:: POTD: Pagi Raya ::

from Instagram: http://ift.tt/2t5Lmh3 http://ift.tt/2u3nFTH

Gambar pagi raya.

Tahun ini emak gigih jahitkan baju raya untuk semua perempuan dalam keluarga. Memang dari dulu lagi emak yang selalu jahitkan. Cuma bila dah besar ni, tengoklah kalau emak sempat / larat.

Baju yang emak jahit selalu lebih selesa daripada baju-baju lain. Terutamanya baju kurung.

Sebenarnya sekarang ni dah kurang nak cari baju ‘berkain’. Memang jarang sangat pakai baju kurung atau jubah. Lebih kerap berseluar – sebab selalu naik motor ke mana-mana.

Punyalah dah lama tak pakai jubah / baju kurung, sampai pernah sekali, pergi pusat tuisyen pakai jubah, bos tanya, 

“Cikgu baru balik kenduri ke?” 😅