:: Corn Custard Pudding ::

Today’s dessert:

Corn custard pudding (simple)

Corn custard pudding (Maap, simple je plating 🙂 )

CORN CUSTARD PUDDING 

Ingredients:

  • 1 can of Sweet Corn Kernel (I used Adabi’s)
  • 1 can of evaporated creamer
  • 3 cups of water
  • 1 1/2 cups of coarse sugar (you can adjust the amount of sugar, based on your preference)
  • 1 1/2 cups of custard powder

Method:

  1. Mix custard powder and water in a pot. Stir the mixture well, until the custard powder dissolved.
  2. Next, mix all the other ingredients into the mixture.
  3. Then place the pot over low heat.
  4. Keep stirring over low heat until the mixture becomes thick and shiny. *Do not leave the mixture unattended, since this will uneven the custard.
  5. Once the mixture has turned thicker, turn off the heat.
  6. Pour the batter into moulds.
  7. Cool at room temperature or store in refrigerator until the pudding hardens.
  8. To serve, cut into slices after refrigerated. 🙂

Ramadhan kareem! 😉

*My student’s mother said the pudding was delicious. Hee ^^

:: Trifle ::

9 Ramadhan. Konvensyen itu lagi dua hari. Macam nervous pulak nak attend. Tapi kena kuatkan semangat. Hadir, dengan niat nak cari ilmu, cari jalan. Hewhew.

Moga keberkatan bulan Ramadhan mengiringiku ke majlis itu. Moga bermanfaat. Dan siapa tahu, kehadiranku ke konvensyen itu akan mengubahku dan sekaligus membuka jalan untukku? Amiin.

Oh. Kembali ke topik (referring to the post title).

Trifle juga ada dijual di gerai bazar Ramadhan kami. RM3 je sebekas. Murah bangat kan?

image

Senang je nak buat trifle ni sebenarnya. Cuma ianya agak makan masa, sebab berlapis-lapis. Ni resipi dan cara buat: Continue reading

:: Blueberry Cheesecake untuk Emak ::

As obviously mentioned in the post’s title above, last week, I made a Blueberry Cheesecake for my mother. First time buat sendiri.. Dan first time makan jugak! 😎


[ 10-05-2012: Happy 49th birthday, Emak ]

The original recipe is from Kak Azizah. Budak2 kampus sure kenal kakak ni. Semua pakat order kek kat kakak ni ja kalau nak celeb apa-apa. The recipe below is in my version (edit skit2 la..). 😉

Blueberry Cheesecake (chill, no bake)

Ingredients:
2 cup cracker crumbs (saya guna crushed Marie crackers saje..)
2/3 cup margarine (cairkan)
500 gm cream cheese (saya guna Philadelphia cream cheese)
2 teaspoons Halagel gelatin powder (akan dilarutkan dalam 1/4 cup of boiling water)
400 gm condensed milk (saya guna susu pekat Marigold yang dikurangkan skit daripada 1 tin)
1/3 cup lemon juice
2 tablespoons of grated lemon peel

Directions:
1. Combine cracker crumbs and margarine, press onto the bottom of a cake board (I used an adjustable cake ring). Then chill the pressed crumbs + margarine in fridge, for about half an hour.

2. Beat cream cheese by using electric mixer until smooth. Meanwhile, soften gelatin in boiling water, stir over low heat until the gelatin dissolved.
3. Gradually add the gelatin to the cream cheese, mix them at medium speed until well blended. Then blend in lemon juice and grated lemon peel.
4. Pour the filling into the crust. Cover, and then chill in fridge for overnight.
5. Lastly, remove the cake ring and top the cheesecake with blueberry topping jam/blueberry preserves. 🙂

* Sorry for the blur photos. I took the photos by using my handphone yang tak canggih tuu..

:: Iftar 8th Ramadhan, 1432H ::

Isnin. Sebilangan besar housemates sudah pun kembali ke hostel. Riuh sikit rumah. Ada jugak yang belum balik. Orang jauh,  Kelantanese.

Dan bila dah ramai ni, semangat pulak masak untuk rumah 😎 . Aish.. Bile diorang takde pun semangat jugak.. 

Iftar 8th Ramadhan.

Main dish: Oat porridge, with minced meat.

Bahan-bahan: Quaker Oat, minced meat, carrot, capsicum, potato dan bahan2 tumis lain.

