menjadi anak ummi dan abah. Tak tahu kenapa Asrar rasa berat nak berpisah,” pilu suaranya.

“Asrar, kaulah satu-satunya saham akhirat kami di dunia ini. Jadilah isteri yang solehah agar ummi dan abah pun mendapat rahmat di sisi Allah,” pesan ibu Khazinatul Asrar sambil mendakap erat puteri kesayangannya itu.

“Asrar, di sana nanti, doakan keluarga kita, Mak Cik Nab, Pak Cik Soleh dan ummat Islam seluruhnya agar kita semua boleh berdamai atas nama Islam yang suci..” pesan si abah pula.

“Insyallah, bah!” balas Khazinatul Asrar, sebak. Suaminya yang pergi menjemput ayahbondanya di Bandar Al-Muktafi Billah Syah sejak pagi tadi setelah menghantarnya berserta abah dan ummi terlebih dahulu ke lapangan terbang, masih belum kelihatan. Hari terus merangkak tengahari. Matahari makin tegak meninggi. Saat berpisah makin mencemburui. Khazinatul Asrar memanfaatkah sepenuh masa yang masih berbaki itu untuik bermanja sepuasnya dengan abah dan ummi. Walaupun sudah bergelar isteri, namun bagi Khazinatul Asrar, kasihnya terhadap abah dan ummi tidak pernah berbelah bahagi. Kasihnya pada abah dan ummi tetap sama sampai bila-bila. Perkahwinannya bukanlah halangan untuk bermesra dengan abah dan ummi. Tidak lama kemudan, muncullah kelibat Mustaqhim Al-Qordhowi bersama ayahbondanya di saat waktu berlepas makin menghampiri.

“Selamat Berangkat! Moga Allah rahmati,” ujar abah Khazinatul Asrar sambil berjabat tangan dengan besannya. Di saat itu, bila-bila masa sahaja mereka akan dipanggil pergi.

“Terima kasih, doakan Allah menerima ziarah kami anak-beranak sebagai tetamu- Nya,” balas besannya. Suasana sebak sekali lagi menyelubungi hati dan sanubari Khazinatul Asrar. Laju air matanya membasahi pipi tatkala bersalaman dengan ummi dan abah buat kali terakhir sebelum bertolak pergi ke Tanah Suci. Umminya juga begitu hiba menghadapi perpisahan itu. Entah mengapa hatinya sering berbisik-bisik bahawa selepas ini dia takkan berpeluang lagi menatapi wajah yang amat dicintai oleh seorang ibu. Namun, dia melawan bisikan-bisikan itu dengan zikir qolbi kerana itu mungkin bisikan-bisikan syaitan yang selalu cuba menghalang orang yang ingin membuat kebaikan. Dia memujuk hatinya bahawa perpisahan itu cumalah sementara dan singkat kerana dia juga akan menyusuli mereka ke Tanah Suci bersama suaminya nanti.

Perpisahan keluarga itu diiringi dengan nur ukhuwwah, kasih sayang dan persaudaraan yang terpancar indah menghiasi alam itulah tuntutan Rasulullah yang semakin dilupakan. Semangat ukhuwwah dan persaudaraan…

************************************************************************

“Selagi anak aku tak balik, selagi tue kita putus saudara!” Ayah Asyraf betul- betul melampau kali ini. Ziarah ummi dan abah Khazinatul Asrar ke rumahnya pada suatu petang di sambut dengan kata-kata sekasar itu. Mereka pulang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Namun, mereka yakin semuanya akan kembali pulih. Mereka tetap akan berusaha mencari jalan perdamaian kerana bukanlah prinsip hidup mereka bermusuhan sesam insan bersaudara.

“Bang, betul ke bang masih ingat Do Co Mos Centre tu?” ibu Khazinatul Asrar meminta kepastian. Dia dan suaminya telah pun membulatkan tekad untuk mencari Asyraf di Negeri Matahari Terbit. Itulah misi yang dirahsiakannya. Mereka yakin hanya dengan memujuk Asyraf boleh memulihkan keretakan persahabatan keluarga mereka.

“Kalau tak silap abang, Do Co Mos Centre tui di kawasan Hibya Line, Tokyo subway…Nama pengurusnya pun abang masih ingat, Yusuke Katayose. Nanti, abang akan dapatkan maklumat lanjut dari Agensi pelancongan tu,” Abah Khazinatul Asrar meyakinkan isterinya.

“Saya yakin, bang…mesti Asyraf ada kat situ!” wajahnya sarat dengan harapan.

