:: 31 Jan 2009 – Satu Meriam Jatuh di Timur Gaza Diiringi Derungan Pesawat Tempur Israel ::

Gaza – Palestinkini : Pasukan Israel kembali menggempur wilayah utara Gaza dengan bom kereta kebal, dilindungi pesawat tempur mereka.

Sumber di sasaran menyebutkan, pasukan Israel melepaskan roket-roketnya ke ladang pertanian penduduk di sebelah timur Gaza. Sementara di atasnya berputar-putar pesawat tempur apache untuk mengamankan operasi seranganya.

Menyusul serangan ini, timbul kekhuatiran di kalangan warga awam akan adanya serangan susulan terhadap warga awam di wilayah tersebut. Apa tah lagi sebelumnya, harian Israel, Aharetz Jumaat (30/1) mengumumkan, bahawa tentera Israel akan melancarkan operasi serangan secara kecil-kecilan terhadap target pejuang di Semenanjung Gaza, sebagai serangan balasan atas gempuran roket pejuang ke Kesuvem yang melukakan tiga askar Israel dan kehancuran dibeberapa tempat strategik.

Keputusan ini diambil berdasarkan perbincangan tertutup yang diketuai Ehud Olmert Khamis malam (29/1) bersama menteri pertahanan Ehudd Barak dan menteri luar Tzipi Livni.

:: Tentera Israel Gunakan Senjata Pemusnah Membuat Tubuh Mencair ::

Gaza – Palestinkini : Direktor Perkhidmatan Ambulans dan Emergency Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Hasanain mengungkap tentera Israel menggunakan senjata pemusnah untuk pertama kalinya dalam keganasan di Semenanjung Gaza. Dia mengatakan, “Saya belum pernah menyaksikan seperti ini sebelumnya. Bom ini membuat tubuh manusia melncair dan hanya tinggal rangka tulang.”

Dr. Muawiyah mengatakan, “Ini yang kami nyatakan ketika kami bertolak ke menara al Karamah. Kami keluarkan dari sebuah bilik 3 korban syahid yang dagingnya melebur, tiada tersisa pada tubuhnya kecuali tulang belulang. Ia menegaskan bahawa bom yang digunakan Israel ini sangat-sangat membunuh yang membuat tubuh korban mencair. Apa yang saya saksikan tidak tergambarkan dan tidak mungkin diperlihatkan.”

Dia menambahkan, “Dan juga di daerah Tel Islam (Tel Hawa), di bilik dan menara yang mendapat gempuran, ada zat yang menyerupai sperti serbuk yang memberi kesan samping mematikan. Di antaranya adalah susah untuk bernafas dan tidak mampu bernafas serta panas yang sangat tinggi yang ianya bekerja untuk menghuraikan tubuh badan.” Dia menyatakan selama memberikan perkhidmatan di hospital-hospital di sana ada banyak mangsa yang anggota tubuh mereka bahagian atas dan bawah terurai (mencair) dan harus diselamatkan segera. Dia menambahkan ada 7 orang gugur akibat terkena kesan panas yang sangat tinggi yang mengenai mereka.

Jenis senjata ini mengingatkan kembali apa yang pernah digunakan pasukan Amerika di Iraq, tepatnya dalam perang yang kedua pada 4 Jun 2003. Di mana pasukan Amerika mengempur bandar Irak dengan senjata rahsia, yang sebelumnya belum pernah digunakan dalam perang apapun yang pernah terjadi. Senjata ini semacam bom dengan kesan terlampau yang dilontarkan ke bandara, tembakan senjata tersebut belum dikenali umum, nyalaan sinaran yang dihasilkan senjata tersebut berwarna merah lembayung. Kesannya lebih besar dari apa yang mungkin diperlihatkan. Mengakibatkan terkupasnya kulit dan daging para tentara Iraq, tiada sisa kecuali kerangka tulang.

:: Hamas-Pernyataan Obama Awal Ketergelinciran Politik Baru Amerika ::

Gaza – Palestinkini: Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan permintaan Presiden Amerika Barrack Obama kepada gerakan agar mengakui syarat-syarat tertentu dan mengakui Israel, sekaligus pernyataannya yang memahami sikap penjajah Israel bahawa keganasannya untuk membela diri, tidak lain adalah awal ketergelinciran politik yang salah bagi pemerintahan baru Amerika.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, dalam pernyataan rasmi, Jumaat (23/01), mengatakan, “Kebijakan yang salah inilah yang menjadi sebab utama penderitaan rakyat Palestin dan penerapan siasatan Israel terhadap rakyat Palestin. Kebijakan yang salah inilah yang telah menghantarkan kepada perang yang memusnahkan warga kami di Semenanjung Gaza.”

Barhum menegaskan apa yang dilakukan gerakan Hamas dan paksi-paksi pejuang tidak lain adalah membela diri dan melindungi kedaulatan rakyatnya, yang dihancurkan kebijakan Amerika yang salah. Dan terakhir adalah kebijakan Presiden Amerika George W. Bush yang menjadi pemimpin kejahatan di dunia.

Hamas menjelaskan, “Yang harus dilakukan Presiden Obama adalah menunjukan sikap-sikap positif yang mendukung keadilan isu Palestin, menghentikan kejahatan koloni Israel, mengakui hak rakyat Palestin dalam membela diri sesuai dengan perjanjian antarabangsa, yang memberi hak kepada bangsa terjajah untuk membela diri dalam menghadap keganasan dari apapun.” Barhum menegaskan, “Pernyataan Obama ini boleh dimanfaatkan oleh koloni Israel melanjutkan siasat pembunuhan dan blockade yang sudah dan sedang dipraktikkan terhadap anak bangsa Palestin.”

