:: Darah tumpah di UPSI ::

Hari ni negaraku Malaysia digemparkan dengan peristiwa berdarah di UPSI.

Darah. Dan ini bukan lakonan. Bukan sandiwara. Sedih bila ada yang kata mereka2 yang terlibat ni berlakon, cederakan diri sendiri, dan sebagainya.

Personally, saya rasa perkara polis-belasah-orang ni bukanlah perkara yang baru. Kezaliman. Kekejaman. Memang tak de perikemanusiaan. Ramai yang mula buka mata. Ramai yang nampak dengan mata kepala sendiri pun. Sebelum ni kecoh dengan kezaliman polis dan FRU di Bersih 2.0. Dan tengah malam tadi, dalam pada rata-rata penghuni seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru, ada darah yang tumpah di UPSI. Darah mahasiswa.

Saya yakin dah ramai yang telah pun mengetahui apa kisahnya dengan demo di UPSI ini. Berita dan cerita telah pun tersebar luas di internet, dari laman sosial hinggalah ke sumber media alternatif. Ada yang benar, dan ada fitnah.

Isu turunkan bendera masa nak sampaikan memorandum mansuh auku di PWTC (baca penjelasan Adam Adli dalam temubual dengan wartawan di SinarHarian).

Protes di UPSI awal pagi 1 Januari 2012, 2 orang parah dan 17 orang ditahan (baca di Malaysiakini dan di HarakahDaily , tonton di Youtube).

Ape kes nak leraikan perhimpunan setakat berapa orang students tu sampai nak belasah orang sampai parah kawan tu?? Seriusly, wonder. Ape la yang ditakutkan sangat dengan mahasiswa tu? Bukannya diorang nak fight for mana-mana parti politik ke ape pun. They’re just fighting for their rights. Mansuhkan AUKU. Berapa kali buat pindaan pun sama je. Nak suruh buat macam mana baru nak take serious action? It’s obvious la.. Ade something yang ditakutkan kerajaan BN ni. Takut sampai dengan mahasiswa pun boleh dibelasah sampai nak nazak orang tu.

Besar sangatkah salah mahasiswa2 ini, untuk menegakkan hak mahasiswa?

Sudah2lah tu. Polis, BN, UMNO, Najib, semua memang tak boleh harap. Corrupt.

Dari Facebook Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal:

Zaharuddin.net

Janganlah memukul mahasiswa yang tidak sealiran sebegitu teruk sehingga patah tulang dan kecederaan serius yang lain. Tindakan kekerasan hanya akan menambah kebencian dan mencetus keinginan pihak lain membalas kekerasan. Mahasiswa generasi muda beridealism yg perlu ditangani dengan aqal & minda, bukan dengan belantan dan pukulan. Jika benar mereka ‘salah’, jemput mereka bertemu & bincang atau debatlah.

Hasrizal Abdul Jamil

Semoga anak-anak saya mendapat peluang sentuhan pendidikan oleh guru-guru pejuang dari UPSI!
Ya Allah, kami serahkan kepada-Mu batang tengkuk leher musuh-musuh itu!

Allahu Akbar.

Semua tahanan diberitakan telah pun dibebaskan petang tadi. Alhamdulillah. Sementara Safwan telah pun stabil di hospital.

:: Eclipse ::

Eclipse. Gerhana.

Solar eclipse. Gerhana matahari.

Rase macam baru aje post pasal gerhana matahari ni.. Yup. Last year. In January jugak. (klu lupe bleh click Gerhana Matahari 26 Jan 2009)

Kini gerhana matahari datang lagi. But this time, it’s an annular solar eclipse. Gerhana matahari anulus. Atau dalam bahasa mudah skit, gerhana matahari separa. Fenomena ni happens when the sun is visible like a ring of fire with the moon darkening the center of the sun (ala-ala golden ring gitu).

————————————————–

Berite berkaitan:

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai ‘gerhana matahari anulus’ pada 15 Januari ini antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan ‘sentuhan pertama’ bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

Langkawi adalah lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam,” kata agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan ”Dawn of the Space Age” dan ”SOS Planet” di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta ”Eclipse Mints” akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sains Negara dalam kenyataan di sini hari ini berkata pusat itu akan ditutup kepada orang ramai dari 18 Jan hingga 31 Mac untuk kerja pengubahsuaian. Ia akan dibuka semula pada 1 April depan.

