:: QOTD #120 ::

言葉の学習には繰り返しが必要です。

Advertisements

:: Bisik Pada Langit ::

Tempoh hari, setelah agak lama juga tidak memberi cuti kepada diri sendiri, aku keluar bersama sepupu yang paling dekat di hati. 

Bila Anis kata mahu datang ke rumah pada cuti hari Deepavali, aku terus reschedule segala kelas yang ada pada hari itu. Jarang-jarang aku cuti ketika orang lain bercuti.

“Merdeka pun ada tuisyen ya,” seorang bapa kepada pelajar pernah berseloroh.

“Cikgu raya kat sini ke? Kalau raya kedua nak buat tuisyen OK ke?” tanya seorang lagi pelajar lain, mungkin berdebar kerana peperiksaan percubaan SPM di sekolahnya betul-betul selepas cuti Hari Raya Aidiladha.

Minggu ini cuti sekolah. Jadi, pada waktu pagi pun aku ada tuisyen. Ada pelajar yang balik dari asrama, ada juga yang memang mahu tukarkan tuisyen ke waktu pagi. Jadual agak padat. Maklum saja, SPM tinggal kurang sebulan lagi!

Kembali kepada topik asal, aku dan Anis memutuskan untuk ke KLCC. Bila difikirkan, sudah lama juga aku tidak jejakkan kaki ke sana. Ini kali yang pertama buat tahun ini (2017 hanya tinggal lagi dua bulan). Tahun lepas, mungkin cuma sekali juga. Eh, yakah? Aku pun tak ingat.

Ada dua agenda kami ke KLCC hari itu. Satu, mahu ke Kinokuniya. Dua, ke TGV Cinema untuk menonton Bisik Pada Langit. Continue reading

:: Heartbreaking ::

​And do not say about those who are killed in the way of Allah, “They are dead.” Rather, they are alive, but you perceive [it] not.

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient, who, when disaster strikes them, say, “Indeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return.”

(Al-Baqarah, 2: 155-156)

I came across these verses when I was reciting the Quran just now. The timing, was just perfect.

One of the beautiful things about reciting the Quran (and its translation) is that it feels like Allah is talking to you, telling you things that you might have overlooked, forgotten, and more imporantly, most of the times, these, really give some peace and tranquility to the heart. It’s the inexplicable truth of the divine and holy Quran, I would say.

My deepest condolences to the family of the Pusat Tahfiz incident, for their loss.

It’s really a sad thing, and even heartbreaking, to know that such fire incident was purposely caused by a number of young teenagers.

Just what kind of world we are living in… 😢😢😢

May Allah guide us to the right path, protect us from misguidance and evil temptation, until the end of our life.

Al-Fatihah.

:: QOTD #117 ::

Saw this on twitter:

​Ramadan leads people who never prayed to pray. Don’t laugh about someone who might find his turning point in these blessed days.

Just because you’ve never made a mistake before, doesn’t mean you’ll never ever make one. 

Al-iman yazid wa yanqus.

We are human being, with so many flaws. We make mistakes in life ー so many of them to the extend that sometimes we don’t even realise we’re making one. 

May Allah leads our way, whenever and wherever we are. 

Ramadan kareem, people. 

:: 99 CdLE ::

Membaca naskhah ini membuatkan aku terasa seperti bersama-sama penulis ke segenap kota Vienna, Paris, Cordova, Granada, Istanbul dan Mekah.

Meskipun sudah aku tonton adaptasi filemnya, ternyata tulisan asal Hanum Salsabiela ini lebih menyentuh dan terasa dekat sehingga ada bahagian yang bisa menerbitkan airmata.

Sebuah perkongsian pengalaman penuh fakta yang sangat menyentuh dan bermakna dalam menjejak sejarah peradaban Islam di bumi Eropah.

Ini benar-benar membuakkan rasa untuk menjejakkan kaki ke sana. Bukan sekadar berjalan mengagungkan binaan dan kemajuannya, tetapi untuk melihat sendiri bukti tinggalan sejarah khususnya sejarah Islam yang sudah berabad lama menapak di sana.