“Kita doakanlah…Abang pun yakin Asyraf tetap ada misi hidup tersendiri di Jepun walaupun pergi dalam keadaan merajuk. Abang masih ingat lagi, sejak dari sekolah menengah dulu, dia suka sangat bercerita tentang maklumat yang dikumpulnya melalui internet mengenai pusat komputer yang di antara tercanggih di dunia tu. Tak hairanlah dia begitu bersungguh mempelajari bahasa Jepun ketika menuntut di UK,” imbas suaminya.

“Betu lah, bang. Asyraf pun pernah berangan-angan nak bawa Asrar ke Do Co Mos Centre tu. Banyak kali dia beritahu saya.” Kenangan diimbas pula oleh isterinya.

“Zahra, kita teruskan berdoa. Malam ni, Insyallah kita solat hajat 12 rakaat sama- sama lagi, larat tak?” lembut suara lelaki yang hampir mencecah usia separuh abad itu.

“Insyallah, bang…pada Allah jua tempat kita mengadu untuk permudahkan urusan kita,” isterinya akur.

Beberapa minggu berlalu, gemparlah penduduk sekitar tentang keberangkatan Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim ke Jepun semata-mata untuk mencari dan memujuk anak sahabatnya. Sucinya hati mereka dalam menghargai erti persahabatan. Akhirnya tempias berita itu sampai juga ke corong telingan Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh. Kekerasan hati mereka terlentur dengan pengorbanan yang tak pernah terlintas di fikiran. Di manakah Asyraf perlu dicari di dunia teknologi secanggih Jepun? Terasa diri mereka diketuk-ketuk oleh keegoan sendiri. Malunya pada diri sendiri. Barulah mula terfikir, Khazinatul Asrar lebih layak untuk Mustaqhim Al-Qordhowi bukan untuk Asyraf. Jauh sekali keluhuran peribadi lelaki itu jika nak dibandingkan dengan anak lelaki mereka yang nakal walaupun berpelajaran tinggi. Satu-persatu sikap melampau mereka terskrin di ruang mata sendiri.

“Oh, Tuhan…” akhirnya Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh kembali juga pada Ar- Rahman.

************************************************************************

Bagaikan permata di celahan kaca,
Kerdipnya sukar tuk dibezakan,
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan,
Moga tak tersalah pilihan.
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu,
Jernih setulus tadahan doaku,
Rahmati daku dan permintaanku,
Untuk bertemu di dalam restu.
Kurniakan daku serikandi,
Penyejuk di mata penawar di hati,
Di dunia dialah penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari,
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih.
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh,
Sebagai penyejuk mata….
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian,
Penentu jodoh pertemuan,
Seandai dirinya dicipta untukku,
Rela ku menjadi miliknya.
Kurniakan daku serikandi,
Penyejuk di mata penawar di hati,
Di dunia dialah penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari,
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih.

Irama In-Team dari kaset yang sempat dibawanya dari Malaysia itu menjadi
penghiburnya tiapkali kesunyian.

“Ku tujukan lagu ini buatmu, Khazinatul Asrar…” bisiknya sendiri. Sekali lagi lagu itu diputarkan memecah kesunyian kamarnya. Keadaan dirinya agak tidak terurus. Makan dan minum tidak dihiraukan sangat, cukuplah sedikit air mineral dan roti menjadi alas perut. Mujurlah dia masih rasional untuk menyara hidupnya dengan bekerja di Do Co Mos Centre kerana kelayakan akademik yang dimilikinya. Tubuhnya dibalut dengan baju berbulu tebal. Tidak cukup dengan itu, kain selimut pula diselimuti ke badannya. Kedinginan musim sejuk di Jepun yang menusuk- nusuk tulang sum-sum begitu menyengat bagi orang Malaysia seperti Asyraf. Dalam kesejukan malam salji tebal menutup alam, tiba-tiba kedengaran suara tetamu dari luar. Suara tegas yang cukup dikenali.

Haip! Haip! Penghormatan diberi kepada Yusuku Katayose, pengurus Do Co Mos Centre. Kehairanan menerjah fikiran dengan kunjungan jutawan yang cukup disegani itu. Dua orang lelaki berwajah Melayu juga turut mengiringi. Mereka seakan-akan fasih berbahasa Jepun. Setelah beberapa minit berbincang, fahamlah Asyraf bahawa dua orang lelaki itu adalah wakil salah satu agensi pelancongan dari Malaysia. Rupa-rupanya, kehadiran mereka bersama satu berita yang sukar untuk dipercayai. Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim sedang berada di Bandar itu untuk mencarinya.