Sumber: Tranungkite Online Forum

:: 50% Off From CELCOM ::

Good news~ 😎

50

Friday, October 2nd, 2009 02:08:00

GOOD news for all Celcom users.

The telecommunications service provider is offering a 50 per cent discount for 24 hours on all voice calls within its network nationwide, from 12.01am to 11.59pm today.

For postpaid customers, the discounts will be reflected in their upcoming November bills, while prepaid customers will enjoy the discounted rates immediately when making calls.

“This is our way of saying thank you. We value the continued support given to us over the years and hope to grow the relationship with our nine million satisfied customers,” said Celcom (M) Bhd chief executive officer Datuk Seri Shazalli Ramly.

“Celcom will continue to fulfil its promise of providing the best service anytime anywhere. Our service quality remains unmatched, as does our unrivalled coverage. We regret the service interruptions that recently affected some customers, but we are fully committed in ensuring that our service remains the best, as has been shown in all independent audits.

“We want our customers to be assured of our superior value and service at all times. ” said Shazalli.

———————————————————————————————–

Berbaloi-baloi~ He. 😀

CelcomLogo

Source: The Malay Mail (http://www.mmail.com.my/content/14668-50-cent-celcom)

:: 2 Kampus UiTM ditutup! ::

480 pelajar disyaki alami simptom H1N1 diarah dikuarantin

uitm

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang dan kampus Seri Iskandar, Perak ditutup selama seminggu mulai semalam, selepas kedua-duanya me-laporkan ada pelajarnya disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

UiTM Permatang Pauh ditutup berikutan 10 pelajar disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1), manakala 200 yang lain mengalami simptom wabak itu.

UiTM Seri Iskandar ditutup bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan selepas 280 pelajar universiti itu disyaki mengalami simptom virus H1N1

Arahan penutupan kedua-dua kampus itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan melalui pengurusannya.

Di GEORGETOWN, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, negeri, Phee Boon Pooh, berkata semua pelajar yang disahkan positif itu menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan keadaan mereka stabil selepas menerima rawatan awal.

“Semua 200 pelajar yang ada simptom itu diarah dikuarantin di asrama dan rumah. Mereka sudah diberi panduan berkaitan kuarantin.

“Arahan penutupan seminggu itu wajar bagi mengelak kira-kira 5,000 pelajar yang menuntut di kampus berkenaan dijangkiti wabak H1N1,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tinjauan Berita Harian di kampus itu mendapati, premis berkenaan sibuk dengan kenderaan keluar masuk membawa pelajar sebaik saja arahan penutupan dibuat.

Suasana kampus terkawal walaupun kebanyakan ibu bapa pelajar dikatakan terkejut dengan arahan itu yang dilaksanakan serta-merta.

Di IPOH, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata penutupan itu terpaksa dibuat berikutan peningkatan mendadak daripada 55 kes kelmarin, kepada 280 kes, semalam.

“Walaupun keadaan masih terkawal, tetapi pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengelak penularan wabak lebih serius. Pelajar terbabit dihantar ke rumah masing-masing dan dikuarantinkan,” katanya.

Beliau berkata, universiti itu diarahkan tutup sehingga 30 Julai ini dan kira-kira 10,000 pelajar serta kakitangannya diarahkan pulang ke rumah masing-masing serta dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar mereka.

“Diharapkan semua pihak tidak panik. Walaupun ia merebak dengan cepat, tetapi tidak serius. Apa yang penting kita mengambil tahu semua aspek kesihatan terutama menjaga tahap kebersihan diri serta mengikuti semua langkah pencegahan yang disarankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

::Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan – Kembali Ke Rahmatullah ::

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun..

ust.dr.fathiyakan

Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan
meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.

Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara
merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di
dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.

Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.

Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.

mazaa ya'ni intima'i lil-islam

golonganygtercicir bahtera penyelamat

Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Peranan beliau  di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.

Pautan lain:

http://www.ikhwan-jor.com/

http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=43301

http://mohamadzulfadhli.blogspot.com/2009/06/di-sebalik-kejernihan-wajahmu-fathi.html

:: Siapa MB? – Esok Keputusan ::

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) – Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato’ Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato’ Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut Image

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

:: Nizar Rayu Tolak Keputusan Mahkamah Rayuan ::

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei

KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) – Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Ramly Ali membenarkan Dato’ Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

:: Lagi Isu Di Perak ::

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Menurut laporan penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas, demikian lapor Malaysiakini.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.