:: JFKL Library ::

Ini cerita dua minggu lepas.

Selepas ujian Bahasa Jepun Level Intermediate III di ILOHA, aku melencong sebentar ke JFKL (Japan Foundation Kuala Lumpur) yang terletak di Northpoint. Northpoint yang terletak di sebelah Mid Valley ini memang tak jauh sangat dah dari ILOHA yang terletak di Bangsar. Tolak traffic lights dan masa cari parking, dalam 10 minit sahaja.

Memang dah lama aku nak datang sini sebenarnya. Oda Sensei, cikgu di ILOHA yang cadangkan ke sini – sebab anak murid dia ini selalu tanya dia,

Sensei, N3 no hon ga arimasuka?

Sensei, N4 no kanji no hon ga arimasuka?

Kono hon o karitemo ii desuka?

Bla, bla, bla…  😅

Sehinggalah satu hari, Oda Sensei beritahu menerusi WhatsApp,

Mid Valley ni aru Japan Foundation no toshokan e itta koto ga arimasuka? Soko ni N3 no hon ga takusan arimasu. Kariru koto mo dekiru to omoimasu. Itte mite kudasai.

JAPAN FOUNDATION KL LIBRARY

Aku menyeberang ke Northpoint dengan melalui jejantas yang bersambung di tingkat 1, tak jauh dari North Court Mid Valley. Rupa-rupanya Northpoint ini ada dua tower; Tower A dan Tower B.

Perpustakaan JFKL terletak di tingkat 18 Northpoint Tower B dan terbuka kepada umum.

Waktu operasinya adalah seperti berikut: Continue reading