“Kerana aku???” hatinya sukar untuk mempercayai. Dalam kekagetan itu, dia bertambah kaget apabila dimaklumkan bahawa mereka sedang berada di hospital utama di Tokyo. Apatah lagi, sepantas kilat keretanya dipecut ke sana. Tidak dipedulikan lagi kesejukan malam di musim salji yang memamah-mamah urat sendi. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian dan tafsiran yang bermain-main di fikiran, terbayang-bayang bermacam kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh ibu dan ayah gadis pujaannya dalam pencarian mereka. Segala persoalan yang menerjah ke kotak fikiran hanya terjawab dengan kepiluan. Sedih. Terharu.

“Pak Cikkkkkkkkkkk!!!” Asyraf menjerit sekuat hati melihat seraut wajah sugul di ruang menunggu. Tidak dihiraukan lagi akan berpuluh pasang mata yang memfokus padanya. Pak Cik Abdul Rahim terus sujud syukur di kala itu juga. Mereka berpelukan dengan penuh kasih sayang.

“Pak Cik sihat? Mana Mak Cik?” bagaikan ada seribu soalan lagi yang ingin diutarakan oleh pemuda itu.

“Asyraf, Mak Cik kau ada di dalam. Masih koma…” sayu suara itu memberikan penjelasan.

“Astaghfirullahal azhim…apa yang dah terjadi?” kusut fikiran Asyraf.

“Insyallah, tak ada apa-apa. Cuma dia tak tahan dengan perubahan cuaca di sini. Sama-sama kita doakan agar dia cepat sihat…” Pak Cik Abdul Rahim sengaja ingin menyejukkan hati Asyraf, padahal dia sudah sedia maklum bahawa penyakit buah pinggang isterinya semakin kronik.

“Pak Cik, marilah ikut saya balik dulu. Nanti, saya akan uruskan supaya Mak Cik Zahra boleh dirawat dengan perkhidmatan doctor peribadi di rumah saya. Mari, pak cik…” Asyraf mengangkat beg-beg besar yang tersorat di balik sudut keretanya. Pak Cik Abdul Rahim tersenyum lemah. Sejuk hatinya menemui pemuda yang dianggapnya bagaikan anak sendiri itu.

Pada malam itu, Asyraf membeli hidangan yang mahal-mahal. Sepanjang berada di Jepun, inilah tetamu yang benar-benar mampu merawat kekosongan hatinya. Tetamu yang sangat istimewa. Sambil menghadap hidangan, dia berbual panjang dengan Pak Cik Abdul Rahim. Segala cerita dikongsi bersama. Asyraf agak terkejut dengan pelbagai siri kebetulan melalui kisah pencarian Pak Cik Abdul Rahim dan isterinya di Jepun. Sebenarnya, semua itu adalah pertolongan Allah. Benarlah janji Allah, barangsiapa yang inginkan kebaikan nescaya Allah permudahkan jalan ke arah itu. Selain itu, hanya khabar yang baik sahaja yang disampaikan oleh Pak Cik Abdul Rahim tatkala Asyraf bertanyakan keadaan keluarganya. Tidak sesekali diceritakan konflik yang tercetus antara mereka. Dia juga cuba sedaya upaya mengelak daripada berbicara tentang kebahagiaan Khazinatul Asrar bersama suaminya kerana takut menghiris hati Asyraf.

“Asyraf, pak cik tengok rumah ni tak terurus betul. Bila lagi nak carikan suri? Takkan tak tersangkut kat mana-mana gadis Jepun yang Muslimah?” Pak Cik Abdul Rahim bergurau. Tujuannya supaya Asyraf menyedari bahawa masih ramai lagi wanita di dunia ini selain Khazinatul Asrar. Namun, tanpa disangka-sangka, wajah yang tadinya riang diarak garis-garis kesedihan. Wajah jurutera komputer itu terus berubah mendung. Gurauan itu mengundang kekecewaan.

“Pak Cik, saya akan menanti Khazinatul Asrar…” luahnya jujur.

“Asyraf, terimalah kenyataan…” pujuk Pak Cik Abdul Rahim.

“Pak Cik, saya takkan jumpa lagi gadis sepertinya! Mana nak cari ganti?! Saya akan menaruh harapan seumur hidup…” nadanya yakin.

“Masyaallah… Asyraf anakku, Khazinatul Asrar dah jadi milik orang. Tak guna menaruh harapan…sia-sia!” Pak Cik Abdul Rahim cuba mengembalikannya ke alam nyata.

“Pak cik, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Setiap malam saya berdoa agar Allah cepat-cepat menarik nyawa suaminya…kerana itulah saya tetap menaruh harapan.” Antara sedar atau tidak, Asyraf bercakap bagaikan hilang rasional.