Sebenarnya selalu je sahur/berbuka dengan bubur oat ni awal-awal Ramadhan hari tu. Tapi biasanya buat simple2 je, makan dengan ikan bilis atau ikan masin, tak bersayur pun.

Side dish 1: Popia goreng spesel.

Bahan-bahan: Kulit popia dan inti (maggi goreng, minced meat, capsicum & carrot).

Side dish 2: Cucur kurma Zahidah.

Bahan-bahan: Tepung gandum, kurma, serbuk badam, gula.

Alhamdulillah, rezeki. Sampai ke moreh makan beramai-ramai 😀 .

***

Alhamdulillah.

“Whosoever is not thankful with a LITTLE won’t be thankful with a LOT.” [HR Ahmad]

:: Hijau Putih ::

Projek semalam: Seri Muka.

First time buat sendiri. Selama ni sama ada mak buat, atau beli. Tak tau la mimpi apa tiba-tiba nak try buat sendiri. Bulan puasa ni pelik-pelik pulak… 

Refer resepi kat internet je, since malas nak kacau mak kat rumah. Dan alhamdulillah, jadi 😀 !

Bahan-bahan untuk pulut (putih):

  • 50gm santan serbuk di campur dengan 2 cawan air
  • 1 s/t garam masukkan ke dalam santan
  • 500gm beras pulut
  • 2 s/m minyak masak

 

Bahan-bahan bahagian atas kuih (hijau):

  • 2 s/m pandan paste <– saya ganti dengan perisa pandan + pewarna hijau
  • 1/2 s/t garam
  • 3 biji telur
  • 100gm santan serbuk di campur dengan 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 s/m tepung jagung
  • 1 cawan gula

 

Cara:

  1. Rendam beras pulut selama 20 – 30 minit. Kemudian toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dlm pulut tadi. Kemudian masukkkan minyak masak.. Gaul rata.
  3. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Kukus selama 20 – 30 minit kedlm pengukus yang telah panas.
  4. Untuk bahagian atas kuih.
  5. Satukan kesemua bahan. Dan pukul hingga adunan sekata.
  6. Bila pulut telah masak, padatkan pulut tadi. Tapis adunan sebelum di masukkan ke atas pulut. Kemudian kukus sekali lagi adunan tersebut bersama dgn pulut yang telah masak.
  7. Kukus lebih kurang 30 – 45 minit.

 

Al-hasil:

Sedap la jugak (orang yang kata), walaupun banyak guna bahan-bahan yang tak fresh (santan serbuk, perisa pandan je..). <– Biasa la duk hostel ni, susah skit nak dapat daun pandan, santan perah, etc. 😉

Sebenarnya bukannya semangat sangat nak makan kuih ni. Tapi, puas hati la skit, dapat buat. Belajar2.. Dan, best 😀 . Dapat bagi orang makan untuk sahur kat masjid pagi tadi~

:: Bebelan ::

Lama tak bebel kat sini (lama la sangat, padahal baru seminggu..)

Ok. Fine. Tak lama. Baru seminggu. Tapi sangat banyak perkara yang terjadi dalam tempoh sesingkat itu..!

Final exam week was over. Break between semesters pun was just over. Mana taknya, the break was only a week. Sistem baru di kampus. Trimester. Makna kata, sekarang dah start dah pun semester baru. Yup. New semester. Yang akan habis on this September pulak.

FINAL EE PAPER

As mentioned in the previous post, my final exam ended on last 15th. Paper final itu adalah paper Electrical Machines II. Sedar atau tidak, itu adalah paper subjek EE terakhir yang saya ambil dalam menghabiskan study saya dalam course ini. Maknanya, lepas ni (baca: semester baru ni) dah tak belajar subjek EE. Hanya tinggal subjek management. Dan itu… menyedihkan 😦 . Sebab, saya suka EE, er.. to be specific, Electrical (baca: bukan Elektronik). Saya suka Electrical sebab banyak involves calculation.

Statement 1: Saya suka Maths.

Statement 2: Subjek Electrical banyak involves Maths.

Conclusion: Saya suka subjek Electrical.

