:: メレットくん ::

私: メレットくん、起きなさい!もうすぐ試験だよ!

猫: やだ~ この際、もう勉強したくない!

Advertisements

:: Anak Kucing & Strok Haba ::

Petang tadi ada tuisyen di Sri Rampai. Di rumah pelajar itu ada beberapa ekor kucing, dibela di luar rumah.

Sebelum ini, hanya ada seekor anak kucing yang diletakkan di dalam sangkar, kerana takut dilanggar kereta. Kucing itu berwarna oren.

Sebaik sahaja sampai tadi, ternampak pula seekor lagi anak kucing di dalam sangkar, bersama si oren. Spontan saya tegur,

“Eh, ini ‘siapa’ pula?” tanya aku kepada Nini, yang sedang menarik pagar.

“Anak kucing baru. Ada orang bagi,” jawabnya sebelum menyambung, “Comel kan?”

“Comel, hidung pink!” balas aku sambil melihat kucing yang sedang duduk dengan kepala yang diletakkan di atas tangan.

Nini dan aku masuk ke dalam rumah dan tuisyen Matematik berjalan seperti biasa.

Hampir dua jam kemudian tuisyen berakhir dan aku bangun meminta diri. Ada satu lagi sesi tuisyen di Setiawangsa selepas itu.

Di luar rumah, kucing oren mengiau-ngiau kuat.

Sedang aku ralit menyarungkan kasut, tiba-tiba Nini yang sedang membelek-belek sangkar kedua ekor kucing tadi bersuara,

“Eh. Kenapa ‘dia’ ni cikgu? Mati ke?” Nini memaksudkan anak kucing yang baru itu.

“Ha? Kenapa pula??”

“Dia tak bergerak.”

Aku menghampiri. Mata kucing itu tidak berkedip. Tetapi badannya masih turun naik, bernafas.

“Eh. Air apa tu?” Ada lendiran jernih membasahi pipi anak kucing. Aku fikir air dari matanya. Rupa-rupanya dari mulut. Air liur.

Dipendekkan cerita, kami ambil keputusan untuk terus ke klinik. Badannya belum sejuk dan belum mengeras. Jadi masih ada harapan, fikirku.

Klinik yang terdekat tutup. Kami ke klinik lain. Alhamdulillah buka dan tidak ramai pengunjung.

“Suhu badannya panas, 41°C,” kata vet yang memeriksa. Tidak lama selepas itu beliau berikan suntikan untuk menurunkan suhu badan.

Selepas bertanya itu ini dan memeriksa mata, mulut dan respon kucing terhadap deria lain, vet menerangkan, kucing ini mungkin mengalami seizure akibat heat stroke.

Allah.

Pernah dengar tentang serangan strok haba terhadap kucing. Tapi tak sangka pula itu yang berlaku.

“Kucing ni 50-50. Kalau dia dapat terus hidup pun ada kemungkinan otaknya terjejas. Mungkin ada kesan-kesan lain,” terang vet itu lagi.

Aku terpaksa tinggalkan Nini di klinik kerana ada tugasan mengajar di tempat lain. Mulanya nak batalkan saja tuisyen yang seterusnya itu, tapi apabila Nini beritahu ibunya akan sampai sebentar saja lagi, aku minta diri.

Beberapa minit selepas Maghrib tadi, ibu Nini menghantar gambar kedua dan memaklumkan,

“Allah lebih sayangkan Kecik.”

Ternyata menjaga kucing bukan mudah (terutamanya anak kucing yang belum kuat).

Hati perlu tabah.

Kepada semua cat parents, pantau kucing anda di hari-hari yang panas ini. Galakkan kucing minum air dan sesekali perhatikan juga keaktifannya.

Patutlah kucing oren kuat mengiau-ngiau sebelumnya. Ia mahu memanggil dan beritahu kami, ‘adiknya’ yang satu itu sedang kesakitan.

Begitu bahasanya.

Semoga Nini tabah menghadapi kehilangan.

:: Mellet dan Vaksin Tahunan ::

Sekitar perbualan pagi tadi, di klinik veterinar.

