:: La Finale ::

Esok.

0900 – 1200h.

La finale.

GAB 3052: Human Resource Management.

Final exam. Final paper. Final subject. Final year. Final semester.

InsyaAllah.

” اللهم نجحنا في الامتحان ”

Advertisements

:: ‘Cuti’ Sat ::

“Zah, dah nak pergi? Nak tumpang,” saya.

“Oret, jom.” Zah.

Itu beberapa minit sebelum ke dewan exam. Malas nak naik moto.. Alang-alang sama tempat exam dengan housemates, ape salahnya tumpang sekali, kan 😎 ?

Sampai dewan, 8.50 pagi. Ramai yang dah start masuk. Macam biasa, check nama kat luar dewan, check nombor meja, dan lokasi meja kat dalam meja tu. Dan terus masuk ke dewan~

Berdebar jugak sebenarnya. Malam tadi je, tidur memang tak lena. Dua kali terjaga sebab mimpi dah masuk dewan, then blur abis, tak bleh jawab. Punya la nervous first paper sem ni.

Ke.. sebab minum kopi? Ye, memang purposely minum kopi supaya tak mengantuk malam tadi. Study..

Paper IACS pagi tadi boleh tahan. Ada yang sebijik-sebijik keluar soalan yang pernah buat sebelum ni. Ada jugak yang tak pernah naik. Ades. Formula untuk Vortex Shedding flowmeter (W=pwAf/St) memang tak pernah saya hafal. Dalam mana-mana soalan pasal flow rate measurement (dalam previous final exam papers dan tests) memang tak pernah naik soalan ni. 6 marks pulak tu..! Haila.. Tapi, rupanya bukan saya sorang.

“Ko tau, sebelum datang sini pagi tadi aku memang dah tengok dah slide pasal Vortex tu.. Bleh plak aku decide tak payah la hafal..” A.

“Ye la.. Dah soalan pasal tu memang tak pernah keluar pun.” B.

“Aduuuh..” A.

“Dah, dah.. Jangan pikir dah…” B.

Itu perbualan orang yang duduk di belakang saya di dalam dewan, sejurus selepas kertas jawapan kami dikutip.

Soalan pasal DCS & Fieldbus dalam soalan nombor lima pun agak susah. Memang tak de calculation pun untuk part tu. Tapi itu la yang saya lemah. No calculation, maknenya teori. Fakta. Berapa la markah kat situ. 

Oke. Cut it out. Itu sudah lepas.

Malam ni bagi cuti kat diri sendiri. Sebab next paper is in 8-days to go. Fuh.. Lame lagi. Tapi tu tak bermakna tak perlu start study sekarang. Malam ni aci la, bagi space untuk update blog skit, chat dengan Along & Nash jap. And..

Sambung baca Tuesdays With Morrie. Dah nak sampai 11th Tuesday dah ni 😎 .

Housemates (termasuk roommate) sedang bertungkus-lumus transfer data daripada buku ke otak (baca: hafal) as preparation untuk exam pagi esok: Engineers In Society. Nasib baik dah ambil subjek ni sem lepas. Pray for them 🙂 .

Lupa plak. Hari Jumaat minggu lepas, sahabat saya, Fara, ziarah saya di kampus ni. Alhamdulillah, beliau sudah pun dapat kerja di Manjung, dekat-dekat dengan area Pelabuhan Lumut. Mabruk, Fara :-). I’m happy for u.

Rata-rata ramai sebenarnya sahabat-sahabat saya yang sudah pun habis belajar dan mula bekerja. Malah, ada yang akan pecahkan rekod Batch 20 SERATAS, dengan menjadi orang pertama yang melangsungkan perkahwinan bulan Mei ni..! Dewi, if you’re reading this, “Mabruk ‘alaikuma. Barakallahu lakuma aidhan.” InsyaAllah kalau tak de aral melintang, sampai la ke majlis tu nanti 🙂 .

