:: Book Review: House Rules ::

I’ve just finished reading this book:

wp-1473517226634.png

Let me be honest. It’s actually my very first time reading Picoult’s.

And apparently, I find it brilliant and very captivating and I second that it is indeed a page-turner一just like the how The Boston Globe reviewed it at the back cover of the book.

The efforts took to educate readers about Asperger’s syndrome and all the legal aspects in this fictitious writing should be praised, undoubtedly.

I love it and I’d definitely read more of Jodi Picoult’s in the future.

:: Belajar Kanji ::

Hari ini tiba-tiba terlintas untuk berkongsi tentang Bahasa Jepun.

Bagi yang mengikuti blog ini, mungkin tahu bahawa aku sedang belajar Bahasa Jepun. Alhamdulillah, sekarang sudah hampir menamatkan kelas tahap Pre-Intermediate I dan akan terus belajar, insya-Allah.

Oleh kerana ada cita-cita nak ambil ujian JLPT N5 (Japanese Language Proficiency Test) pada hujung tahun ini, jadi aku telah mula belajar tulisan kanji.

Nota: JLPT adalah ujian selaras (standard) bagi menguji penguasaan Bahasa Jepun di kalangan non-native speakers (mudah cerita: non-Japanese). Ujian ini meliputi pengetahuan bahasa (keupayaan membaca, menulis, memahami), keupayaan bertutur dan mendengar. Bermula pada tahun 2010, struktur ujian telah diubahsuai. Tahap ujian adalah dari N5 hingga N1. N1 adalah tahap tertinggi, yang paling sukar.

Dalam entri ini, aku cuma mahu fokuskan kepada tulisan Jepun. Lebih khusus lagi, tulisan kanji. Kepada yang tak ada langsung asas tentang Bahasa Jepun dan tulisannya, mari aku ceritakan.

HIRAGANA, KATAKANA & KANJI

Tulisan Jepun ada tiga jenis:

  1. Hiragana
  2. Katakana
  3. Kanji

Ada 46 huruf hiragana dan 46 huruf katakana. Bagi aku, 92 huruf ini tidaklah terlalu sukar untuk dihafal. Jika dipraktikkan selalu, tiada masalah, insya-Allah.

Bilangan kanji pula adalah jauh lebih banyak daripada itu. Yang commonly used dalam kehidupan seharian di Jepun ialah 2000 kanji! Continue reading

:: PBAKL 2016 ::

Pesta buku yang dinanti-nanti oleh semua peminat buku; pembaca, penulis, pembeli, penjual, penerbit. Dan tahun ini, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL akan diadakan di MAEPS, Serdang.

Nampaknya tak bolehlah aku menunggang motosikal ke PBAKL seperti selalu. Most probably, aku akan menggunakan komuter untuk ke sana. Dikhabarkan shuttle bus juga ada disediakan di Stesen KTM Serdang nanti.

‘Ala kulli hal, semoga segalanya berjalan lancar!

13012875_10154124670799513_2211515685701302594_n13041311_10154115714859513_3166174721512545259_o12974502_10154122903164513_2216788070281010196_n

:: POTD: Hachiko Statue in Todai ::

from Instagram: http://ift.tt/1Zt7RqZ http://ift.tt/1PWMJSa

Ini pula kisah petang tadi. Sempat aku berbasikal ke Tokyo Daigaku (Tokyo University) atau juga dipanggil sebagai ‘Todai’ sahaja.

Memang tujuan asalnya untuk ke statue ini (selain melawat universiti paling berprestij di negara Jepun ini). Mungkin ramai yang lebih tahu tentang Hachiko Statue yang ada di Shibuya.

Hachiko Statue di sini pula adalah versi ‘happy ending’, kerana Hachiko (anjing yang setia menunggu tuannya di stesen keretapi) akhirnya bertemu dengan tuannya, Dr. Ueno (walaupun kisah sebenarnya bukan begitu). Sekali lagi, kisah panjangnya di blog. Later, insyaAllah.

Oh. Tiba-tiba rindu Melly dan Mellet.