“Astaghfirullahal azhim…kau doakan begitu pada adik kau sendiri? Astaghfirullahal azhim. Berdosa mendoakan keburukan untuk orang lain! Asyraf…pak cik kenal anak pak cik, Asrar memang tak suka berkawan dengan lelaki kalau tiada urusan. Tapi, dia memang boleh berkawan dengan kau kerana dia memang dia menganggap kau bagaikan abang kandungnya sendiri. Tak bolehkah kau menganggapnya sebagai adik kandung?
Asyraf, redhoilah adikmu dijaga oleh lelaki yang memang dipilih Allah untuknya…” dipujuk lagi pemuda itu. Terpaksa juga perbualan yang pada mulanya penuh mesra melencong kepada seorang gadis bernama Khazinatul Asrar.

“Pak cik, 4 tahun saya menanti Khazinatul Asrar di United Kingdom. Bagi saya, semua wanita tak boleh mendapat tempat di hati saya kerana ianya milik Khazinatul Asrar. Dialah bidadari hidup saya. Ketegasannya dalam menerima lelaki telah meruntuhkan sikap playboy saya selama ini. Dia membuka minda saya tentang mahalnya harga seorang wanita untuk dipermainkan. Hidup saya lebih bermakna apabila saya dikenalkannya dengan hakikat cinta yang mesti disandarkan pada Pencipta. Adilkah Khazinatul Asrar meninggalkan saya setelah peribadinya benar-benar menambat hati ini?” Asyraf memuntahkan rasa kecewanya, kemudian menyambung lagi, “Dah beberapa kali saya melamarnya melalui surat dari UK. Saya sedaya upaya meyakinkannya bahawa saya serius. Tak bergurau! Dia suruh saya sandarkan pada Allah dan berdoa. Dia juga menasihatkan saya agar kurangilah menghubunginya kerana ingin menjaga rahmat Allah dan mengelak dari fitnah hati. Yakin dengan Allah…itulah kata azimatnya. Saya akur dan yakin bahawa selagi saya didik diri sendiri menjaga redho Allah, selagi itulah wanita yang diredhoi- Nya dijanjikan untuk saya. Ianya satu harapan yang cukup bermakna dari Khazinatul Asrar…Tapi akhirnya? Apa semua ni? Saya tak boleh terima…” luah Asyraf, sebak.

“Asyraf, kau sebenarnya masih ada krisis dengan keyakinan kepada Allah, lantas Asrar yang kau persalahkan…” pedas kata-kata itu.

“Krisis keyakinan? Mustahil! Allah adalah segala-galanya dalam hidup saya…” Asyraf membela diri.

“Bercakap memang senang… beginikah sikap seorang hamba yang mengaku Allah adalah segala-galanya? Ciptaan Allah lebih dipuja daripada Pencipta-Nya sendiri. Khaziantul Asrar tu sesuatu yang tidak pasti, manusia biasa yang akan pergi. Apabila Allah menariknya dari kamu, kau harus yakin dengan Allah. Allah lebih bijaksana dengan perancangan-Nya. Manusia hanya mampu merancang, Allah Yang Maha Adil lah yang menentukan.. setiap taqdir Allah ada hikmahnya. Allah tak sesekali sesuka hati menganiaya hamba-Nya. Dia Maha Pengasih. Kamu seharusnya mentarbiyyah diri kerana cinta Allah bukannya kerana harapkan cinta Khazinatul Asrar. Asyraf, yakinlah…kalau kau benar-benar ikhlas dan yakin dengan Allah, pasti Allah akan menggantikan cinta manusia yang boleh dekatkan kamu pada-Nya. Gadis yang terbaik untuk kamu. Pak cik faham, mungkin kau rasa Khazinatul Asrar adalah gadis
terbaik yang pernah kau kenali tapi tak semestinya dia adalah gadis yang terbaik untuk kamu. Allah lebih bijak untuk memilih seorang gadis terbaik untuk kamu dan Asrar hanya terbaik untuk suaminya. Aturan Allah juga yang terbaik….Bukankah itu azimat Khazinatul Asrar?! Terimalah ketentuan-Nya!”

Asyraf terdiam seketika tatkala ditazkirah dengan panjang lebar. Matanya berkaca. Sarat dengan air mata. Air mata seorang lelaki.