Tak sabaqnya nak baca Contengan Jalanan! (eh.. tetiba je 😀 ). Tak, tak.. Bukan sekarang. Lepas exam, insyaAllah. Buku yang telah dikirim untuk dibeli kat PBAKL 2011 baru-baru ni (through a friend, Nashriyyah@Poi) sekarang masih berada di KL. Nasib baik jauh.

:: ‘Pesta’ Exam ::

Standard. Bile jadi student, memang tak lari daripada exam. Tak boleh lari pun. Tak kisah la major exam ke, final exam ke.. Dulu, kini, selamanya: mesti ade exam. Dari PTS, UPSR, PMR, SPM sampai ke uni. Memang tak boleh lari.

Exam tetap exam. Dan seperti stated dalam post sebelum ni, saya akan start ber-exam lusa. FYP presentation baru abis hari ni. Yup. Lusa exam. Macam biase. Orang lain pun exam jugak. Macam biase.

Cumanya, exam kali ni sedikit mencabar sebab study week yang sangat pendek, lantaran sistem pengajian semester baru yang baru je start this sem. Study week = 5 hari. Dan itu adalah termasuk weekend. Bagi final year student yang buat FYP this sem, ada presentation dalam study week. Pergh. Mana nak prepare untuk FYP, mana nak study untuk final exam??

Itu cabaran. Wow. Positifnya saya! 😎

Layan je la. InsyaAllah tak lama dah lagi. Kan ‘tough times never last‘. Kembara je lah~

Satu poem menarik untuk dikongsi, cilok daripada roommate yang cilok daripada kad mane ntah:

When things go WRONG, as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
Keep your spirits high for through thick n’ thin,
You must carry on if you are to win.

Life is strange with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
It challenges us to often give up,
When we could have captured the victor’s cup.

So turn your failures inside out,
Press them on past fear and doubt,
Never mind if things hold you back a bit,
You’ll come out on top, but you mustn’t quit!

May Allah ease the days.. 🙂

:: Exam Fever ::

Study week has just started – today.

And the exams, here they come (again). Three battles to go. Well, actually there’ll be only two. Sebabnya, the other one is actually a presentation, for Final Year Project, uhu.

So here I am, still holding on

With every step, I climb another mountain

Every breath is harder to believe

I’ll make through it through the pain, whether the hurricanes

To get to that one thing

The days to be passed, through and thorough.

  • 4th May 2011, 11.50am – 12.30pm: FYP Presentation                
  • 6th May 2011, 9.00am – 12.00pm: Industrial Automation & Control System
  • 15th May 2011, 9.00am – 12.00pm: Electrical Machines II


Just when I think the road is going nowhere

Just when I almost gave up on my dreams

They take me by the hand and show me that I can

There are no boundaries

There are no boundaries

I fought to the limit, to stand on the edge

What if today is as good as it gets?

Don’t know where the future’s heading

But nothing’s gonna bring me down

—————————————————————————–

Pray for the ease. Gracias 😎 .

Rabbana yassir, wala tu’assir. Wa najihna fil imtihan, fid-deen, fid-dunia wal akhiroh.

:: Final Exam Datang Lagi ::

Setelah hampir setahun tak ber-exam (sebab last semester pergi praktikal), kali ni final exam datang lagi~

Dengan timetable yang ‘best bangat’, muge2 Allah permudahkan..

1st Week:

15.11.2010, 1430-1630: Engineers In Society

2nd Week:

22.11.2010, 1430-1730: Plant Process Control

24.11.2010, 0900-1200: Digital Signal Processing

25.11.2010, 0900-1200: Multimedia Network

26.11.2010, 1500-1800: Modern Control Engineering

To adik-adik tuisyen (termasuk adikku~) yang akan ‘berperang’ dengan SPM yang akan start dalam kurang 2 minggu ni, jom sesame berjuang..! SPM kacang je.. Eheh.

————————————————————————————————