:: POTD: Iiji-san & Yuzawa-machi. ::

from Instagram: http://ift.tt/1mS4Gri http://ift.tt/1SfijOg

Gambar: Iiji-san & Yuzawa-machi.

View ini dari Gala Yuzawa, diambil ketika berjalan di pergunungan bersalji dengan menggunakan ‘kanjiki’, kasut tradisional Jepun yang banyak digunakan lebih kurang 600 tahun dahulu.

Alhamdulillah, dapat gagahkan diri ke sini. Dapat sentuh salji buat pertama kali. Fresh snow yang masih tebal, ringan dan berkilauan pula. Subhanallah.

Sekali lagi, tak terekspresi.

:: Korea Selatan, Day 8: 1st Ramadhan in Seogwipo ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kelapan!

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 8 (Thursday, 18/06/2015, 1 Ramadhan 1436H)

Ramadhan Kareem! 🙂

Pagi ini sebelum jam 7 pagi lagi kami sudah keluar dari guesthouse. Ada 5 tempat utama yang kami pergi pada hari ini. Ada yang telah dirancang dari awal, ada juga yang tidak dirancang. Ada juga yang tidak dinyatakan di sini, kerana nanti panjang sangat pula ceritanya! (Ini pun dah panjang)

Hari ini kami tidaklah memburu sunrise (kalau ya, perlu keluar lebih awal), tapi kami nak berjalan di sebuah tempat yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya. Morning-walk gitu.

Dan tentunya, kami sedikit teruja untuk explore Seogwipo ini dengan scooter yang disewa~ 🙄

m

Scooter yang sedia berbakti.

Kami terus ke destinasi pertama, iaitu ke Oedolgae Rock yang terletak kira-kira 15 minit sahaja dari guesthouse (tentunya dengan menaiki scooter).

OEDOLGAE ROCK

n

Bus stop, di Oedolgae Rock.

Oedolgae Rock ini ialah sebuah batu tunggal yang terletak laut. Ada kisahnya, tapi tak tahulah kisah benar atau dongeng lama.

Kisahnya, di zaman Dinasti Goryeo dahulu, ada seorang general yang berperang menentang Yuan. Kemudian dia menakutkan pihak musuh dengan mengatakan Oedolgae Rock itu ialah dirinya, seorang general gergasi. Kemudian pihak musuh pun ketakutan dan membunuh diri. 🙄

l

Sebelum bertemu Oedolgae Rock, kami jumpa ini dahulu. Cantik, kan?

Continue reading

:: Korea Selatan, Day 7: Seongsan Ilchulbong~ ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian ketujuh.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 7 (Wednesday, 17/06/2015)

Hari ini sekali lagi kami mengulang sejarah memburu matahari terbit di negara ini. Kami menjadi lebih berkobar-kobar kerana malam sebelumnya, kami sempat berbual dengan Mr. Kim, pemilik cabin.

Katanya, kami boleh saksikan pemandangan matahari terbit dari sebuah bukit yang tidak jauh di kawasan belakang cabin yang kami duduki itu. Dari bukit itu juga kami boleh lihat Seongsan Ilchulbong dan Udo Island.

It takes about 15 minutes to go there. The ‘entrance’ to the hill is just 100 meters from here,” kata Mr. Kim sambil melukiskan route untuk ke bukit itu.

But of course it’ll depend on tomorrow’s weather too.” Tambah Mr. Kim lagi, sejak beberapa hari itu, langit agak berawan. Jadi mungkin sunrise tidak akan jelas kelihatan, atau tidak kelihatan langsung.

Jadi pagi itu seawal jam 5, dengan bersemangatnya kami sudah keluar dari bilik. Tidaklah awal mana pun kerana Subuh di sini kan seawal 3.40 pagi. Apapun, sejukk!

1

‘Entrance’ untuk naik ke bukit tersebut.

Langkah confident kami terhenti apabila tiba-tiba kami terpandangkan ini:

2

Lihat betul-betul. Ada sesuatu yang sedang merenung tepat ke arah kami. Huhu.

Continue reading