Tapi hidup perlu diteruskan.. Untuk final paper tersebut, saya memang pulun habis (even until the very last minute~). Malam sebelum exam, boleh pulak satu kampus black-out. Kelam kabut dan cuak. Dua sebab. 1- Guane nak study gelap2 tu?? 2-  Er.. Ramai yang dah tak de kat kampus time tu.. Even my housemates pun ramai yang dah balik sebab diorang dah habis exam. Maka di rumah itu tinggallah Najah dan saya, yang ambil subjek EM II ini. Memang tak ‘seronok’ la tinggal bergelap macam tu kan. So kami putuskan untuk cari tempat yang ada sumber cahaya..

Lepas Maghrib tu, kami keluar. Berkereta. Masa tu baru realize yang rupanya memang the whole kampus gelap gelita. Hatta masjid yang besau tu pun gelap. Baru ingat nak study kat situ. Ada satu bangunan yang bercahaya. Tapi.. Macam tak sesuai je nak study kat situ.

Akhirnya kami keluar kampus. Dan entah macam mana, lepas tu kami dapat study di sebuah sekolah agama rakyat berdekatan (ni kes malas nak cite panjang).

Sebelum balik: Senaraikan semua formula yang perlu dihafal.

Betul, kami study kat situ. Sampai pukul 1 pagi! And the rest is history.

Yang pasti, pagi tu memang berkobar-kobar betul (plus berdebar-debar) pergi exam hall. Alhamdulillah, rasa macam boleh jawab dengan baik. Semoga OK la final paper EE ku itu.. Amiin.

CUTI

Cuti seminggu saya dipendekkan jadi 3 hari. This was due to beberapa hal yang perlu disettlekan sebelum bermula semester baru. Memang tidak seronok. Mana taknya, awal-awal lepas tahu timetable exam, saya dah start plan cuti saya. Plan asal: Balik right after habis exam, then kalau kene balik kampus awal, should be no prob. Malah, berdasarkan plan itu, saya mungkin dapat hadiri walimah ex-schoolmate saya, Dewi Aulia pada 22nd hari tu (kat Teluk Intan je!).

Unfortunately.. Plan itu gagal.

Well, we plan, He plans too. And He’s the best planner ever.. Saya tak dapat balik kampung pada hari exam habis. In fact, 5 days lepas tu baru dapat balik. Memang sadis. Tapi sabaq ja la..

Jumaat tu, saya balik kampung. Cam besa, naik tren. Alhamdulillah, dapat jumpa family. Pagi Sabtu tu, buat pertama kalinya, dapat main basketball dengan Along & Alang (well actually Alang tak main pun. Dia ‘pantau’ dari jauh je). It was fun la jugak (walaupun tak meriah sangat, sebab main 2 orang je).

Lepas main, saya ke rumah Nashriyyah. Ziarah. Merangkap.. Aha. Nak ambil kiriman saya. Contengan Jalanan yang dibeli kawan Nash di PBAKL hari tu~

Dalam ziarah yang hampir dua jam tu, macam-macam la yang dibualkan. Bukan senang nak jumpa makcik ni walaupun jarak masa rumah kami hanyalah dalam 15 minit..! At the end of the ziarah, Nash gave me a pendant. A quantum pendant.

Haila.. Mengharukan la makcik ini.. Saya speechless sebenarnya (walaupun Nash pernah bagitau, memang dia nak hadiahkan saya pendant tu). Kenapa la susah2 Nash.. Anyway, thanks buddy. Jazakillah khairan kathira. Tahniah – sebab dah dapat kerja. Semoga dipermudahkan urusan mencari rumah sewa 🙂 .

Petang tu, saya ada projek di rumah. Projek 1: Lasagna.

Yup. Masak~  (bukan melukis)

Jangan tanya kenapa tiba-tiba nak buat projek ni. Memang tak de kaitan dengan sesiapa pun. Saje. Nak try. First trial: Harusla saya refer resepi kan.. Saya refer sini.

Alhamdulillah. Menjadi.

Lasagna (mincemeat): Bahagian permukaan atas nampak macam hangit, tapi actually tak pun. Ok je. Itu la part paling sodap. Cheesy~

Ahad pagi (22nd). Saya masih di rumah. Bermakna, memang tak de harapan untuk ke walimah Dewi nun di Perak. Sorry, Dewi. Hanya doa mampu diutus. Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair, insyaAllah. Mabruk ‘alaikuma, pengantin baru 🙂 .