“Asyraf, setiap malam Asrar beristikhoroh untuk memilih teman hidup. Ramai lelaki yang cuba memenangi hatinya. Dia yakin Allah lah yang akan membuat keputusan untuknya melalui penyerahannya yang bersungguh-sungguh pada Allah. Dia redho dengan sesiapa sahaja yang ditunjukkan Allah buatnya. Hatinya diserahkan bulat- bulat pada Allah sebelum sedia menerima cinta lelaki. Akhirnya, nama Mustaqhim Al- Qordhowi yang sering terbisik-bisik di pendengarannya. Dia redho dengan istikhoroh yang dibuatnya kerana itulah kehendak dan petunjuk Allah,” tambah Pak Cik Abdul Rahim pula.

“Pak cik, dia memang sekuntum mawar berduri yang dipelihara Allah. Cintanya disandarkan pada Allah…tak hairanlah Allah turut membalas cintanya dengan lelaki yang turut dicintai-Nya. pak cik, maafkan saya…” akhirnya pemuda itu tunduk jua. Dia akur pada realiti.

“Pak cik, tentu Mustaqhim Al-Qordhowi hebat, kan? Kalau tak, masakan dia mampu memenangi hati Khazinatul Asrar..” luah Asyraf.

“Asyraf, ramai kawan-kawannya bertanyakan soalan yang sama ketika majlis perkahwinannya dulu. Tahu apa jawapannya?” ayah Khazinatul Asrar membuka cerita. Tiada ketegangan lagi antara mereka.

“Put your trust in Allah! Itu saja jawapannya…” kata Pak Cik Abdul Rahim.

“Yakin dengan Allah…itu pula kata-kata azimat Khazinatul Asrar, kan pak cik?!” Asyraf menyampuk.

“Sebenarnya, sejak awal memasuki kampus lagi mereka dah mula saling mengenali kerana perjuangan yang sama. Sejak itu juga mereka saling menghormati dan mengagumi antara satu sama lain. Tapi, Mustaqhim Al-Qordrowi tidak terburu- buru untuk memenangi hati Khazinatul Asrar. Akalnya mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa selagi belum bersedia berumah tangga, selagi itulah langkah untuk mencintai wanita adalah sia-sia. Penuh kelalaian dan warna-warni syaitan. Dia amat menyukai Asrar sejak awal perkenalan lagi, tapi dia sedar Allah lebih mengetahui adakah Asrar diciptakan untuknya atau tidak. Dia tak mahu mencintai wanita yang bukan diciptakan untuknya. Oleh itu, dia bermujahadah melawan kemahuannya yang meronta-ronta untuk meluahkan sesuatu pada Asrar. Tempoh masa sebelum bergelar ‘orang yang bersedia’ adalah sekejap cuma. Kadangkala, dia tercabar dan bimbang apabila nama Asrar menjadi siulan. Hinggalah perasaannya terdesak untuk meluahkan jua. Namun, hanya di tahun akhir, dia memberanikan diri menghantar risalah-risalah yang mendidik ruhiyyah, tauhid, fikrah dan harakah. Itulah tanda cintanya. Mereka juga bercinta sebenarnya tapi dihijab oleh hijab yang tebal kerana kerana takut rumahtangga yang dibina atas landasan kemurkaan Allah. Lihatlah keadilan Allah untuk cinta setulus ini. Mereka mengecapi cinta yang diredhoi selepas kahwin. Mereka menang dalam mujahadah. Dalam menyukai seseorang, ingatlah segala perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum berkahwin, ianya adalah haram. Tapi, yang haram itu sekejap cuma. Lepas kahwin, halallah… sebab itu kena sabar dan kuat.” Panjang sekali Pak Cik Abdul Rahim bercerita.

“Wah, arifnya pak cik tentang cinta! Mana pak cik dapat cerita Mustaqhim dan Asrar ni?!” Asyraf beransur ceria.

“Eh, Khazinatul Asrar tu kan satu-satunya puteri pak cik! Dah tentu setiap inci hidupnya pak cik ambil tahu. Lagipun, Mustaqhim memang tak berahsia dengan kami….” Balas Pak Cik Abdul Rahim.

“Pak cik boleh jadi contoh ayah dan mertua mithali,” Asyraf mengusik ayah Khazinatul Asrar. Wajahnya berubah ceria. Sifatnya yang suka mengusik kembali menghiasi. Hatinya lembut. Kedua-duanya tidur jauh di lewat malam. Keletihan mengulit lena Pak Cik Abdul Rahim. Namun, suara rintihan seorang lelaki sedikit mengganggu tidurnya.
Dalam kesamaran dia sempat juga menangkap seungkap doa Asyraf yang sedang
sujud bertahajjud di sebelah katilnya.

“Ya Allah, Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku… bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku…dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku..” 

To be continued…..