:: Korea Selatan, Day 5: Exploring Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kelima.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 5 (Monday, 15/06/2015)

Pagi ini aku keluar sedikit awal berbanding Tiq kerana dia berasa kurang sihat.

Awal pun tidaklah terlalu awal. Lebih kurang jam 7 pagi, ketika langit sudah pun mencerah. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, matahari terbit awal pada musim panas di sini.

Dari hostel, aku keluar berjalan kaki menuju ke Cheonggyecheon Stream yang terletak tidak jauh dari stesen subway Jongno 5(o)-ga.

CHEONGGYECHEON STREAM

Udara pagi masih segar dan nyaman. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah Majeongyo Bridge, salah satu jambatan yang menyeberangi Cheonggyecheon Stream.

1451438060718

Majeongyo Bridge, dari jalan raya.

Cheonggyecheon Stream ini ialah sebuah sungai kecil yang agak panjang, iaitu sepanjang hampir 11km. Ia memisahkan Seoul kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan.

Panjang sebenarnya sejarah sungai ini. Sangat menarik, dari zaman King Taejong, King Sejong, zaman penjajahan Jepun sehinggalah ia direkabina semula pada tahun 2005 dan menjadi semakin popular pada hari ini. Anda boleh baca sejarahnya di sini.

Dipendekkan cerita, sungai ini sangatlah berbeza keadaan dan rupanya jika dibandingkan dengan bagaimana ia kelihatan pada hari ini.

Biar gambar yang berbicara. 🙂

Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

Cheonggyecheon, suatu ketika dahulu. Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

1

Cheonggyecheon pada hari ini. Atau lebih tepat lagi, pada 15 Jun 2015. 🙂

Hari ini, Cheonggyecheon menjadi sebuah tempat rekreasi yang indah dan popular baik di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Continue reading