“Ada masalah pernafasan tak?” tanya doktor sambil membelek-belek Mellet.
“Kucing saya ni?” tanya aku, untuk kepastian.
Doktor mengangguk.

Aku hairan. Tak pernah pula veterinarian tanya aku tentang pernafasan kucing. Macam mana nak tahu kucing ada masalah pernafasan?

MEL 

Teringat masa mula-mula bela kucing dulu. Masa pertama kali Mel demam. Kalau kalian masih ingat sekitar Julai 2012, kucing oren yang pernah disahkan menghidap FeLV (Leukemia), FIP dan liver problem yang pernah aku usahakan pencarian blood donor di Facebook dulu. Itulah Mel.

Kerap kali juga aku terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan Mel yang sakit teruk ketika itu.

Rakan sepejabat pernah bertanya satu soalan yang aku kira, logik juga.

“Macam mana kau tahu kucing kau demam?”
“Badan dia panas,” jawab aku, ringkas.
“Bukan badan kucing memang panas ke?” Betul juga.
“Sebab aku selalu pegang dia. Lebih panas daripada biasa.”

Itu jawapan aku dahulu, masa tak ada ilmu langsung pasal kucing.

Kalian tahu, ketika itu sebenarnya Mel sakit serius. Demam, kebah. Kemudian demam, dan kebah lagi. Mel tak mahu makan selama hampir seminggu. Aku yang tak tahu apa-apa cuma cuba Google, baca itu ini.

Dan akhirnya pada satu malam, badan Mel tidak lagi panas. Sebaliknya, sejuk. Telinga dan tapak kaki Mel sejuk. Pucat. Macam tak ada darah langsung.

KECEMASAN

Ketika itu juga, lebih kurang jam 11.00 malam, aku bawa Mel ke Bahagian Kecemasan di sebuah klinik haiwan swasta di Jalan Tun Razak. Aku ke sana kerana klinik itu beroperasi 24 jam.

Di situ barulah aku tahu betapa teruknya keadaan Mel. Mel sudah di hujung nyawa. Kata doktor yang bertugas pada malam itu, Mel was lucky and strong, kerana bertahan dengan seminggu tidak makan. Kalau kucing lain, mungkin sudah keras, tidak bernyawa.

Esoknya, aku bawa Mel ke Hospital Veterinar UPM di Serdang. Dan Mel terus ditahan di wad dan seterusnya didiagnos dengan segala penyakit yang aku nyatakan di awal cerita tadi.

Aku memang blur habis. Tak ada knowledge langsung pasal kucing. Zero!

PERTAMA KALI

Pertama kali aku dengar segala nama penyakit kucing. Pertama kali aku dengar tentang option untuk PTS (put to sleep). Pertama kali aku perlu mencari penderma darah kucing (tak sangka betul, kucing juga boleh dilakukan pemindahan darah).

Memang satu pengalaman yang takkan aku lupakan.

Apapun, alhamdulillah, Mel berjaya dirawat. Penderma darah adalah Kitty, kucing milik seorang wanita yang aku temui di hospital yang sama.

Sejak itu aku belajar sedikit sebanyak  tentang kucing. Aku ambil peduli tentang vaksin tahunan kucing, deworm, spay and neuter, segala. Dan pastinya, masih banyak yang aku belum tahu.

Antara tips terpenting untuk tahu sama ada kucing sihat atau tidak adalah berdasarkan selera makannya. Kalau sudah sampai tiga hari tiada selera makan, memang ada masalah. Terus saja bawa berjumpa vet. Bukan semua benda boleh di-Google.

MELLET

Jadi, kembali semula ke cerita paling atas. Doktor mengagak Mellet ada masalah pernafasan kerana hidung Mellet bengkak sedikit di bahagian tulang hidungnya. Aku juga tidak pasti. Sebab rasanya hidung Mellet memang begitu. Hopefully, tiada yang serius.

Akhirnya, seperti tujuan asal ke klinik, Mellet cuma divaksin.

#sharingiscaring