Maka pagi itu saya keluar dengan Adik pulak. Shopping sikit untuk Adik yang akan start ke Matrik esoknya. Waduh. Memang tak sempat rehat. Rasa macam mak orang pulak~

Balik petang tu, ada projek lagi di rumah.

Projek 2: Peach Cobbler (er… ini ade kaitan dengan sesuatu, iaitu: Novel. 5 Tahun 5 Bulan)

Walaupun ada kaitan dengan novel, still, jangan tanya, kenapa tiba-tiba nak buat Peach Cobbler ini. Rasa nak try, try aje la 😎 . Lagipun, ade ke novel lain yang ade attach resepi kat bahagian appendix?? Tak de kan..

Unfortunately.. Projek 2 ini gagal. Resepi dalam novel itu.. Er. Salah ke? Macam salah la jugak. Since dalam tu suruh cairkan mentega then baru campur dengan tepung+susu+gula. Setelah postmortem, saya mendapati, sepatutnya mentega ataupun butter itu dipukul dahulu dengan gula, then baru masuk susu, then baru masuk tepung.. Baru la jadi. Mana la mentega cair tu bleh ‘bergabung’ dengan tepung+susu+gula tu kalau dia cair. Erk. Bebelan apekah ini? Ok, kalau tak faham tak pe. Tapi kalau nak fahamkan jugak, boleh PM later. Saya akan describe dengan segala teori fizik berserta figure kalau perlu 😎 .

NEW SEMESTER

New sem started Isnin (23rd) hari tu, yakni hari saya pulang ke kampus. Semester baru, semester akhir, insyaAllah. Dua subjek untuk dihadapi, dan keduanya adalah subjek management: 1- Human Resource Management. 2- Operations Management. Tabahlah.

Selamat2. (wish diri sendiri.. macam tak ikhlas je 😎 )

– Bebelan tamat –

:: Bubur Jagung ::

Hm.. Ape kes ni, post utk category Masak2~ ade satu je..??

Hu. Yup. Sebelum ni, ade satu je post yang ‘berjaya’ dikategorikan dalam kategori tu. Ni yang kedua le. Tak sempat maa, nak ‘goreng’ bab ni.

Sekarang, sejak berpraktikal (tinggal kat rumah sewa), most of the time masak sendiri. Tapi masa still menyewa kat Kemasik (sekarang dah pindah ke Kerteh) dulu, boleh kata lagi selalu masak.

Partner memasak yang memang ngam: Sharina. Citarasa hampir 96.5% serupa (kecuali satu, Sharina kureng tahan pedas). Dengan Sharina, kitorang siap ade KPI (Key Performance Indicator) lagi tuu. Sharina nak ‘major’ in Lauk-Pauk. Me? Tak kisah. Semua. 😀

BUBUR JAGUNG

Back to the post’s title, bubur jagung. Huu.. Favourite (dikenalpasti sejak sekolah menengah – masa Form 2 rasenye – penangan bubur jagung bazar Taiping). Baru-baru ni teringin pulak nak makan bubur jagung. Tak ingat bile last makan, tapi rase macam dah lame tak makan.

Mengidam punye pasal, hari Rabu baru2 ni singgah le Pasar Malam Paka. Beli jagung 8 tongkol. First time beli jagung mentah sendiri.

Khamis. Masa lunch hour, balik rumah sekejap, untuk sediakan bahan-bahan untuk masak bubur jagung untuk santapan berbuka puasa. Semangatt~~

Office hour untuk hari Khamis sampai pukul 4 petang (pantai timur kan…). Balik keje, lepas tolong hantarkan Mariam yang nak balik Kelantan (hantar sampai PGB Paka je), terus balik rumah. After solat, bla, bla…

Start masak.

Simple je masak bubur ni sebenarnye. Bahan2nya pun tak banyak and tak susah nak cari.

Jagung – hiris

Santan

Daun pandan

Sagu – optional. Tapi lagi cam best kalau ade.

Gula, garam..

‘Campak’ je semua tu dalam periuk. Cumanya, mak pesan, untuk santan tu – kalau boleh, asingkan patinya. Masukkan pati santan tu bila semua bahan-bahan lain yang dah masuk tu dah macam nak mendidih. And, kalau rase kurang air, tambah le (especially kalau ade letak sagu, sbb sagu serap air kan).

* gambar hanya hiasan

Alhamdulillah, menjadi first trial ku. Maghrib tu berbuka meriah. Ade bubur jagung~