:: Article Ramallah lancar kempen burukkan Hamas ::

Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Antara tuduhan mereka terhadap Hamas ialah pemimpin Hamas korup, mencuri dan merompak harta rakyat Palestin. Tujuan propaganda in dilancarkan adalah kerana di saat ini banyak bantuan kewangan yang datang untuk membantu Hamas dan membangunkan semula Gaza. Ini kerana seluruh masyarakat dunia tahu bahawa kerajaan Hamas adalah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. Mereka juga terkenal dengan amanah, komited dan bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestin.

:: Israel Hari Ini Belum Boleh Mengalahkan Pejuang Palestin ::

Doha – Palestinkini: Ketua Biro Politik Gerakan Hamas Khaled Misy’al menegaskan bahawa paksi-paksi Pejuang Palestin, betapapun kehancuran yang terjadi di Semenanjung Gaza, tidak akan menerima syarat-syarat Israel untuk menghentikan serangan. Kerana Pejuang di tanah Gaza belum kalah dan Israel telah gagal di medan perang.

Bercakap atas nama paksi-paksi Pejuang di depan Liga Arab yang diselenggarakan di ibukota Qatar, Doha, Jumaat (16/01), yang dihadiri sejumlah ketua tertinggi dan wakil paksi-paksi Palestin, Misy’al mengatakan bahawa Zionis Israel, meskipun dengan keangkuhannya mereka membunuh kanak-kanak serta menggempur hospital-hospital dan masjid-masjid. Israel melakukan kejahatan. Untuk itu dia menyerukan Liga Arab untuk bergerak mengecam Israel dan mengadilinya secepat mungkin.

Misy’al mengatakan, “Israel hari ini telah menjadi lemah untuk memenangkan atas perang. bagaimana pun kalau menghadapi umat yang bersatu.” Dia menjelaskan bahawa Amerika letika ini tidak lagi memiliki hegemoni dan memaksakan syarat-syarat kepada kita. Amerika telah mengalami krisis akibat pejuang Iraq. Dia meminta negara-negara Arab untuk mengambil alternative-alternatifnya dan menganggap Amerika sebagai musuh.

Misy’al meminta Liga Arab mengadaptasi tuntutan rakyat Palestin seperti penghentian keganasan Israel, penarikan pasukan Israel dari Semenanjung Gaza, penghentian blokade dan pembukaan sempadan. Dia menegaskan, Israel harus bertanggung jawab atas apa yang dialami rakyat Palestin seperti kehancuran dan banyaknya kematian.

Dia menegaskan, “Hak bangsa Palestin melakukan perang dan memperkuatkan perjuangan rakyatnya sampai penjajah lari. Kami serukan untuk menghentikan segala bentuk normalisasi dan hubungan dengan Israel dengan segala bentuknya, melakukan aktiviti memboikot terhadap Israel.” Dia menyerukan dokongan terhadap seruan Amir Qatar dengan usaha Arab kemudian global untuk mengaktifkan kembali Semenanjung Gaza. Dia juga menyeru para mediator Arab untuk memperhatikan kepentingan Palestin.

:: 16 Jan 2009 – Pemimpin Tertinggi Hamas Bersama Anak & 6 Saudaranya Gugur Syahid ::

Gaza – Palestinkini : Pemimpin Tertinggi dan Menteri dalam Negeri Palestin, Said Shiam meninggal syahid bersama tiga anak dan enam saudaranya meninggal sekaligus dibom roket Israel di Yarmuk, Gaza City.

Sumber Hamas menyebutkan, Syaikh Shiam gugur sebagai syuhada bersama anaknya, Muhammad Said Shiam (21 tahun) dalam pembunuhan terbaru Zionis di Gaza kelmarin (15/1). Askar Israel menggunakan sejumlah pesawat tempur untuk memgebom rumah Shiam di wilayah Yarmuk Gaza. Termasuk dalam gugur, saudaranya, Iyad Shiam dan keluarganya yang berada dalam rumah tersebut.

Sumber menambahkan, seorang pengawal Shiam juga terbunuh dalam serangan pembunuhan ini. Juga isteri dari Iyad Shiam dan empat warga lainya yang berada di lingkungan kejiranannya meninggal dunia bersama tiga orang anaknya yang masih bayi.

Sebelumnnya, Menteri dalam Negeri Palestin Shiam mengunjungi keluarganya yang tinggal di wilayah Syaikh Ridhwan, Semenanjung Gaza yang seterusnya digempur pesawat Zionis.

Seketika khabar tentang syahidnya Shiam menyebar ke seluruh Gaza. Pemimpin tertinggi Hamas Said Shiam telah mengikuti jejak para pendahulunya seperti Syaikh Ahmad Yasin, Rantisi, Ibrahim, Ismail Abu Shanaba, Jamal Mansur, Jamal Salim, Shalah Shahadah dan yang baru kelmarin gugur, Syaikh Nazar Rayyan. Semua mujahid ini meninggal dengan cara yang sama, digempur bom Israel.

Syaikh Shiam meninggal syahid, meninggalkan 15 orang anaknya bersama empat orang isterinya.